Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 7 Jan 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab            : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis        : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh          : 7. 1. 2014
Hari              : Selasa
Masa            : 3.15 - 4.30 petang
Tempat       : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                         Unit Pembangunan Insan 
                         PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 7/1/2014]

 Kaedah ke-3 : Kesukaran Mendatangkan Kesenangan (m/s:35)

Ø  Melalui kaedah ini, banyak hukum-hukum Islam yang didasarkan kepadanya dan juga terbit segala hukum kemudahan dan keringanan.
Ø  Dalil:
Maksudnya: Allah mengkehendaki kesenangan ke atas kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran ke atasmu. (al- Baqarah:185)  
Maksudnya:Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam agamamu.  (al-Hajj:78)
Ø  Dalil-dalil bagi kaedah ini amatlah banyak samada dari Al-Quran ataupun Hadis Nabi S.A.W.    
Ini membuktikan:
-           Perundangan Islam berunsurkan kepada kemudahan dan kesenangan.
-          Syariat Islam tidak dikuatkuasakan dengan kepayahan dan kesukaran.

Al-Mushaqqah dari Segi Bahasa
-          Ertinya : Kesukaran
-          Ada dua jenis :
1-      Yang boleh dibuat tanpa ada darurat (contoh: mencari nafkah)
2-      Yang boleh mendatangkan darurat.

Mushaqqah atau Kesukaran yang Membawa kepada Keringanan
-          Tugas yang berat sehingga membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda.
 Sebab-Sebab Bagi Mengambil atau Mengamalkan Hukum Rukhsah
1-      Musafir
         Harus qasar sembahyang, meninggalkan puasa, menyapu khuf daripada kadar sehari semalam dan meninggalkan fardu Jumaat (mazhab syafie: musafir mestilah mula sebelum subuh, barulah boleh gugur fardu Jumaat)
 2-      Penyakit
  Bertayammum jika dikhuatiri penyakit semakin melarat, duduk atau baring semasa menunaikan sembahyang,diharuskan berubat menggunakan najis, harus doktor melihat aurat pesakit semasa rawatan.
 3-      Paksaan
·         Orang yang diugut dengan sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa dan anggota badan seperti dipaksa melafazkan perkataan kufur,maka harus ia berlafaz dengannya.
·         Syarat paksaan :
a)      Orang yang memaksa ada kuasa
b)      Orang yang dipaksa itu lemah.
c)       Hatinya tidak redha.
d)      Yang memaksa ada senjata.
e)      Kemudharatan itu untuk diri sendiri sahaja, tidak untuk orang lain.
 4-      Terlupa
5-      Jahil           
6-      Umum Balwa
·         Tidak dapat elak/kepayahan. Contoh: seseorang yang berpenyakit dedas iaitu pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis (dengan syarat selepas berwuduk terus solat). Contoh lain: tahi burung yang merata di dalam masjid.
7-      Kekurangan
·         Tidak dibebankan ke atas kanak-kanak dan orang gila. Kaum perempuan : tidak diwajibkan keatasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 31 Dis 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab            : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis        : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh          : 31. 12. 2013
Hari              : Selasa
Masa             : 3.15 - 4.30 petang
Tempat       : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi  
                         Unit Pembangunan Insan 
                         PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan Kelas Tafaquh Mingguan MIN 31/12/2013]


Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (SYAK)
Kaedah Kelima :
Asas Di Dalam Percakapan Ialah Hakikat

Percakapan manusia
terbahagi kepada dua : - Kalam hakiki – Majazi
Cth : Suami berkata kepada isterinya “kita harini dah tak ada apa- apa”, ianya merupakan kalam hakiki. Bagi kalam majazinya bermaksud bahawa si suami dan si isteri sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan.
Cth : Menurut mazhab Syafie, jikalau kita sentuh wanita sama ada mempunyai syahwat atau pun tidak tetap batal wudhu seseorang itu. Manakala menurut mazhab Hanafi, jikalau kita sentuh wanita sama ada mempunyai syahwat atau tidak tetap tidak batal wudhu seseorang itu tetapi tetap dosa, kerana menurut mazhab Hanafi ayat didalam Al-Quran yang disebutkan oleh Allah S.W.T itu adalah ayat majazi bukan ayat hakiki. Hal ini kerana merujuk kepada dalil yang sama tetapi perbezaan pendapat dan pemahaman yang berbeza.

Pandangan para ulama Qawaid Fiqhiyyah :
1- Kata Ibnu al-Qas :
Apabila seseorang itu ragu akan hukumnya maka hukum itu kembali kepada asal hukum tersebut.
Cth : Seseorang yang syak adalah ia telah menyapukan khufnya semasa bermukim atau musafir maka dihukumkan dengan tamat tempohnya. Maka batal musafirnya dan dia kembali menjadi mukim.

2- Kata Syeikh Abu Hamib al-Isfirayini :
i- Syak yang berlaku ke atas perkara yang asalnya haram
Cth : Sesorang itu pergi ke sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada orang bukan Islam, kemudian dia ingin membeli daging, hukumnya haram kerana tidak diketahui daging itu disembelih oleh orang yang islam ataupun bukan.
ii- Syak yang berlaku ke atas perkara yang asalnya harus
Cth : Seorang yang mendapati air yang berubah dan perubahan itu mungkin disebabkan oleh najis atau lama bertakung maka haruslah ia bersuci dengannya kerana beramal dengan ghalib dan beramal dengn asalnya yang suci.
iii- Syak yang tidak di ketahui asalnya
Cth : Kita berniaga dan kita berjual beli dengan orang yang kita tak tahu pekerjaannya, contohnya orang itu pencuri kita berjual beli dengan dia tetapi adakah duit itu duit haram dan tidak semestinya semua duit itu duit haram, maka kita boleh ambil duit tersebut.

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 17 Dis 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab            : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis        : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh          : 17. 12. 2013
Hari              : Selasa
Masa             : 3.15 - 4.30 petang
Tempat       : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi
                         Unit Pembangunan Insan 
                         PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 10 Dis 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar       
Kitab          : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis       : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh        : 10. 12. 2013
Hari            : Selasa
Masa          : 3.15 - 4.30 petang
Tempat      : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran     : Madrasah Imam Nawawi 
                     Unit Pembangunan Insan 
                     PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan MIN 10/12/2013]

Kaedah Kedua - Perkara Yang Yakin Tidak Dihilangkan Oleh Keraguan (syak)
Kaedah yang terbit:
2) Asal Sesuatu Perkara Bebas Daripada Tanggungan
Seseorang manusia itu dilahirkan asalnya ketiadaan zimmah (terikat dengan sesuatu tanggungjawab) sehinggalah datang ke atanya sebab-sebab atau faktor yang membawa ia kepada bertanggungjawab ke atas sesuatu perkara.
Contoh keadaan/masalah feqah:
- Pemberi pinjam barang (pemilik) mendakwa akan kerosakan pada barang yang dipinjamkan kepada peminjam dan meminta gantirugi barang tersebut, kemudian peminjam menafikan, maka dibenarkan perkataan pemilik.
- Pendakwa gagal membawa keterangan terhadap dakwaannya, kemudian yang tertuduh itu diperintahkan untuk bersumpah tetapi berdiam sahaja, maka tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atasnya kerana asalnya terlepas daripada tanggungjawab.

3) Asalnya Perkara-perkara Yang Baru Mendatang Itu Tiada
Seseorang yang syak akan melakuakan sesuatu perbuatan atau tidak maka mengikut asalnya ia tidak melakukannya.
Contoh keadaan:
- Seseorang syak adakah ia tertinggal perkara dalam solat seperti qunut, maka hendaklah ia sujud sahwi kerana asalnya ia tidak melakukannya.
- Orang yang syak dalam solatnya adakah ia telah melakukan perkara dilarang atau tidak, maka disuruh keatasnya sujud sahwi kerana asalnya ia tiada meakukannya.
- Orang yang syak di dalam solatnya adakah ia melakukan tiga atau empat rakaat maka hendaklah ia mengambil yang sedikit.
- Orang yang syak telah menthalak isterinya dengan thalak satu atau lebih maka hendaklah mengambil yang sedikit.

Audio: Qawaid Fiqhiyyah ( 3 Dis 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab            : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis        : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh          : 03. 12. 2013
Hari              : Selasa
Masa            : 3.15 - 4.30 petang
Tempat       : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                         Unit Pembangunan Insan 
                         PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan MIN 03/12/2013]

Kaedah Pertama - Tiap-tiap perkara mengikut tujuannya.
Pengenalan pada hukum taklifi
-mazhab Syafie – 5, wajib, sunat, haram, harus, makruh
- mazhab Hanafi – wajib, sunat, haram, harus, makruh, fardhu, makruh yang diharamkan.
-syarat – diluar ibadat (masuk waktu solat), rukun – yang berada di dalam ibadat (bacaan alfatihah)
s- perkara-perkara yang berkaitan dengan niat
- Ashab As-syafie berselisih pendapat tentang niat- rukun / syarat bagi ibadat.
- kebanyakan ulama’ – niat itu rukun, Qadhi Abu Atthayyib, Ibnu As-sobagh – niat itu syarat
t- ta’lik pekerjaan dengan ‘InsyaAllah’
- contoh: - jika niat untuk ta’lik batal sembahyang, jika niat mengambil berkat ibadah tidak batal.
u- amalan yang tidak memerlukan niat
-berkenaan perkara-perkara yang wajib ditinggalkan (zina, judi)
v- masalah mencampurkan niat dengan perkara lain
-antara ibadat dan bukan ibadat, boleh membawa kepada batal.
-mencampurkan ibadat fardu dengan ibadat fardu yang lain – batal kedua-duanya.
w- menuntut ganti pada berniat
- Syeikh Ibnu Hajar, bab al-Wakalah ; menyuruh seseorang berniat kepada kita semasa melakukan amalan yang diwakilkan kepadanya, hukum – sah

**SOAL JAWAB**
1. Sumpah dengan nama Allah, tapi tanpa niat.
2. Wali mujbir, wanita yang tiada dara tanpa melalui perkahwinan.
3. Tersalah kiblat – perlu qadha solat atau tidak.
4. Tiada air, kecuali air yang betakung dan tidak cukup 1 kolah, hukum.
Kaedah Kedua : Perkara yang Yakin Tidak Boleh Dihilangkan dengan Syak.
- orang yang berwas-was ketika menunaikan solat, jangan keluar solat melainkan yakin tidak berhadas samada dengar bunyinya atau bau (bukti).
- was-was rakaat, ketepikan keraguan, ambil yang yakin.

Kaedah yang terbit ;
1. Asal sesuatu perkara mengikut apa yang ada pada asalnya.
- dihukumkan dengan kekal sesuatu pada zaman akan datang mengikut apa yang ada pada zaman sebelum.
-contoh : yakin suci, syak berhadas, hukum – masih bersuci, yakin hadas, syak bersuci – masih berhadas.
-keraguan tidak boleh dihilangkan dengan keyakinan melainkan keyakinan juga.

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 26 Nov 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab          : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis       : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh        : 26.11.2013
Hari            : Selasa
Masa          : 3.15 - 4.30 petang
Tempat      : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                      Unit Pembangunan Insan 
                      PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan MIN 26/11/2013]

Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat (al-umuru bimaqasidiha)
Syarat Niat.
1.Islam oleh itu tidak sah ibadat orang yang murtad atau kafir tetapi ada beberapa perkara yang dikecualikan daripada syarat ini:
•Pertama: Perempuan kitabiyyah yang menjadi isteri kepada lelaki muslim maka sah ia mandi untuk menghalalkan dirinya kepada suami tanpa khilaf di antara ulama disebabkan dharurat dan disyaratkan ia berniat sebagaimana yang diputuskan oleh syiekh Mutawalli didalam bab wudhu’ dan telah disahihkan oleh Imam Nawawi.Tetapi ada setengah pendapat mengatakan tidak wajib niat.Ada setengah ulama berpendapat mandi orang kafir dikirasah tetapi tidak sah jika ia berwudhu’. Hukumnya berbeza dengan orang murtad, mandi dan wudhu’nya tidak sah.
•Kedua: Sah kifarat yang dilakukan oleh orang kafir tetapi dengan disyaratkan ada niat pada kifarah tersebut.
•Ketiga: Apabila orang murtad mengeluarkan zakatnya pada ketika ia murtad maka sah zakatnya dan memadailah.

2. Tamyiz :kanak-kanak yang belum lagi mumayyiz tidak sah ibadahnya begitu juga orang yang gila.
Ada beberapa perkara yang dikeluarkan di dalam syarat ini :
•Kanak-kanak kecil yang diwudhukkan oleh walinya untuk melakukan tawaf dan walinya meniatkan ihram untuknya.
•Isteri yang gila dimandikan oleh suaminya untuk menghalalkan kepadanya maka suaminya yang berniat,mengikut pendapat yang asal.
•Mengetahui perkara yang diniatkan .
- Sesiapa yang tidak tahu kefardhuan wudhu’ maka tidak sah wudhu'nya.Jika seseorang itu mengetahui bahawa sembahyang yang dilakukannya itu fardhu tetapi tidak mengetahui rukun-rukunnya, atau mengiktiqadkan semua perbuatan sembahyang itu sunat atau setengahnya fardhu dan setengahnya sunat sedangkan ia tidak dapat membezakandi antara kedua-duanya maka hukumnya tetap sah. Kata Imam al-Ghazali orang yang tidak dapat membezakan diantara fardhu dan sunat maka ibadatnya sah dengan syarat jangan ia qhasad membuat yang sunat itu dengan perkarafardhu, jika diqhasadkan sebagaimana tersebut hukumnya tidak sah.
•Janganlah ia melakukan perkara yang menafikan niat seperti murtad.
-Jikalau seseorang itu murtad semasa sedang sembahyang atau puasa atau haji atau tayammum maka batallah ibadatnya. Jika berlaku murtad ketika ia sedang berwudhu’ atau mandi hukumnya tidak batal kerana perbuatan kedua-duanya itu tidak terikat di antara setengah dengan setengahnya yang lain, tetapi anggota yang murtad tidak dikira, jikalau berlaku murtad selepas berwudhu’ atau mandi maka menurut pendapat yang asal tidak batal wudhu’nya atau mandinya tetapi yang terbatal hanya tayammum sahaja sebab tayammum itu lemah (Jikalau berlaku murtad selepas selesai daripada sembahyang atau puasa atau haji atau zakat maka tidak wajib dilakukan semula perbuatan tersebut.

Perkara-Perkara Yang Menafikan Niat.
Di antara perkara yang menafikan niat ialah memutuskan ibadat yang sedang dilakukan. Masalah ini terbahagi pula kepadabeberapa cawangan masalah :
1.Niat memutuskan iman. Maka dikirakan seseorang itu telah murtad.
2.Jika seseorang itu murtad semasa ia sedang menunaikan sembahyang maka sembahyangnya itu batal. Tetapi jika ia berniat memutuskan sembahyang setelah ia selesai daripada mengerjakannya maka sembahyang itu tidak batal dengan ijma’ ulama.
3. Niat memutuskan puasa sedangkan ia berpuasa, hukum puasanya tidak batal begitu juga orang yang berniat memutuskan iktikaf yang sedang ia lakukan, hukumnyatidak batal.
4. Niat hendak makan atau bersetubuh pada siang hari Ramadhan tidak akan membawa kepada batal puasa yang sedang dikerjakan.
5. Niat memutuskan haji dan umrah, hukumnya tidak batal.
6.Niat memutuskan Fatihah pada hal ia sedang di dalam sembahyang, hukum bacaannya batal sekalipun dengan diam yang pendek.

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 18 Nov 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar 
       
Kitab: Qawaid Fiqhiyyah
Penulis: Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh: 18.11.2013
Hari: Isnin
Masa: 3.15 - 4.30 petang
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran : Madrasah Imam Nawawi - Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan kelas Tafaqquh Mingguan MIN 18/11/2013]

Kaedah Pertama : Tiap-tiap Perkara Mengikut Tujuannya
a) Perkara-perkara Yang Memerlukan Kepada Niat
- Tujuan yang paling penting bagi niat ialah untuk membezakan antara ibadat dan adat-adat seperti berwuduk dan mandi kerana adakalanya kedua-duanya untuk membersihkan dan menyejukkan tubuh badan dan adakalanya bagi tujuan ibadat.

b) Pengertian Niat
- Dari segi bahasa : bercita-cita di atas sesuatu
- Dari segi Istilah Ulama Feqah : qasad sesuatu disertai dengan niat.
- Wujud beberapa permasalahan dari keterangan tersebut antaranya :-
1. tidak disyaratkan niat bagi ibadat yang tidak mungkin menjadi adat seperti beriman kepada Allah, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Tetapi jika seseorang itu bernazar untuk berzikir maka dia wajib berniat nazar untuk membezakan di antara yang wajib dengan yang lain.
2. Disyaratkan niat terhadap perkara yang ada syubhah atau kesamaran di antara ibadat dengan yang lain tetapi jika perkara-perkara itu tidak menimbulkan syubhah atau kesamaran maka ianya tidak berhajat kepada niat.
Contohnya, sembahyang zuhur dan asar serupa dari segi perbuatan dan tidak dapat dibezakan di antara kedua-duanya kecuali dengan penentuan.
3. Perkara-perkara yang melibatkan niat serta wajib dinyatakan kefardhuannya seperti wajib niat fardhu pada waktu, mandi, sembahyang dan sebagainya.

c) Masalah meniatkan fardhu pada Zakat
- Hendaklah diniatkan fardhu pada zakat kerana perkataan sedekah itu mengandungi makna fardhu dan sunat.

d) Tersalah Pada Penentuan
- Seseorang yang menentukan di dalam niatnya bahawa Imam yang dia ikuti itu Muhammad tiba-tiba tersalah maka solatnya tidak sah.

e) Penentuan Niat dan Masanya
- Tidak ada ibadat melainkan dengan niat akan tetapi adakah disyaratkan. Ulama berpendapat jika masalah ini berlaku pada perkara yang dikatakan wajib yang luas waktunya seperti solat fadhu maka wajib padanya ditentukan niat tanpa khilaf ulama.

f) Waktu Niat
- Ialah di permulaan melakukan ibadat kecuali puasa harus didahulukan niatnya dari permulaan puasa kerana susah hendak menunggu menjelang fajar.
- Puasa sunat diharuskan berniat selepas daripada masuk waktu permulaan puasa.

g) Masalah niat Zakat
- Dalam mazhab Syafie harus didahulukan niatnya sebelum daripada dikeluarkan zakat kerana diqiaskan dengan puasa.

h) Masalah niat korban
- Diharuskan niat korban sebelum daripada disembelih binatang tersebut.

i) Permulaan Niat
- Ialah pada awal melakukan ibadat.

j) Masalah Kinayah Thalaq
- Niat kinayah thalaq samada seseorang itu niat di permulaan perkataan atau di akhirnya dikirakan jatuh thalaq.

k) Ibadat Yang banyak mengandungi perbuatan
- Ibadat yang banyak mengandungi perbuatan memadai niatnya di awal perbuatan yang pertama sahaja dan tidak berhajat kepada mengulangi niat pada kelakuan kedua seperti wudhu’.

l) Tempat niat
- Adalah di dalam hati

m) Perkara-perkara yang tidak memadai dengan Niat
- Seseorang yang meniatkan nazar atau berniat cerai tanpa melafazkan
dengan perkataan maka nazar tersebut tidak sah dan tidak jatuh thalaqnya.

n) Berazam melakukan Maksiat
- Seseorang yang berazam melakukan maksiat tetapi tidak melakukan maka ia tidak berdosa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...