Audio: Riyadus Solihin (29 Nov 2014)

Pengajian Riyadhus Solihin

Penyampai: Ustaz Daud 
Kitab        : Riyadhus Solehin  
Tarikh      : 15.11.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


Taubat
- sambungan penerangan mengenai hadis 21 yang menceritakan mengenai kisah Ka’ab bin Malik, Murarah bin Rabi’ah al-Amiri dan Umayyah al-Waqifi yang tidak menyertai peperangan Tabuk tanpa keuzuran.
- Apabila Rasulullah s.a.w pulang daripada peperangan Tabuk, baginda Nabi s.a.w memanggil orang-orang yang tidak mengikuti peperangan untuk mengemukakan alas an masing-masing.
- Mereka yang tidak menyertai peperangan mengemukakan alasan masing-masing dan bersumpah dalam mengemukakan alas an tersebut. Baginda Nabi s.a.w menerima alasan mereka secara terus terang dan berbai’ah serta memohon pengampunan untuk mereka dan menyerahkan segala yang ada di dalam hati mereka kepada Allah.
- Ka’ab bin Malik berkeinginan untuk berdusta, tetapi beliau sedar dengan kedustaan itu tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada Nabi s.a.w dan Allah, maka Ka’ab bin Malik membuat keputusan untuk berkata jujur.
- Rasulullah bersabda “tentang orang ini, maka percakapannya memang benar – tidak berdusta. Oleh sebab itu bolehlah engkau berdiri sehingga Allah memberi keputusannya tentang dirimu.” Kepada Ka’ab bin Malik
-Baginda s.a.w melarang kaum Muslimin untuk bercakap dengan 3 orang tersebut selama 50 hari, siang dan malam.
- diantara 3 orang yang diuji, Ka’ab bin Malik adalah yang termuda. Beliau tetap keluar dari rumahnya untuk menunaikan solat berjemaah, berjalan-jalan di pasar dan member salam kepada baginda Nabi s.a.w.
- dalam tempoh tersebut, Ka’ab bin Malik juga pernah merima surat tawaran daripada raja Ghassan yang beragama Kristian untuk mengikuti nya, akan tetapi surat tersebut dibakar oleh Ka’ab bin Malik.
- Baginda Nabi s.a.w memerintahkan isteri-isteri 3 orang tersebut untuk mengasingkan diri daripada suami mereka bermula pada malam yang ke 40 hari pemulauan.
- Sepanjang tempoh pemualauan, jiwa mereka terasa amat sempit, dan bumi yang luas terasa amat kecil.
- Pada hari ke 50, taubat mereka diterima oleh Allah s.w.t dengan turunnya wahyu dalam surah Attaubah, ayat 117-119.

Audio: Riyadhus Solihin (22 Nov 2014)

Pengajian Riyadhus Solihin

Penyampai: Ustaz Daud 
Kitab        : Riyadhus Solehin  
Tarikh      : 22.11.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini   Klik di sini


Taubat:

• Hadis ke 19 menceritakan tentang sahabat Nabi s.a.w, Zhir bin Hubaisy yang ingin bertanya tentang membasuh khuf.
• Sahabat Nabi s.a.w, Shafwan bin’ Assal menjawab, Rasulullah pernah bersabda bahawa sekiranya bermusafir, jangan melepaskan (membuka) khuf selama 3 hari dan 3 malam, sekalipun ingin membuang air dan tidur, kecuali terkena janabah.
• Zhir bin Hubaisy bertanya lagi tentang cinta. Maka Shafwan bin ‘Assal menjawab lagi, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “seseorang itu dapat menyertai orang yang dicintai olehnya pada hari kiamat.”
• Hadis ke 20 – menceritakan tentang seorang lelaki yang pernah membunuh 99 orang manusia dan dia ingin bertaubat.
• Lelaki tersebut menemui sorang pendeta dan bertanya adakah taubatnya masih diterima. Pendeta itu menjawab tidak. Maka pendeta tersebut dibunuh, menjadikan jumlah orang yang dibunuh mencecah 100 orang.
• Lelaki itu pula menemui orang alim dan bertanyakan soalan yang sama. Orang alim menyuruhnya untuk pergi ke suatu tempat dan melarang untuk pulang ke tanah air sendiri kerana tempat itu tempat kerosakan dan maksiat.
• Dalam perjalanan, lelaki itu meninggal dunia.
• Malaikat berselisih untuk memasukkan lelaki tersebut, samada di syurga atau neraka.
• Dalam riwayat lain, Allah mewahyukan tanah tempat asalnya untuk menjauh dan tanah yang hendak dituju supaya mendekat dan berfirman kepada malaikat untuk mengukur diantara keduanya.
• Dosa lelaki tersebut diampunkan.
• Hadis ke 21 - menceritakan tentang Ka’ab bin Malik yang tidak menyertai Rasulullah s.a.w dalam peperangan Tabuk.
• Ka’ab bin Malik selalu meyertai peperangan bersama Rasulullah s.a.w kecuali peperangan Tabuk dan peperangan Badar.
• Rasulullah s.a.w berangkat untuk pergi peperangan Tabuk itu dalam keadaan panas, perjalanan yang jauh, sukar menemui air dan bilangan musuh yang amat ramai.
• Ka’ab bin Malik telah menyediakan dua buah kenderaan, sebagai persiapannya untuk menyertai perang Tabuk.
• Ramai kaum muslimin yang menyertai baginda s.a.w tetapi nama meraka tidak direkodkan, maka sesiapa yang berniat untuk tidak menyertai peperangan tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.
• Rasulullah s.a.w berangkat dalam peperangan Tabuk ketika musim buah-buahan sedang masak ranum, pokok-pokok tumbuh meredup.
• Ka’ab bin Malik melengah-lengahkan persiapannya untuk pergi berberang kerana padanya, beliau boleh ke sana pada bila-bila masa sahaja sehinggalah rombongan berperang telah berangkat pergi.
• Ka’ab bin Malik bersedih kerana, orang yang tidak ikut berperang hanyalah merka yang munafik atau ada keuzuran.
• Apabila sampai di Tabuk, Rasulullah s.a.w bertanyakan tentang Ka’ab bin Malik.

Audio : Bidayatul Hidayah ( 17 Nov 2014 )

Pengajian Bidayatul Hidayah


Penyampai: Ustaz Jamiluddin bin Murat
Kitab        : Bidayatul Hidayah  
Tarikh      : 17.11.2014
Hari         : Isnin
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

Adab bangun dari tidur:
- berusaha untuk bangun dari tidur sebelum terbit fajar.
- mendahului segala sesuatu dengan zikrullah, baik di hati mahupun di lidah.
- membaca doa “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan kami dan kepadanya kami akan kembali…”
Adab memakai pakaian:
- niat untuk menjunjung perintah Allah dengan menutup aurat, bukan untuk menunjuk-nunjuk.
-----------------------------------
- Sentiasa amalkan adab-adab dlm kehidupan untuk mendapatkn berkat. Dengan adanya berkat, akan lahir ketenangan.
- Tanpa adab, takkan terbinanya hubungan dengan Allah dan manusia.
- Berdoa sebagai tanda kehambaan dan rendah diri. Minta sungguh-sungguh walaupun Allah dah tau apa yang kita nak.
- Syaddad bin Aus al-Ansari, sahabat Rasulullah berguling-guling sebelum tidur kerana takutkan azab neraka.
------------------------------------
Q: Risaukan keputusan peperiksaan yang bakal keluar. Adakah dikira tidak bertawakal?
A: Risau boleh tapi jangan melebihi ketakutan pada kemurkaan Allah. Bukan sampai memudaratkan diri (tak makan, tak tidur). Letakkan pengharapan pada Allah.

Audio : Riyadhus Solehin ( 15 Nov 2014 )

Pengajian Riyadhus Solehin



Penyampai: Ustaz Daud 
Kitab        : Riyadhus Solehin  
Tarikh      : 15.11.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

Audio : Safinatu An-Naja ( 11 Nov 2014 )

Pengajian Feqah Safinatu An-Naja


Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak 
Kitab        : Safinatu An-Naja  
Tarikh      : 11.11.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini 



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 11/11/2014]

Untuk mukaddimah rakaat,yakni bacaan bismillah ada khilaf sama ada dibaca terang dan kuat atau sebaliknya.
Namun untuk bacaan Al-Fatihah,ulama' bersepakat tiada khilaf.
Walaubagaimanapun,selari dengan konsep Islam sebagai agama yang mudah,untuk kalian yang tidak mampu untuk membaca fatihah,dibolehkan untuk membaca surah lainnya.
Dan jika tidak mampu juga,sebutkanlah zikir yang mana bilangan ayatnya sama dengan surah Al-fatihah.

Posisi tangan semasa mengangkat takbir berbeza bagi lelaki dan perempuan.
  • Bagi lelaki,harus angkat takbir dan meletakkan jari diparas telinga.
  • Untuk perempuan,cukup sekadar tangan diangkat separas bahu.

Syarat takbiratul ihram.
  • Mestilah jelas,
  • tidak dipanjangkan mahupun dipendekkan dan
  • harus menggunakan bahasa arab .Ini untuk mengelakkan sebarang perubahan maksud.

Contohnya,terpanjangkan kalimah Akbaaar yakni Allahu Akbaaar yang membawa makna Allah gendang besar.
Dan wajib juga untuk memperdengarkan hurufnya walau sekadar berbisik yang mampu ditangkap telinga.

Anggota sujud itu ada 7.Dahi,2 tapak tangan,2 lutut dan 2 jari kaki.
Jika terdapat perkara yang menghalang dahi dari bersentuhan dengan tempat sujud,sebagai contoh jerawat besar lagi sakit,bolehlah kiranya diambil posisi mengeleng dan ditekapkan pelipis ke atas tempat sujud dengan yakin bahawa itu tidak mengubah badan dari mengadap kiblat.
Syaratnya ialah pastikan ada sedikit ruang-ruang dahi anda yang bersentuhan dengan tempat sujud.
Dan syarat sujud ia tidak boleh sujud atas sesuatu yang begerak atas gerakan.
Contohnya: rida',serban dan kain telekung. Andai kata tersujud atas objek-objek tersebut,harus bangkit semula untuk sujud sekali lagi.
Sentuhan secara terus ini hanya tertakluk pada dahi sahaja .Tidak pada tangan, maka boleh jika solat ingin memakai sarung tangan.


Soal jawab
S:Apa batal wudhuk jika bersentuhan dengan perempuan kafir?
J: Tidak batal.

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 10 Nov 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta        
Kitab       : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis     : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh     : 10. 11. 2014
Hari         : Isnin
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini 



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 10/11/2014]

Boleh berrmusafir pada malam Jumaat(i.e Khamis malam Jumaat) untuk tidak berhenti menunaikan solat Jumaat esoknya.Dalam kata mudah boleh tinggal kan solat Jumaat bila mula keluar musafir sebelum waktu subuh.Makanya jika bertolak misalnya pada pukul 9 pagi,anda-anda diwajibkan untuk berrhenti solat Jumaat dikawasan tersebut.


Haram membasuh anggota wudhuk 3 kali walau dengan niat untuk mengikut sunnah.Ini kerana perkara tersebut boleh menjadi wasilah buat kita meninggalkan solat.Sedang kita tahu berbanding sunnah dan wajibnya solat,besar lagi amalan wajib yakni yang pabila ditinggal berdosa keatas kita.


Untuk menutup pintu kerosakan,ummat Islam sama sekali tidak digalakkan untuk mendekati perkara yang menghampiri kepada perkara haram.
Contoh famous firman Allah bermaksud "janganlah kamu mendekati zina". Apatah lagi zina itu sendiri.
Contoh lainnya,Haram untuk sekalian hakim mebezakan status pesalah .Mungkin dengan membezakan tempat duduk pesalah berdasarkan status masing-masing.
Contoh lainnya lagi, Haram menunjuk mesra depan khalayak ramai pada pengantin yang sudah berkahwin namun masih belum mengadakan sebarang hebahan berkenaan ikatan mereka seperti majlis walimah. Hal ini dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka bagi mata-mata yang memerhati.


Perbezaan hukum pada perkara yang hampir sama.
Dijelaskan sedikit perbezaan antara wudhuk dan mandi wajib.Yang dimana kebanyakan kita sudah pun sedia maklum.
Contohnya,sunat tajdid wudhuk untuk tetapi tidak sunat tajdid mandi wajib.

Audio : Riyadus Solihin ( 8 Nov 2014 )

Pengajian Riyadus Solihin


Penyampai : Ustaz Daud
Kitab         : Ridayus Solihin
Tarikh        : 08.11.2014
Hari           : Sabtu
Masa          : 3.30 - 5.30 petang
Tempat      : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                   Biro Pembangunan Insan 
                   PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 8/11/2014]

1. Empat darjat solat:-
  • solat berjemaah di masjid, 
  • solat bersendirian di masjid, 
  • solat berjemaah selain di masjid, dan 
  • solat bersendirian selain di masjid.

2. Waktu diantara selesai azan solat dan iqamah adalah antara waktu mustajab untuk berdoa.

3. Solat berjemaah bagi wanita.
  • Sunat untuk solat di masjid.
  • Jika sudah berkeluarga, wanita haruslah taat pada suami, dan wajib solat di rumah.
  • Seseorang wanita, solatnya dirumah akan dapat pahala seperti solat di masjid, sekiranya dia taat pada suami, jaga hak suami dan taat pada Allah.


4. Solat berjemaah bagi lelaki
  • Sekiranya perginya lelaki ke masjid untuk menunaikan solat, tetapi meninggalkan ahli keluarganya atau isterinya tidak solat melainkan dengan kehadiran suaminya tadi, maka wajib bagi lelaki tersebut untuk solat di rumah.


5. Hadis ke -11 menceritakan tentang betapa kasihnya Allah kepada hambanya, dimana sekiranya hamba Allah berniat untuk menunaikan kebaikan, dan melaksanakannya maka akan diberi kebaikan yang sempurna yang berganda-ganda kepada hambaNya. 
Sekiranya hamba Allah tersebut ingin melakukan kejahatan, kejahatan itu hanya dibalas dengan balasan yang setimpal dengan perlakuannya.

6. Sekiranya seseorang hamba Allah itu ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak jadi, maka Allah akan memberi satu kebaikan yang sempurna disisi-Nya.

Audio : TRUST 2.0 Islam Syariatul Zaman Wa Makan ( 3 & 4 Nov 2014 )


Audio : Safinatu An-Naja ( 21 Okt 2014 )

Pengajian Feqah Safinatu An-Naja


Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak 
Kitab        : Safinatu An-Naja  
Tarikh      : 21.10.2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh MIngguan 21/10/2014]

1. Air yang sedikit adalah kurang daripada 2 kolah, dan banyak adalah 2 kolah dan keatas.
2 kolah = 216L = 1.5L (Botol air mineral) x 144 botol.

2. Syarat wudhuk ada 10:- 
  • islam, 
  • mumayyiz, 
  • suci daripada haid dan nifas,
  • bersih daripada sesuatu yang menegahkan air sampai ke kulit,
  • tiada najis pada anggota yang dapat mengubah sifat air,
  • tahu segala fardhu,
  • tidak iktikadkan mana-mana fardhu dari fardhu sunat,
  • air yang suci lagi menyucikan,
  • masuk waktu 
  • berturut-turut bagi yang berhadas (cth : istihadah)

3. Perkara yang haram ketika ketiadaan wudhuk:-
  • solat,
  • tawaf, 
  • menyentuh dan menanggung mushaf.

4. Perkara haram keatas orang yang berjunub:-
  • solat, 
  • tawaf, 
  • menyentuh dan menanggung mushaf, 
  • berada didalam masjid, 
  • membaca Al-Qur’an dengan niat membaca Al-Qur’an.

5. Perkara yang haram dilakukan ketika haid:- 
  • solat, 
  • tawaf, 
  • menyentuh dan menanggung Al-Qur’an, 
  • berada didalam masjid, 
  • membaca Al-Quran dengan kasad membaca Al-Qur’an, 
  • puasa, 
  • menceraikan isteri, 
  • berjalan dalam masjid, 
  • jika ia bimbang mengotori masjid, 
  • bercumbuan (suami isteri).

6. Talak ada 2 jenis:-
  • Talak sunni - suami menjatuhkan talak keatas isteri ketika isteri dalam keadaan suci (tidak haid)
  • Talak bid’ie – suami menjatuhkan talak keatas isteri ketika isteri dalam keadaan haid.

Ringkasan oleh,
Siti, Perubatan Manchester.

Audio : Riyadus Solihin ( 20 Okt 2014 )

Pengajian Riyadus Solihin

Penyampai : Ustaz Daud bin Hassan
Kitab         : Ridayus Solihin
Tarikh        : 20.10.2014
Hari           : Isnin
Masa          : 3.30 - 5.30 petang
Tempat      : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                   Biro Pembangunan Insan 
                   PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 20/10/2014]

1. Dunia ibarat nenek tua (fasa akhir), yang mana umurnya ibarat 2 jari.

2. Kisah suami dan isteri ,di mana suami keluar ke kedai beli sarapan pagi, isteri berehat dirumah. Apabila sampai dirumah, si suami meninggal dunia. 
  • Jika seseorang mengetahui akan bila tiba ajalnya, nescaya dia akan memanfaatkan masa-masa terakhir di dunia sebaik mungkin.

3. Akan berlaku akhir zaman, maksiat dijelaskan, perempuan berpakaian seperti telanjang, munculnya dajjal, dan akan berlaku kemarau. Wanita-wanita dan anak-anak diikat dirumah kerana bimbang akan terpengaruh dengan fitnah dajjal.

4. Syahadah – mengandungi 50 sifat.
  • Zat Allah tiada siapa yang tahu, Cuma kena yakin dan beriman kepada Allah
  • Dalil naqli kewujudan Allah : Surah AlIkhlas
  • Siapa yang kenal hakikat Allah, orang itu jahil.

5. Antara 15 tanda-tanda kiamat ; pemimpin kaut kekayaan rakyat.

Ringkasan daripada,
Nur, pelajar Pergigian Tahun 2.

Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 14 Okt 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta        
Kitab       : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis     : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh     : 14. 10. 2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 14/10/2014]

Kaedah Fiqhiyyah

Kaedah pertama: “Sesuatu yang wajib tidak boleh ditinggalkan melainkan kerana wajib”
Contoh:
  • Melaksanakan hudud terhadap pesalah.
  • Jika solat berseorangan dan terlupa tahiyat awal, kemudian teringat semasa berdiri sempurna, teruskan sahaja solat seperti biasa.


Kaedah kedua: “Perkara yang wajib lebih besar daripada dua perkara dengan khususnya tidak wajib perkara lebih ringan dengan umumnya”
Contoh: 
  • Tidak wajib dijatuhkan hukuman takzir kepada penzina kerana bercumbuan. Ini kerana yang berzina, sebelum itu telah berkhalwat. Maka, hukuman yang diberi adalah hukuman hudud dan bukan hukuman takzir kerana hukuman hudud itu lebih berat daripada takzir.


Kaedah ketiga: “Perkara yang sabit dengan syarak diutamakan daripada perkara yang sabit dengan syarat”
Contoh: 
  • Suami berkata kepada isteri “kalau nak rujuk kembali boleh, dengan syarat bayar seribu ringgit”, maka terbatal syarat.


Kaedah keempat: “Perkara yang haram digunakan, haram mengambilnya”
Contoh: 
  • Menyimpan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas.
  • Memelihara anjing tanpa tujuan buruan dll.


Kaedah kelima: “Perkara yang haram mengambilnya, haram memberinya”
Contoh: 
  • Menerima rasuah.
  • Memberikan makanan haram kepada orang kafir.


Kaedah keenam: “Barangsiapa yang bertindak terhadap sesuatu perkara sebelum daripada masanya dibalas dengan sebaliknya”
Contoh:
  • Membunuh ayah dengan tujuan ingin mendapatkan harta pusaka awal. Maka, anak yang telah membunuh tersebut tidak layak mendapat harta pusaka ayahnya (dibalas sebaliknya).

Audio : Riyadus Solihin ( 13 Okt 2014 )

Pengajian Riyadus Solihin

Penyampai : Ustaz Daud bin Hassan
Kitab         : Ridayus Solihin
Tarikh        : 13.10.2014
Hari           : Selasa
Masa          : 3.30 - 5.30 petang
Tempat      : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                   Biro Pembangunan Insan 
                   PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 13/10/2014]

BAB 1 – Keikhlasan dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Perkataan dan Keadaan yang Nyata dan Yang Samar

1. Hadis Niat
  • Hadis niat merupakan hadis yang menjadi paksi dan asas kepada Islam.
  • Banyak hukum bersandar pada hadis ini.
  • Hadis yang menceritakan tentang niat ini juga mempunyai ilmu-ilmu, antaranya mengajar manusia untuk ikhlas dalam menuntut ilmu.
  • Kebanyakan ulama memulakan kitab dengan hadis ini.
  • Manusia dibangkitkan sesuai dengan niat mereka dahulu (semasa hidup).
  • Tidak ada hijrah lagi dari kota Mekah setelah dibuka oleh orang Islam (Fathu Makkah).


2. Niat
  • Setiap amal mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata
  • Menurut Imam Abu Hanifah, segala niat merupakan ½ daripada Islam
  • Setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin tidak diberi pahala dengan apa yang dilakukan, kecuali dengan niat.
  • Niat juga merupakan salah satu rukun ibadah
  • Setiap orang yang hendak melakukan amalan soleh, tetapi ada keuzuran, pahala amalan soleh tersebut tetap dikirakan keatasnya kerana dia telah berniat untuk melakukan amalan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...