Audio: Safinatu An Naja (16 Dis 2014)

Pengajian Safinatu An Naja

Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak
Kitab        : Safinatu An Naja
Tarikh      : 16.12.2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini  Klik di sini


Syarat mengikut Imam:

• Tidak meragui solat imam dengan hadas atau lain-lain (yakin).
• Janganlah ia yakin wajib qadha solat atas imam
• Mengikut imam yang bukan berstatus makmum
• Ikut imam yang elok bacaannya
• Tidak melebihi tempat imam berdiri (sama – makruh, lebih – batal)
• Makmum hendaklah mengetahui perpindahan imam
• Makmum dan imam hendaklah berada di dalam masjid atau pada jarak 300 hasta
• Makmum berniat mengikut atau niat berjemaah
• Aturan solat makmum mesti selari dengan imam
• Mengikut imam dalam perkara-perkara sunat
• Makmum hendaklah mengikut imam

Syarat mengikut (imam – makmum):

Sah diikut:

• Lelaki ikut lelaki
• Perempuan ikut lelaki
• Khunsa ikut lelaki
• Perempuan ikut khunsa
• Perempuan ikut perempuan

Batal diikut:

• Lelaki ikut perempuan
• Lelaki ikut khunsa
• Khunsa ikut perempuan
• Khunsa ikut khunsa
**khunsa tidak boleh menjadi imam kepada lelaki

Syarat Jamak Takdim:

• Memulakan dengan yang mempunyai waktu
• Niat jamak pada solat yang pertama
• Berturut turut antara 2 solat
• Berkekalan keuzuran sehingga takbiratul ihram yang kedua

Syarat Jamak Takhir:

• Niat mentakhirkan dalam waktu yang pertama dan masih berkekalan daripada waktu yang pertama itu untuk solat (tamam atau qasar)
• Berkekalan keuzuran sehingga sempurna solat yang kedua

Syarat Qasar:

• Musafir 2 marhalah (91km)
• Safar yang harus
• Mengetahui keharusan qasar
• Niat qasar ketika takbiratul ihram
• Solat yang diqasar itu solat 4 rakaat
• Berkekalan solat sehingga selesai solat
*****
Q : apa nak buat kalau makmum nampak najis pada imam
A : niat murafaqah (berpisah daripada imam), mesti beritahu imam tentang najis dan solat semula.

Audio: Riyadus Solihin (13 Dis 2014)

Pengajian Riyadhus Solihin

Penyampai: Ustaz Daud 
Kitab        : Riyadhus Solehin  
Tarikh      : 13.12.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini   Klik di sini


Taubat:

1. hadis no 22 – menceritakan tentang seorang wanita yang hamil kerana melakukan zina.
-beliau menemui baginda Nabi s.a.w untuk dikenakan hukuman, akan tetapi Rasulullah memerintahkan walinya untuk berbuat baik kepada wanita tersebut dan datang semula apabila dia telah melahirkan kandungannya.
- apabila bayi dilahirkan, wanita tersebut direjam. Setelah itu, Rasulullah s.a.w mendirikan solat jenazah untuknya.
- Baginda Nabi s.a.w ditanya akan perlakuan baginda s.a.w yang solat jenazah penzina, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Ia telah bertaubat sebenar-benar taubat.. “

2. hadis no 23 – menceritakan tentang Allah menerima taubat kepada orang bertaubat.

3. hadis no 24 – menceritakan tentang dua orang pembunuh. Seorang berperang fi sabilillah dan dibunuh, dan Allah menerima taubat orang yang membunuh kerana telah masuk Islam dan kemudian dibunuh sebagai seorang syahid. Kedua-duanya diberi ganjaran syurga.
Sabar
- peringkat sabar yang paling tinggi adalah menahan diri daripada mengadu domba.
- lebih daripada 70 tempat didalam alQur’an Allah sebut tentang sabar.
- darjat sabar – 1. Sabar dalam mengerjakan taat, 2. Sabar dalam meninggalkan maksiat, 3. Sabar atas bala yang menimpa.
- contoh sabar ; Nabi Ayub a.s yang sabar atas ujian yang menimpa
• Iblis merosakkan harta-hartanya sehingga menjadi fakir miskin.
• Anak-anak nya mati
• Jatuh sakit selama 18 atau 15 tahun
• Allah tidak kurangkan sakit sehingga akhirnya kaum kerabatnya meninggalkan Nabi Ayub a.s satu per satu.
• Akhirnya yang tinggal cuma baginda a.s dan isterinya, hingga pada satu tahap, isterinya juga meninggalkan Nabi Ayub a.s
• Nabi Ayub bersumpah untuk memukul isterinya sebanyak 100 kali apabila baginda sembuh.
• 100 pukulan diganti dengan 100 ikatan ranting kayu yang diikat terlepas daripada sumpah tersebut.

Audio: Safinatun Naja (9 Dis 2014)

Pengajian Safinatun Naja


Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak
Kitab        : Safinatun Naja
Tarikh      : 9.12.2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini  Klik di sini

Sunat Ab’adh:

• Tasyahud awal
• Duduk tasyahud awal
• Selawat ke atas Nabi s.a.w
• Selawat keatas keluarga Nabi s.a.w
• Qunut
• Berdiri semasa qunut
• Selawat dan salam kepada Nabi s.a.w serta keluarga dan para sahabat dalam qunut

Perkara membatalkan solat:

• Hadas kecil atau besar
• Terkena najis dan tidak dibuangkan najis itu serta merta tanpa menangungnya
• Terbuka aurat dan tidak ditutup serta merta
• Bertutur dengan dua huruf atau satu huruf yang dapat difahami dalam keadaan sengaja
• Makan dengan banyak dalam keadaan lupa
• Pergerakan 3 kali berturut turut walaupun terlupa
• Lompatan yang keji (terangkat semua anggota badan)
• Pukulan yang keras
• Menambah rukun fi’li dengan sengaja
• Mendahului imam dengan 2 rukun fi’li
• Ketinggalan 2 rukun fi’li dengan sengaja
• Niat untuk berhenti solat atau menggantungkan untuk memutuskan solat dengan sesuatu. (cth: “sekiranya air didapur masak, nak pergi tutup api. Hukum : sebelum bunyi air menggelegak sudah terbatal solat.)
• Pergi datang fikiran pada memutuskan solat
Solat yang mesti diniatkan untuk menjadi imam
• Solat Jumaat
• Solat 5 waktu yang diulangi
• Solat yang dinazarkan akan berjemaah
• Solat jamak takdim ketika hujan

Audio: Safinatun Naja (2 Dis 2014)

Pengajian Safinatun Naja

Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak
Kitab        : Safinatun Naja
Tarikh      : 2.12.2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


1. Waktu-waktu Solat. (Permulaan waktu solat)
• Zohor ; gelincir matahari sehingga matahari tegak diatas kepala. (bayang-bayang pada tiang tidak kelihatan)
• Asar ; bayang-bayang tiang kelihatan melebihi ketinggian tiang. (bertambah panjang bayang-bayang)
• Maghrib ; masuk matahari dan kelihatan mega (cahaya) merah di langit
• Isya’ ; masuk mega merah dan terbit fajar sodiq
• Subuh ; terbit fajar sodiq sehingga terbit matahari
Mega di langit ada 3
- mega merah pada waktu Maghrib
- mega kuning dan putih pada waktu isya’ (disunatkan melewatkan waktu isya’ hingga hilang mega kuning dan putih)
Fajar
- Sodiq warna kuning di langit nampak dari kaki langit sehingga ke atas
- Kazib cahaya matahari nampak di 1 tempat sahaja
******

2. Waktu diharamkan solat
• Ketika terbit matahari sehingga naik bayang-bayang dengan kadar segalah
• Ketika rembang matahari pada hari selain Jumaat, bukan gelincir
• Ketika menguning matahari hingga masuk matahari (waktu senja)
• Selepas solat subuh hingga masuk matahari
• Selepas solat asar sehingga masuk matahari
Solat yang dibolehkan pada setiap masa – solat tahiyatul masjid dan solat jenazah
*****

3. Waktu berhenti antara 2 bacaan dalan solat
• Antara takbiratl ihram dan doa iftitah
• Antara doa iftitah dan ta’awuz
• Antara akhir al-Fatihah dan “Aaminn”
• Antara “Aamiinn” dan surah
• Antara surah dan rukuk
Waktu berhenti adalah dengan kadar zikir “Subhanallah” 1x
*****

4. Rukun yang mesti di tomakninah padanya
• Rukuk
• Iktidal
• Sujud
• Duduk antara 2 sujud
Tomakninah – diam sesudah bergerak setiap anggota itu tetap pad tempatnya sekurang-kurangnya
dengan 1 bacaan “Subhanallah”
*****

5. Sebab-sebab sujud sahwi
• Meninggalkan sesetengah daripada sunat-sunat ab’ad atau meninggalkan setengah daripada sunat ab’ad
• Membuat sesuatu yang membatalkan solat dengan sengaja, dan tidak batal kerana lupa.
• Melakukan rukun qauli bukan pada tempatnya
• Terbuat rukun fi’li yang membawa kepada pertambahan
Terdapat 2 sunat ketika solat; ab’ad dan hai’ah. Sunat ab’ad sekiranya ditinggalkan, harus baginya untuk sujud sahwi. Manakala sunat hai’ah sekiranya ditinggalkan, tidak disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
****

Q&A
Q : Apa hukum makmum mendahului perlakuan imam?
A : Sah solat sekiranya makmum mendahului imam tidak melebihi 2 rukun
Q : Apakah keadaan yang membolehkan seseorang putus imam?
A : Apabila makmum tahu dan tegur kesilapan imam tetapi selepas ditegur imam masih silap.
Q : Apakah keadaan yang membolehkan solat berjemaah dilakukan?
A : Solat berjemaah boleh dilakukan sekiranya ;
• Makmum boleh melihat perlakuan imam dengan matanya atau
• Makmum boleh mendengar bacaan / takbir imam pada setiap rukun solat
Q : Bolehkah sekiranya rumah seseorang terletak diatas masjid, dan dia ingin berjemaah bersama imam tetapi tidak mahu ke masjid?
A : Boleh, sekiranya dia nampak perbuatan imam atau mendengar takbir imam dengan syarat kedudukan nya ketika solat itu tidak melebihi kedudukan imam didalam masjid.

Wallahu a'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...