Ciri penerima zakat

Dalam sifat yang ketujuh orang yang mengeluarkan zakat ialah hendaklah mencari atau memilih orang yang hendak disedekahkan.
Dalam hal ini, pemberi zakat hendaklah mengutamakan atau mangkhususkan penerima zakat yang hendak diberi zakat.


Oleh itu, sifat-sifat atau ciri-ciri yang perlu di lihat ada 6:


1. Orang yang bertakwa dan baik.

2. Orang yang berilmu. Golongan ini termasuklah para ulama’ yang banyak menghabiskan masanya untuk menuntut ilmu. Jadi, golongan yang menuntut ilmu perlu diberi zakat agar mudah untuk mereka meneruskan pencarian ilmu.
- Seperti yg dilakukan oleh ibnu Mubarak yang mengkhususkan hartanya khas untuk orang yang menuntut ilmu.

3. Orang yang betul tauhid dan ilmunya. Dalam erti kata lain, adalah orang yang bersyukur.
-Mereka ini tidak menganggap pemberi zakat adalah segala-galanya atau pemberi rezeki kepada mereka. Sebaliknya hanya menganggap pemberi adalah perantara atau pemudah cara untuk Allah memberi rezeki kerana hanya Allah sajalah yang memberi rezeki.

4. Orang yang bermaruah. Golongan ini tidak menyatakan kesusahan yang di alami atau tidak meminta-minta. Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 273.

5. Orang yang menanggung. Golongan ini termasuklah orang yang banyak tanggungan tetapi sedikit hartanya. Selain itu, orang yang sakit atau orang yang terperangkap juga termasuk dalam golongan orang yang menanggung. Seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 273.

6. Orang yang ada hubungan silaturrahim. Kerana dengan memilih orang yang ada silaturrahim, pemberi zakat bukan hanya bersedekah malah mengeratkan silaturrahim.

Berkata saidina Ali: “aku lebih suka memberi saudara ku sedirham dari 20 dirham untuk orang lain”

east
18/2/2009
Rujukan kitab mauizatul
mukminin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...