Makna-makna batin yang membezakan kehidupan solat


Semua makna-makna ini terhimpun dalam 6 perkara:

1)hadir hati

2)faham

3)mengagungkan Tuhan

4)takut

5)mengharap

6)malu


  • Hadir Hati

    -mengosongkan hati dari perkara-perkara selain dari apa yang sedang kita buat dan ucapkan.
    -hadir hati > faham makna > mengagungkan Allah SWT > rasa sangat takut
    -ketahuilah bahawa hadirnya hati disebabkan ada keinginan yang tinggi,kerana hatimu mengikut keinginan kamu.
    -hati yang tidak hadir dalam solat bukan kerana hati itu rosak, tetapi kerana hati itu berjalan-jalan mengikut keinginan kamu yang berpaling kepada urusan dunia.
    -tidak ada cara dan penawar untuk menghadirkan hati melainkan dengan mengarahkan keinginan kita kepada solat.
    -keinginan tidak akan terarah kepada solat selagi tidak jelas tujuan yang dituntut untuk solat;iaitu iman dan membenarkan bahawa akhirat lebih baik dan kekal,dan solat adalah jalan untuk menuju kepadanya(akhirat).
  • Faham

    -sentiasa berfikir, dan memalingkan pemikiran untuk mendapatkan makna
    -caranya ialah dengan sentiasa menumpukan fikiran,mengelakkan lintasan-lintasan hati,dan memutuskan faktor-faktor yang boleh mendorong kepadanya(lintasan hati).

  • Mengagungkan Allah SWT
-ia adalah keadaan hati yang lahir dari 2 makrifah:
i. Kenal keagungan Allah SWT. ia adalah dari dasar-dasar iman.
ii. Kenal hinanya diri kita dan jijiknya kita sebagai hamba.


  • Gerun dan takut

    -rasa takut dalam diri lahir dari mengenali kekuasaan Allah SWT(azabNya, kematian,dll)
    -semakin meningkat ilmu seseorang tentang Allah SWT, semakin bertambah rasa takut dan gerun kepadaNya.

  • Harap

    -kenal kebaikan Allah SWT dan kemuliaanNya,nikmat2Nya yang umum,tahu kebenaran janji-janjiNya bahawa kita akan mendapat syurga dengan menunaikan solat.
    -apabila ada keyakinan kepada Allah SWT terhadap janji-janjiNya, dan mengetahui kebaikanNya akan terbangkitlah rasa harap kita terhadap kedua-dua perkara tersebut.

  • Malu

    -hendaklah rasa cuai, kekurangan dalam ibadah, dan lemahnya kita untuk berdiri mengagungkan hak Allah Azza Wajalla.
    -ini dikuatkan dengan kita mengenali kekurangan2 dan keburukan2 diri kita, kurangnya keikhlasan, dan kecenderungan kita kepada keuntungan2 yang segera(dunia).



nur iman
kitab Mau’izatul Mu’minin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...