Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 17 Mac 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab         : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis      : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh        : 17. 3. 2014
Hari            : Isnin
Masa          : 4.00 - 5.30 petang
Tempat     : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                    Biro Pembangunan Insan 
                    PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan MIN 17/3/2014]

Kaedah Keempat- Kemudharatan Dihilangkan atau Dihindarkan
Dalil : 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan. (Imam Malik)


Kaedah yang terbit :

1) Kemudharatan Mengharuskan Tegahan

- kemudharatan menghalalkan yang haram.
- dalil : “barangsiapa yg terpaksa waktu kelaparan untuk memakan makanan yang haram dengan tiada      cenderung kepada dosa tidaklah mengapa kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (5:3)
-hukum :
- harus makan bangkai ketika dharurat
- harus membinasakn tanaman dan binaan orang kafir dlm peperangan dengan tujuan melemahkan mereka.
- paksaan yg tidak boleh dilakukan oleh orang yang terpaksa – berzina dan membunuh (kerana memudharatkan orang lain.)

2) Kemudharatan Dikira Mengikut Keadaannya

Hukum feqah :
- orang yang diminta pandangan peribadi seseorang terhadap orang yang datang merisik untuk meminang, memadai dengan kiasan atau sindiran tanpa perlu menceritakan keaiban sebenar.
- doktor yang merawat perempuan ajnabi, harus melihat anggota badan yang diperlukan sahaja.

Kemudharatan Khusus, Kemudharatan Umum ;
1) Ditanggung kemudharatan Khas untuk Menolak Kemudharatan Umum.
- jika seseorang melakukan sesuatu pekerjaan yang membenimbulkan kemudharatan am terhadap masyarakat, maka hendaklah ia menerima kemudharatan dirinya daripada kemudharatan umum.
Contoh :
-penjual senjata dilarang menjual senjata ketika berlaku perang saudara kerana dengan penjualan tersebut membawa pertumpahan darah dalam masyarakat.

[ Kredit ]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...