Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 7 April 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta
       
Kitab        : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis     : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh      : 7. 4. 2014
Hari         : Isnin
Masa        : 4.15 - 5.45 petang
Tempat    : Solah al Falah (SAF)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan MIN 7/4/2014]

1. Kemudharatan mesti dihilangkan.
Cth :
- lihat pada awlawiyat. 9agama, diri, nyawa, maruah, akal, keturunan, harta.
- babi haram pada ‘ain. (tiada sebab ia diharamkan)
- arak diharamkan kerana memabukkan.
- barangan boikot guna untuk menjaga kemaslahatan diri tetapi duit itu akan disalurkan untuk membunuh umat Islam.
- harus membeli di syarikat yang tidak menyokong dan menyumbang kepada pembunuhan dan penindasan umat Islam.
- zakat harta simpanan :
cth : Pakai kerana tidak mahu membayar zakat : mazhab syafie – hukum gugur, tetapi berdosa. Mazhab hanafi – zakat tidak sah.

2. Kemudharatan yang lebih besar dihilangkan dengan kemudharatan yang lebih ringan.
Cth :
- perempuan mengandung mati,tetapi anak masih hidup. – buat operation untuk keluarkan anak dari ibunya untuk elakkan mudharat yang lebih besar.
- dibenarkan menipu untuk mendamaikan 2 pihak yang sedang bergaduh.
- berubat dengan najis - harus ambil untuk elak mudharat yang lebih besar. (nyawa). Tetapi jika ada ubat yang lain – tidak boleh ambil.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...