[RINGKASAN SIRAH KHULAFA’ AR-RASYIDIN 2.0 – SAIDINA
ABU BAKAR]
PENYAMPAI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 6 DISEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA
TARIKH: 6 DISEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA
Ø Sikap Saidina Fatimah dan Ali r.a
terhadap Abu Bakar r.a disebabkan masalah warisan Nabi s.a.w,
Ø Abu bakar mengatakan yang beliau
mendengar Rasullulah bersabda : “Kami tidak mewariskan dan apapun yang kami
tinggalkan hakikatnya adalah sedekah dan sesungguhnya keluarga Muhammad
mendapatkan nafkah makan mereka dari hasil harta ini”.
Ø Sejak dari itu Fatimah memboikot dan
tidak berbicara dengan Abu Bakar sehingga wafat.
Ø Ali r.a tidak membaiat Abu bakar
tetapi setelah kematian Fatimah, beliau berbaiat dengan Abu Bakar.
Ø Ada riwayat mengatakan Abu Bakar
meminta maaf kepada Fatimah sebelum wafatnya beliau.
Ø Setelah kematian Rasulullah Abu Bakar
memberi khutbah di hadapan kaum muslimin setelah dibaiat dan dikebumikan
Rasulullah. Isi kandungannya banyak menasihati kaum muslimin
Ø Setelah kematian Rasulullah banyak
terjadi kacau bilau di Jurf, kelihatan banyak kemunafikan di Madinah , golongan
tidak mahu bayar zakat dan banyak lagi.
Ø Disebabkan banyak masalah yang
berlaku, ramai yang mengusul kepada Abu Bakar untuk mundakan kebrerangkatan
pasukan Usamah . Tetapi, Abu Bakar dengan tegas menolak saranan tersebut.
Ø Pasukan usamah membawa kemashlahatan
besar waktu itu kerana mereka (perkampungan arab) merasakan mereka memiliki
pertahanan yang kuat di Madinah.
Ø Abu Bakar menumpaskan golongan murtad
dan orang-orang yang menolak membayar zakat.
Ø Tepat pada bulan
Jamadil Akhir tahun 11 H, Abu Bakar mengerahkan seluruh penduduk Madinah dan
para pemimpin perbatasan untuk menyerbu orang-orang arab yang murtad sekitar
Madinah ataupun turut membantu musuh yang sebelumnya menyerang madinah.
Ø Abu Bakar telah membekali setiap
panglima pasukan sepucuk surat kepada orang-orang murtad, dan memerintahkan
setiap panglima berangkat dengan kelompoknya masing-masing.
Ø Abu Bakar melantik Khalid bin
al-Walid sebagai panglima perang dalam operasi menumpaskan golongan murtad.
Ø Peperangan Buzaah dan
penyerangan ke Bani Asad. Khalid dapat mengalahkan dua pasukan yang hebat iaitu
pasukan Thulaihah dan pasukan Uyainah bin Hishn.
Ø Utusan Bani Asad dan Ghathafan kepada
Abu Bakar untuk meminta pendamaian. Abu bakar memberi dua alternative kepadanya
iaitu pertama peperangan yang akan menghabisi mereka, kedua yang menghina
mereka.
Ø Abu Bakar mengutuskan Khalid al-
Walid untuk memerangi bani Hanifah di Yamamah.
Ø Khalid berjalan menuju Bani hanifah
dan tiap kali melewati kaum yang murtad , ia pasti menghabisinya.
Ø Khalid menyerbu mereka hingga lari
bercerai-berai dan akhirnya Khalid berhasil mengeluarkan mereka dari Jazirah
Arab.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment