Tugas-tugas Seorang Imam Sebelum Solat





1.Seseorang tidak boleh menjadi imam kepada jemaah yang membencinya.

-tidak sepatutnya menjadi imam jika ada makmum yang lebih faqih dan lebih layak jadi imam kecuali yang faqih tidak mahu menjadi imam.
-makruh hukumnya bertolak-tolakan antara satu sama lain untuk menjadi imam.

2.Imam sepatutnya menjaga waktu solatnya dan mendirikan solat pada awal waktu demi mendapatkan keredhaan Allah.

-mengutamakan solat awal waktu daripada akhir waktu.
-tidak sepatutnya melewat-lewatkan solat untuk menunggu banyaknya jemaah kerana solat di awal waktu lebih baik dari bilangan jemaah yang ramai da
n panjangnya bacaan surah.

3.Seseorang yang hendak menjadi imam hendaklah ikhlas dan melaksanakan amanah daripada Allah dengan sebaik-baiknya dan mematuhi semua syarat-syarat dan rukun-rukun solat.

-amanah ialah seseorang yang suci batinnya daripada kefasikan dan tidak melakukan dosa-dosa besar serta tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil.
-seorang imam juga perlu bersih dari sudut zahirnya iaitu suci dapada hadas kecil dan besar serta najis.
-seandainya ketika solat dia teringat bahawa dia berhadas
atau keluar angin,dia tidak perlu malu untuk keluar dan menyentuh tangan orang berdekatan serta mentaklifnya menggantinya menjadi imam.

4.Jangan melafazkan takbiratul ihram sebelum memastikan saf-saf lurus,iaitu menyamakan bahu-bahu dan merapatkan buku lali.

-muazin melewatkan iqamah dengan kadar manusia bersedia untuk solat.

5.Meninggikan suaranya ketika takbiratul ihram dan seluruh takbir.

-makmum tidak boleh mengangkat suaranya melainkan dengan kadar apa yang didengar oleh dirinya sendiri.
-makmum juga perlu melewatkan takbirnya dari takbir imam.

AISYAH
Kitab Mauizatul Mukminin
Pengajian pd 18/2/09

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...