Diskusi Fiqh Musafir ( 22 Sept 2014 )

Fiqh Musafir


Penyampai: Ustaz Khairi bin Che Sulaiman
Tarikh     : 22.09.2014
Hari         : Rabu
Masa        : 5.15 - 7.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

SOLAT QOSAR.
Pengertian Solat Qosar
-Bererti memendekkan bilangan rakaat solat daripada empat kepada dua rakaat. Maka solat Zohor, Asar dan Isya yang sepatutnya didirikan sebanyak empat rakaat menjadi hanya dua rakaat sahaja apabila diqosarkan.

Dalil Pensyariatannya
- Firman Allah SWT di dalam Al-Quran :- “Dan apabila kamu bepergian di bumi, maka tidaklah berdosa kamu mengqosar solat, jika kamu takut diserang orang kafir. Sesungguhnya orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.”

Bermula Safar
- Tidak harus bagi seseorang qosar solat kecuali apabila dia sudah berada di dalam permusafiran. Hal ini hanya berlaku apabila dia sudah keluar daripada kawasan dia bermukim (menetap). Perlu diingatkan bahawasanya apabila seseorang sudah keluar rumah untuk pergi ke suatu tempat yang jauh (2 marhalah), dia masih tidak dikira bermusafir kecuali apabila dia sudah melintas keluar sempadan mukim tempat dia menetap.

Waktu Berakhir Safar
1.Apabila sudah pulang ke mukim tempatnya. Maka jika dia belum melintasi sempadan mukim tersebut, keringanan untuk solat qosar masih boleh dilakukan.
2.Apabila berniat untuk menetap di destinasinya melebihi 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar). Maka jika dia mahu menetap di destinasinya melebihi tempoh yang dibenarkan, tiada rukhsoh baginya.
3.Apabila dia berniat untuk pulang sejurus urusannya sudah selesai, dalam masa yang sama dia tidak tahu bila urusannya akan selesai, maka dia dibenarkan untuk solat qosar selama 18 hari.

Syarat solat qosar
1.Permusafiran yang panjang (2 marhalah).
2.Perjalanan yang ada halatujunya.
3.Menunaikan keseluruhan solat qosar itu dalam keadaan masih bermusafir.
4.Menunaikan solat setelah keluar daripada kawasan mukim.
5.Tidak berniat untuk bermukim di situ.
6.Permusafiran yang diharuskan oleh syarak.
7.Hendaklah disertakan niat untuk mengqosarkan solat didalam takbiratul ihram.
8.Tidak menjadi makmum kepada imam yang solat tamam.

SOLAT JAMA’
Pengertian Solat Jama’
-Bererti menghimpunkan dua solat didalam satu waktu. Samaada dihimpunkan didalam waktu yang awal (Jama’ Takdim) atau waktu yang kedua (Jama’ Takhir).
Dalil pensyariatannya
-Saidina Ibnu Abbas RA berkata: “Nabi SAW menghimpunkan solat Zohor dengan Asar apabila bermusafir, dan baginda SAW juga menghimpunkan solat Maghrib dengan Isya.”

Pembahagian Solat Jama’
1.Jama’ takdim : Menghimpunkan solat yang terkemudian kedalam waktu solat yang lebih awal.
Daripada Saidina Anas RA berkata : “Rasulullah SAW ketika bermusafir, dan telah tergelincir matahari (masuk waktu zohor), maka baginda SAW solat Zohor dan Asar lalu meneruskan perjalanannya.”
2.Jama’ takhir : Menghimpunkan solat yang lebih awal kedalam waktu solat yang terkemudian.
Daripada Saidina Anas RA berkata : “ Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila mahu menghimpunkan dua solat ketika bermusafir, maka baginda akan memperlewatkan Zohor sehinggalah masuknya waktu Asar, kemudian baginda SAW menghimpunkan kedua-duanya.”
Syarat Jama’ Takdim
1.Mestilah mengikut tertib turutan waktu solat.
2.Niat jama’ di dalam solat yang pertama.
3.Berturut-turut antara dua solat.
4.Masih berkekalan permusafiran sehingga bermula solat yang kedua.
Syarat Jama’ Takhir
1.Berniat untuk melewatkan solat kedalam waktu yang kedua.
2.Masih berkekalan permusafiran sehingga selesai solat yang kedua.
Syarat Jama’ Takhir
1.Berniat untuk melewatkan solat kedalam waktu yang kedua.
2.Masih berkekalan permusafiran sehingga selesai solat yang kedua.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...