Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar (Siri 1) [16.3.2015]

[RINGKASAN SIRAH NABAWIYYAH DURUS WA IBAR (SIRI 1) ] 

Pengisi : Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi
Kitab : Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar
Tarikh : 16.3.2015
Hari : Isnin
Masa: 4.00- 5.45 petang
Tempat : Qaah Ibn Sina (QIS)

Sebagai seorang khalifah di muka bumi ini adakah kita sudah betul betul menghayati sirah Rasulullah S.A.W dan para sahabat?
Jika benar kita sudah cukup mengenali nabi, mari cuba jawab 4 soalan asas ini :
1) Apakah nama nabi dan keturunan baginda?
2) Siapakah bidan yang menyambut kelahiran nabi?
3) Adakah benar susu pertama yang diminum oleh nabi ketika nabi lahir adalah daripada Halimatus Saadiah ?
4) Sebutkan nama kuda kesayangan nabi.

Bagaimana ?

Jangan risau jika masih ada yang terlopong tapi kita sudah mula mendapat kesedaran untuk mempelajari dan mengenali lebih tentang nabi. Tapi bimbanglah jika tiada timbul kesedaran dan usaha langsung kita ke arah itu.

Menjadi satu keperluan utama bagi umat Islam amnya dan seorang pendakwah khususnya mengetahui perjalanan kehidupan Rasulullah S.A.W. Dengan mempelajari sirah nabawiyyah kita dapat merungkai segala perkara yang berlaku pada masa kini, bahkan ianya juga memberikan gambaran cara hidup sebenar berlandaskan Islam sejati.

Kelebihan mempelajari Sirah Nabawiyyah :
1- Mengetahui berkaitan Asbabun Nuzul ayat-ayat Al-Quran dan asbabun wurud hadith-hadith Nabi Muhammad SAW.

2- Bekalan yang bermanfaat untuk para da'i dan para mujahiddin yang membangkitkan semangat dan tekad dalam menyebarkan Islam.

3- Menghargai nilai mahalnya nikmat Islam dan nikmat iman.

4- Sirah adalah sebahagian mu'jizat nabi Muhammad SAW dan merupakan tanda-tanda kenabian serta menambahkan rasa cinta kepada baginda.

5- Mengetahui kualiti tarbiyyah para Sahabat Radiyallahu'anhum secara langsung daripada Rasulullah SAW.

6- Kita akan merasa seakan-akan hidup bersama Rasulullah SAW dan para sahabat.

7- Berfaedah bagi seorang dai'e untuk mengetahui hukum, fiqh, tarbiyyah dan politik syar'i.

8- Mengetahui sebab-sebab kemenangan dan kekalahan.(perang)

9- Menjadi sandaran cara kehidupan masyarakat muslim terbaik dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

10- Mengetahui bagaimana cara dan bentuk penyampaian yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, peringkat yang dilalui oleh baginda untuk mencapai matlamat dakwah.
Kesimpulannya, Sirah itu sebagai bacaan seharian kita kerana ianya dapat memberikan input dan ilmu terbaik dalam menghadapi karenah masyarakat hari ini. Kita tidak pernah takut untuk menegakkan Islam biarpun berhadapan dengan 1001 tribulasi akan datang jika kita menguasai Sirah. InshaAllah

Wallahu'alam.
smile emoticon

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...