Penawar Bagi Hati (Siri 1) [17.3.2015]

RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 1)

Pengisi: Ustaz Rafzan

Kitab: Penawar bagi hati
Tarikh: 17.3.2015
Hari :SELASA
Masa : 4.00 – 6-00 petang
Tempat : Qaah bnu Sina

Pengenalan ringkas pengarang kitab penawar bagi hati:
Syeikh Abdul Qadir Bin Abd Mutalib Al-Indunisi Al-Mandili
Berasal dari Indonesia, menetap banyak menetap di Mekah. Beliau banyak menulis kitab dlm aspek tasawuf, feqah dan politik.

ISLAM terbahagi kepada 3 aspek:

1. Aqidah: kepercayaan kepada tuhan
2. Feqah: kehidupan (hubungan dengan manusia, cara beribadah, hukum hakam dalam beribadah dan lain-lainl)
3. Tasawuf: berkaitan dengan akhlak seseorang.

Ilmu tasawuf:

- Sejarah: Di zaman Rasulullah tidak ada ilmu ini, tetapi para sahabat telah melaksanakan konsep-    konsep yang ada dalam ilmu tasawuf.

- Mengajar kita memahami perbuatan hati, samada perbuatan yang dipuji / perbuatan yg dicela

- Mengosongkan hati dari unsur-unsur selain daripada Allah, yang dapat menghiasinya dengan  cara memandang kepada sekalian alam.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

- Hukum memperlajari ilmu Tasawuf ialah fardhu ain

- Sumber2 ilmu ini dirujuk daripada al-Quran & hadis

- Hukum kait antara ilmu feqah dan ilmu tasawuf:
Daripada Imam malik pernah berkata :"Siapa yang belajar ilmu tasawuf tanpa belajar ilmu feqah dikategorikan sebagai kafir zindiq.
Yakni seseorang yang mempunyai penampilan / luaran yang kelihatan baik tetapi sebaliknya dalamannya tidak memahami & menolak hukum hakam yang ada dalam Islam. Manakala, siapa yang belajar ilmu feqah tanpa belajar ilmu tasawuf , dikategorikan sebagai fasik."

-Ilmu tasawuf ialah membersihkan segala anggota luaran daripada segala perbuatan keji , supaya ia dapat menujukan kepada kebersihan hati dan mengelakkan diri dari perbuatan yang tercela.

- Mempunyai 3 fasa:

1. Anggota luaran: Mata, telinga, lidah , perut , kemaluan, tangan dan kaki
2. Lintasan hati
3. Akhlak mahmudah (sifat-sifat yang terpuji)

Fasa pertama

1. Anggota mata
Faedahnya kepada akhirat, kita dapat menghayati dan menjiwai Al -Quran. Ia juga membantu untuk mempelajari ilmu fardhu kifayah atau mendapat perkerjaan yang baik dalam urusan dunia kita.
Tanda mensyukuri nikmat mata ialah mengelakkan daripada melihat perkara yang haram atau buruk.
Contohnya, melihat wanita yang bukan mahram atau melihat aurat sesama jenis.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Pandangan (mata) itu adalah satu anak panah yang beracun daripada panah-panah iblis. Oleh kerana itu barangsiapa meninggalkannya, lantaran takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman dalam hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Tujuan mempelajari ilmu tasawuf juga adalah untuk sentiasa memuhasabah diri sendiri.

Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...