Sirah Nabawiyyah Durus Wa'Ibar (Siri 3) [30.3.15]

[ RINGKASAN SIRAH NABAWIYYAH DURUS WA IBAR (SIRI 3) ]
Tarikh : 30 March 2015 ( Isnin)
Pengisi : Ustaz Zulhafeez
Kitab: Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar
Masa: 4.00- 6.00 petang
Tempat: Qaah Ibnu Sina (QIS)

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasullullah S.A.W pada hari isnin ,7 Ramadhan. Nabi Muhammad S.A.W ketika itu berusia genap 40 tahun, Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda.
Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah ialah mimpi yang baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepadanya rasa cinta untuk berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira’ dan beribadat didalamnya, iaitu beribadat untuk beberapa malam.
Pada suatu malam, ketika Baginda sedang baring terdengar satu suara yang mengatakan ‘Iqra’, lalu jawab nabi Muhammad S.A.W aku tidak boleh membaca, kemudian Baginda merasakan seperti orang mendakapnya, hampir sahaja Baginda lemas dalam dakapan dan kedengaran sekali lagi suara tersebut sehingga 3x diulangi perkataan tersebut. Lalu Malaikat yang diperintahkan Allah untuk memimpin Muhammad terus membaca ayat Iqra tersebut.

Sekembalinya nabi dari Gua Hira’ dalam keadaan ketakutan dan menggigil lalu Baginda meminta isterinya Khadijah untuk menyelimutkannya, lalu baginda menceritakan apa yang berlaku terhadapnya. Setelah berehat, Khadijah bersama Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Waraqah bin Naufal iaitu sepupu Khadijah untuk menceritakan apa yang berlaku. Waraqah adalah seorang yang alim dan mempelajari Taurat dan Injil. Setelah mendengar cerita Rasulullah S.A.W, lalu Waraqah pun berkata " Ia adalah Namus (pembawa wahyu,iaitu Jibril) yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s". Tidak lama kemuadian, Waraqah telah meninggal dunia dan wahyu pula telah berhenti sementara waktu.

Selepas itu, Rasulullah S.A.W mula berdakwah dalam kalangan orang yang dipercayainya selama 3tahun. Antara golongan terawal memeluk Islam ialah:
1- Khadijah binti Khuwailid r.a.
2-Ali bin Abi Thalib karramallahu wajhah.
3-Zaid bin Harithah r.a.
4-Abu Bakar bin Abi Quhafah r.a.
5- Bilal bin Rabah al Habsyi

Apabila penganut Islam berjumlah 30 orang, Rasulullah s.a.w. menjadikan rumah al-Arqam bin Abi Arqam r.a. sebagai markas dakwah.Turunnya Surah al-Hijr ayat ke-94 memerintahkan dakwah dilakukan secara terang-terangan. Bermulanya pelbagai jenis penyeksaan. Setelah Rasulullah sendiri melihat penyeksaan demi penyeksaan yang dilakukan oleh pihak Quraisy terhadap orang-orang Islam, Baginda sendiri tidak dapat melindungi mereka lalu Baginda sendiri mengemukalan cadangan agar mereka berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) kerana raja di Negara itu tidak kejam dan zalim.
Pengajaran dan pedoman yang kita boleh ambil daripada peristiwa diatas ialah, apabila kita tekad untuk melakukan sesuatu kebaikan, Allah S.W.T akan mencampakkan ke dalam hati kita , rasa benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh masyarakat sekeliling. Sebagai seorang pendakwah, kita tidak boleh mudah menyerah kalah jika usaha kita gagal mencapai objektifnya. Kita seharusnya cuba dengan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk berdakwah sehingga benar-benar mencapai kejayaan yang diinginkan. InshaAllah

Wallahu'alam
smile emoticon

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...