TRUST 1.0 : Al-Islam Syariatuz Zaman Wa Al-Makan [27.9.15]

[RINGKASAN TRUST 1.0]

TARIKH: 27 SEPTEMBER 2015
PENGISI: USTAZ HAFIZ NAIM BIN RADUAN
KITAB: AL-ISLAM SYARIATUZ ZAMAN WA AL-MAKAN

Kitab ini menerangkan tentang 10 ciri-ciri syariat Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan dan sesuai mengikut masa dan tempat.

Ciri-ciri tersebut termasuklah
1. Bersifat ketuhanan
2. Global, sesuai untuk semua golongan masyrakat
3. Sempurna, lengkap dalam segenap aspek
4. Bersifat memperbaharui, selari dengan perubahan zaman
5. Seiring di antara material dan spiritual
6. Seimbang di antara keperluan individu dan masyarakat
7. Mudah, ringan dan rasional
8. Bersifat menyempurna, melengkapi dan menguasai
9. Bersifat tulen dan berterusan yakni dari Allah dan RasulNya
10. Keadilan sejagat Selain itu, kitab ini menerangkan bukti-bukti tentang kesan pensyariatan Islam.

Bukti-bukti tersebut berdasarkan 2 bentuk iaitu,
1. Bukti semasa
Contohnya seperti, :
·         konsep kesamarataan bersandarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13
·         konsep kebebasan berfikir, beragama dan bersuara
·         konsep syura

2. Pengakuan dari perhimpunan di sesebuah negara dan pengakuan melalui golongan pertengahan. Contohnya seperti : Perhimpunan di Bandar Lahay pada 1937 yang meletakkan syariat Islam sebagai sumber rujukan dalam menggariskan undang-undang.

 "Agama dan pemerintahan tidak boleh dipisahkan. Jika fahaman ini telah menular dalam masyarakat, secara tidak langsung kita telah dipengaruhi oleh pemikiran barat", tegas Saudara Muhammad Mujahid.

Kitab ini juga memberi kita kesedaran tentang kepentingan mengetahui sejarah Islam dalam merealisasikan ketinggian dan ketamadunan, terutamanya pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, zaman Umawiyah dan zaman Abbasiyah.

Antara tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang menjadi bukti ketamadunan Islam, seperti:
·         Ibnu Kaldun : Pakar sosiologi
·         Abu Zakaria : Pakar perubatan
·         Abu Ali bin Sina : Pakar falsafah dan ramai lagi



Wallahu'alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...