Fikah Korban [20.9.15]

[RINGKASAN FIKAH KORBAN]

TAJUK : FIKAH KORBAN
PENGISI : DR. MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL HADI
TARIKH : 20 SEPTEMBER 2015
MASA : 4.15 PETANG
TEMPAT : QA'AH IBNU SINA (QIS)





Diriwayatkan dalam hadis Imam Al-Bukhari Rahimahullah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Tidak ada hari di mana amal soleh itu lebih dicintai oleh Allah S.W.T selain pada 10 hari terawal Zulhijjah."

Ibadah korban bermaksud :
Perbuatan seseorang yang bersifat hamba melakukan pengorbanan dari segi jiwa dan harta demi mendapat ganjaran pahala dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Ø  Hari Raya Aidiladha lebih besar dan lebih istimewa berbanding Hari Raya Aidilfitri.
Ø  Ibadah korban yang kita lakukan pada hari ini berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
Ø  Peristiwa korban ini berlaku pada 10 Zulhijjah. Tidak sah jika dilakukan sebelum solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Pengertian Korban Dari Segi Syarak :
Menyembelih binatang ternakan tertentu yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu, kambing, kerbau dan biri-biri pada hari raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12, & 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadah kepada Allah S.W.T mengikut syarat-syarat tertentu.

Hikmah Korban :
1.Meningkatkan ketaatan kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T.
2.Menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.
3.Melahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T.

Dalil disyariatkan korban : "Maka solatlah (dengan ikhlas) kerana Tuhanmu serta laksanakan ibadah korban sebagai tanda syukur" (Surah Al-Kauthar: Ayat 3)

Ø  Daging dan darah binatang korban tidak sesekali sampai pada Allah S.W.T, tetapi yang sampai pada Allah S.W.T adalah amalan yang ikhlas berdasarkan takwa dan ibadah daripada kamu.

Fadilat Ibadah Korban :
1. Mendatangkan amal kebajikan kepada seseorang.
2. Nabi Muhammad S.A.W pernah meminta Saidatina Fatimah untuk menyaksikan sendiri ibadah korban yang dilakukan.
3. Sunat untuk orang yang mengambil bahagian dalam ibadah korban untuk melihat sendiri haiwan yang disembelih.

Hukum Melakukan Ibadah Korban :
1. Sunat yang dituntut (Terutama kepada mereka yang sudah cukup syarat) : Islam, baligh, berakal, berkemampuan.
2. Wajib : Andai seseorang sudah bernazar untuk berkorban pada tahun tersebut. Orang yang melakukan ibadah korban dan tanggungannya tidak boleh memakan daging tersebut.
3. Makruh : Kepada perempuan untuk melakukan sendiri penyembelihan korban.
4. Haram : Sekiranya melakukan ibadah korban selain kepada Allah S.W.T.

Sunnah Dalam Ibadah Korban :
Pemilik binatang korban disunatkan untuk tidak mencukur rambut dan bulu serta tidak memotong kuku menjelang 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban.

Wakil Untuk Melakukan Ibadah Korban Disunatkan Untuk :
1. Membaca bismillah
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
3. Menghadapkan binatang ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
4. Bertakbir sebelum dan selepas membaca bismilah.
5. Niat untuk berkorban.
6. Menajamkan pisau
7. Melepaskan ikatan pada kaki binatang tersebut selepas disembelih.

Kategori Binatang Korban (Al - An'am)
Terdapat dua pendapat ulama :
1. Yang paling afdal, haiwan yng paling banyak daging
2. Haiwan yang paling afdal adalah biri-biri.

Hukum Korban Binatang Yang Cacat : Tidak sah.
Contoh: Buta, berpenyakit, tempang kaki, terlalu kurus dan kecacatan yang lain.

Hukum Kasi Binatang : Harus kepada penternak sekiranya dia bertujuan untuk mendapatkan daging yang banyak.

Hukum daging korban :
1. Hasil daripada binatang tersebut (kulit, kepala dan lain-lain) haram dijual.
2. Haram kepada pemilik untuk menjadikan daging korban itu sebagai upahan kepada wakilnya yang menyembelih.

Hukum Memakan Daging Korban Bergantung Pada Jenis Korban Yang Dilakukan :
1. Korban wajib
2. Korban sunat

Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Kafir :
1.Kafir zimmi : Boleh menerima dan memakan daging korban. Akan tetapi lebih baik diutamakan kepada orang Islam.
2.Kafir harbi : Haram hukumnya untuk menerima dan memakan daging korban.


Wallahu'alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...