Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar (Siri 7) [28.4.15]

[RINGKASAN SIRAH NABAWIYYAH DURUS WA IBAR (SIRI 7) ]

Penyampai: Ustaz Zulhafeez
Kitab: Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibah
 
Tarikh: 28.4.2015 (Isnin)
Masa : 4.00 – 6-00 petang
Tempat : Qaah bnu Sina


Peperangan Rasul S.A.W

1.Ghazwah Bani Quraizoh
Berlaku pada tahun ke-5 hijrah. Sebab berlakunya peperangan adalah pihak yahudi bani quraizah yg tinggal bersama Rasul s.a.w di Madinah telah belot dengan membatalkan perjanjian dengan Rasulullah dan berpihak kepada Quraisy. Oleh yang demikian, orang Islam bertindak untuk mengepung mereka selama 25 malam. Setelah mereka tersepit dengan keadaan itu, akhirnya mereka tunduk kepada hukuman Rasul s.a.w.

2. Ghazwah Al-Hudaibiyyah
Berlaku pada bulan Zulkaedah , tahun ke-6 hijrah. Rasulullah s.a.w telah bermimpi bahawa baginda memasuki Baitullah Al-Haram bersama para sahabatnya dalam keadaan aman. Seramai 1,500 orang bersama Rasulullah keluar untuk menziarah dan mengerjakan umrah ke Baitullah al-Haram. Malangnya, telah dihalang oleh pihak Quraisy, pihak Islam telah menghantar Othman bin Affan untuk berunding. Di atas kelewatan Othman bin Affan pulang ,berita tersebar dikalangan orang islam yang menyatakan beliau telah dibunuh. Justeru baginda, mengajak orang Islam untuk berbaiah untuk berjihad. Pihak Quraisy takut lalu melakukan perdamaian bersyarat dengan baginda dan akhirnya termenterailah Perjanjian Hudaibiyyah yang difikir dari logik akal tidak memberi banyak faedah kepada Islam. Tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Islam dan Allah telah menamakan peperangan ini sebagai kemenagan yang nyata.

3. Ghazwah Khaibar
Berlaku pada akhir muharram, tahun ke-7 hijrah. Sebab berlakunya peperangan:Setelah Nabi s.a.w memperolehi keamanan daripada pihak Quraisy hasil perdamaian yang dicapai di Hudaibiyyah, baginda memeutuskan untuk membersihkan saki baki Yahudi di sekeliling Madinah. Hasil peperangan ini seramai 93 orang yahudi terkorban dan 15 orang Islam syahid.

4. Ghazwah Mu’tah
Berlaku pada Jamadil Awal, tahun ke- 8 hijrah. Sebab peperangan: Rasul telah mengutuskan al-Harith bin Umair al- Azdi yang membawa sepucuk surat (mengajak kepada Islam) kepada al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja basrah mewakili Herkules. Apabila utusan bagainda tiba di mu’tah, beliau telah dibunuh oleh Raja Arab Ghassan. Lantas , peperangan tercetus , seramai 3,000 orang Islam dan panglima mereka Zaid Bin Harith. Zaid telah berperang sehingga syahid dan diganti dengan Jaafar bin Abi Tolib seterusnya Abdullah bin Rawwahah dan akhirnya Khalid bin Al-Walid. Khalid al-walid menggunakan kelicikan perangnya sehingga berjaya menyelamatkan tentera Islam dariapda binasa.

5.Ghazwah al-Fath
Peperangan membuka kota mekah, pada Ramadan, tahun ke-8 hijrah. Sebabnya : perdamaian Hudaibiyyah membolehkan mana-mana kabilah arab melakukan pakatan dengan Rasulullah jika mereka mahu. Bilangan orang islam ketika keluar dari Madinah seramai 10,000. Dalam perjalann beberapa kabilah arab telah berbaiah dengan mereka. Kemudian, baginda memasuki Makkah dengan menaiki tunggangannya, baginda masuk Makkah dalam keadaan tunduk sehingga dahinya hamper-hampir menyentuh pelana tunggangannya, sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Orang ramai berhimpun dan berbaiah dengan Rasulullah.

6.Ghazwah Hunain
Berlaku pada 10 syawal tahun ke-8 hijrah. Sebabnya: apabila Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya, pemimpin hawazin dan Thaqif menyangka setelah Rasulullah menyelesaiakan masalah di Makkah, baginda akan menghalakan serangan kepada mereka pula. Lantaran, mereka memulakan dahulu peperangan dengan baginda. Peperanagan ini adalah pertempuran penting yang berlaku antara Islam dan orang musyrik. Tak lama selepas itu, seluruh bangsa Arab telah memecahkan berhala-berhala dan memeluk Islam.

7.Ghazwah Tabuk
Peperangan yang susah. Berlaku pada Rajab, tahun ke-9 hijrah. Sebabnya: Rom telah mengumpulkan angkatan tentera yang ramai di syam . Tujuan Maharaja Rom, Herkules adalah untuk menyerang Madinah dan menghapuskan negara yang baru terbina di semenanjung tanah Arab tersebut. Rasulullah mengajak orang ramai untuk keluar berperang dan pada waktu itu merupakan waktu amat susah dan panas. Peperangan ini merupakan ghazwah terakhir yang disertai Rasulullah. Di perang ini menentukan siapa yang munafik dan siapa yang ikhlas berjuang kerana Islam.

Pengajarannya :
- Kepentingan dalam mentaati perintah ketua walaupun merasakan keputusannya kurang berbaloi.
- Kesabaran dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam peperangan.
- Kerjasama yang kuat antara sahabat-sahabat dalam peperangan.
- Semangat untuk menegakkan syiar Islam di seluruh pelusuk dunia.


Wallahu’alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...