Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar (Siri 5) [20.4.15]

[ RINGKASAN SIRAH NABAWIYYAH DURUS WA IBAR (SIRI 5) ]

Tarikh : 20 April 2015 ( Isnin)
Pengisi : Ustaz Zulhafeez
Kitab: Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar
Masa: 4.00- 6.00 petang
Tempat: Qaah Ibnu Sina (QIS)


~ Peristiwa - Peristiwa Hijrah ~

1) Pengorbanan sahabat Rasulullah S.A.W 
Beberapa orang pemuda diarahkan untuk membunuh Rasulullah S.A.W telah berhimpun di muka pintu rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar untuk membunuhnya. Pada malam tersebut Rasulullah S.A.W tidak tidur di tempat tidurnya. Baginda telah meminta Ali r.a untuk tidur di tempatnya itu. Rasulullah S.A.W telah meninggalkan rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yg diwakilkan untuk membunuhnya. Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Mereka berdua keluar dari Makkah. Abu bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi penunjuk jalan ke Madinah.

2) Peranan wanita dalam hijrah.
Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda Abu Bakar keluar berhijrah pada hari khamis, 1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda S.A.W. Hanya Ali r.a dan keluarga Abu Bakar r.a yang mengetahui tentang hijrah baginda tersebut. Anak- anak perempuan Abu Bakar, Aisha dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah memotong sebahagian dari tali ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar " Zat an- Nitoqain " ( perempuan yang mempunyai 2 tali ikat pinggang)

3) Penantian yang mengembirakan 
Rasulullah S.A.W dan teman baginda, Abu Bakar telah sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal. Baginda sampai ke sana setelah para sahabat lama menanti. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berasa amat gembira. Kanak-kanak mula mendendangkan nasyid diiringi dengan gendang-gendang.

4) Pembinaan masjid pertama 
Dalam perjalanan Baginda S.A.W ke Madinah, Baginda singgah di Quba, sebuah kampung di selatan Madinah. Baginda telah mengasaskan masjid pertama yang dibina dalam Islam dan tinggal di sana selama 4 hari. Kemudian baginda bertolak ke Madinah pada pagi jumaat. Ketika Baginda di perkampungan Bani Salim bin 'Auf, waktu solat Jumaat telah masuk. Lalu Baginda membina sebuah masjid disitu dan menunaikan solat jumaat pertama dalam Islam.

5) Membina kekuatan perpaduan umat Islam
Baginda S.A.W mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansor. Baginda menjadikan untuk setiap Ansor seorang saudara daripada Muhajirin. Ada seorang Ansor telah membawa saudara Muhajirinnya ke rumahnya. Beliau menawarkan kepada saudara Muhajirinnya untuk membahagi sama rata semua barang yang terdapat di dalam rumahnya.

6) Piagam Pentadbiran Islam pertama terbentuk
Rasulullah S.A.W menulis satu piagam bertulis antara Muhajirin dan Ansor. Di dalamnya Baginda berjanji untuk berbaik-baik dengan Yahudi di samping mengakui hak mereka dalam agama dan harta. Piagam tersebut mengandungi prinsip-prinsip yang menjadi dasar asas kepada negara Islam yang pertama. Didalamnya dinyatakan prinsip kemanusiaan, keadilan sosial, toleransi agama dan kerjasama demi kemaslahatan masyarakat yang patut dirujuk, difahami oleh setiap orang.


Sebagai pedoman dan pengajaran, seorang manusia yang jujur dan ikhlas kepada dakwah islah, sanggup mengorbankan nyawanya untuk pemimpinnya. Kerana keselamatan dakwah bergantung kepada keselamatan pemimpin. Dan jika pemimpin terkorban, dakwah akan terbiar dan lemah. Selain itu, pemimpin dakwah,ketua negara atau ketua gerakan islah tidak dianggap pengecut/ lari daripada mati jika berfikir untuk menyelamatkan diri daripada konspirasi pihal yang menunggu-nunggu sat untuk membunuhnya. Mereka bertindak sedemikian untuk menjayakan semula gerakan Islah dengan lebih agresif dan aktif di medan yang lain.



Wallahu’alam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...