Penawar Bagi Hati (Siri 4) [14.4.15]

RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 4)

Pengisi: Ustaz Rafzan
Kitab: Penawar bagi hati
Tarikh: 14 April 2015 (Selasa)
Masa : 4.00 – 6-00 petang
Tempat : Qaah bnu Sina


Bab 1- Makan Berlebihan

- Merupakan punca kejahatan kerana perut adalah tempat menghasilkan bermacam-macam keinginan kerana daripada perutlah terhasilnya keinginan 
- Akan menghasilkan keinginan lain seperti berjima', memperbanyakkn harta yang boleh menyebabkan rasa bermegah, riak,takabbur, dengki, bermusuhan dan sebagainya.

Faedah berlapar:
- Dapat menipiskan hati sehingga menimbulkan kelazatan dalam beribadah.
- Dapat mencerdikkan hati
- Menghalang keinginan untuk melakukan maksiat dan bertahan daripada terikut dengan hawa nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan.

Sabda Rasulullah: 'Tiada amalan yang lebih disukai oleh Allah SWT berbanding lapar dan dahaga'.

Tiga tahap mengurangkan makan:
1. Makan cukup sekadar memelihara tubuhnya daripada rosak. (As Siddiqin)
2. Memadai baginya setengah cupak dalam sehari, yang hanya dapat memenuhi 1/3 perut.
3. Memadai baginya satu cupak sehari

TAHAP TERTINGGI 
Berlapar dalam masa melebihi tiga hari, iaitu dalam masa tiga hari ke atas, dengan menikmati sekali makan. Seperti Saidina Abu Bakar berlapar dalam masa 6 hari.

TAHAP PERTENGAHAN
Dua hari dengan sekali makan

TAHAP BAWAH
Satu hari sekali makan.


Bab 2: Kata-kata yang Berlebihan

- Merupakan perbuatan yang dicela kerana apabila brcakap berlebihan percakapannya sudah pasti akan terungkap kata-kata yang sia-sia (yangg membolehkan menggelapkan hati dan mematikan hati).

'Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik-baik , ataupun diam sahaja'
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, daripada Abu Hurairah RA)

- Elakkan daripada berkata-kata kecuali dalam perkara yang memberi manfaat kepada anda,
- Perkataan yang tidak memberi manfaat ialah sekiranya tidak dituturkan , ia tidak menghapuskan sebarang pahala akhirat atau perkataan tersebut tidak memberi faedah yang penting di dunia ini. 

Punca kebinasaan yang disebabkan oleh lidah ialah banyak berdusta, mengumpat, bertelagah, memuji, dan melawak.
1. DUSTA
- Diharamkan melainkan keperluan yang mendesak seperti:
- Berdusta dalam peperangan.
- Berdusta untuk mendamaikan seseorang yang bergaduh.

2. MENGUMPAT
- Bermaksud : menyebut tentang saudara anda sesuatu yang dibenci olehnya sekiranya dia mendengari, walaupun benar.
- Haram berdasarkan ijma' ulamak melainkan 6 perkara:
  (a) Menceritakn kejahatan orang yang menzalimi dirinya kepada Raja.
  (b) Meminta bantuan untuk mencegah maksiat.
  (c) Meminta fatwa
  (d) Seseorang yang cuba menjauhkan orang islam yang lain daripada perangai jahat orang lain.
  (e) Seseorang yang namanya sudah terkenal dengan unsur tercela
  (f) Seseorang yang sengaja mengheboh-hebohklan kejahatan yang dilakukan.

3. BERTELAGAH
- Mencela orang lain dengan menyatakan kecacatan padanya.
- Cara untuk mengelakkan bertelagah ialah seseorang perlu membenarkan mana-mana kenyataannya yang benar, membisukan diri apabila mendengar mana-mana kenyataannya yang salah, melainkan apabila anda menyebutnya yang akan memberi faedah kepada agama.

4. MELAWAK
- Apabila berlebihan akan memperbanyakkan ketawa yang boleh menyebabakan hati mati dan dendam serta menghilangkan perasaan terhadap sesuatu yang ditakuti.

Nabi SAW bersabda:
'Janganlah engkau bertelagah dengan saudaramu, dan janganlah engkau melawak dan berseloroh dengannya'.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya, daripada Abu Hurairah RA)

5.MEMUJI
- Terdapat 6 kebinasaan:
  (a) Memuji berlebih-lebihan, sehingga menjadi sebuah pendustaan.
  (b) Pujian hanya dildah, bukannya tulus dari hati.
  (c) Memuji itu kadangkala memuji sesuatu yang tidak diyakini.
  (d) Memuji itu kadangkala mejadikn orang yang dipujinya itu berasa suka dan kadangkala turut memuji orang zalim.
  (e) Wujud sifat takabbur dan ujub pada orang yang dipuji
  (f) Orang yang dipuji akan berbangga diri sehingga menyebabkan dia akan kurang beribadat dan kurang meredhai kekurangannya.


Bab 3: Marah

- Merupakan sifat tercela yang banyak memberikan kesan buruk kerana boleh memberi kesan pada tubuh badan seperti memukul, memaki dan membunuh.
- Kesan pada dalaman (hati) pula , dendam, dengki, suka terhadap bencana yang ,menimpa orang yang dimarahi dan lain-lain.

Amalan yang perlu dilakukan ketika dalam keadaan marah:
1. Menghapuskan 'MARAH' dengan mendidik sifat marah tersebut sehingga ia mengikut akal dan syara'.
2. Mengawal kemarahan ketika dalam keadaan bergerak,dengan mengawal unsur tersebut di dalam hati dan berlandaskan ilmu pengetahuan dan pekerjaan.


Bab 4:Dengki

- Mengharapkan supaya nikmat dihilangkan daripada orang lain, samada nikmat dunia atau akhirat, atau berharap agar bala diturukan kepada orang tersebut.
- Perkara ini diharamkan dn dibalas dengan dosa besar.
- Punca timbul perasaan dengki: takabbur, bermusuhan, nafsu, ataupun kedekut dengan nikmat Allah terhadap hambaNya tanpa sebarang niat yang baik.


PENAWAR BAGI PENYAKIT HATI IAITU DENGKI:
1. Ilmu: Seseorang mengetahui bahawa dengkinya itu hanya mengundang bahaya pada dirinya, dan tidak memberi kesan kepada orang yg didengkinya itu.

2. Amal: Seseorang mengetahui hukum dengki, perkataan dan perbuatan yang menjadi punca penyakit ini.

Konklusinya, setiap muslimin haruslah sentiasa untuk memuhasabah diri dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik.



Wallahu’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...