Indahnya Cinta Dalam Perkahwinan (Siri 2) [7.4.15]

[RINGKASAN INDAHNYA CINTA DALAM PERKAHWINAN (SIRI 2) ]

Pengisi: Ustaz Zulhafeez
Tajuk: Indahnya Cinta Dalam Perkahwinan
Tarikh: 7 April 2015 (Isnin)
Tempat: Qaah Ibnu Sina (QIS)

Mengapa perlu berkahwin ?
Perkahwinan adalah merupakan sunnah Nabi SAW dan dapat meneruskan legasi perjuangan agama Islam.
“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya”. – HR Imam al-Baihaqi

Tanggungjawab perkahwinan pada kedua-dua pihak, suami dan isteri. Oleh yang demikian, persediaan sebelum berkahwin adalah penting.

Dari sudut hak, setelah berkahwin, hak mutlak anak perempuan terhadap ibu bapa beralih kepada suami.

Bagaimana menjaga hubungan ?
- Berkongsi rasa dalam setiap keadaan
- Saling berbincang untuk menghadapi krisis & solusi
- Menghargai satu sama lain
- Bertangnggungjawab dalam melaksanakan peranan masing-masing.

Kunci Bahagia : 
1) Taaruf
- Tahu kelebihan & kelemahan pasangan
- Menerima situasi
- Jaga penampilan 
- Interaksi yang baik
- Membina hubungan kekeluargaan

2) Tafahum
- Memahami karakter pasangan
- Menguasai komunikasi
- Membina hubungan gender
- Mengharmonikan rumah tangga dengan suasana yang baik

3) Takaful
- Sentiasa bergandingan
- Persefahaman dieratkan
- Saling melengkapi
- Rasa kasih dipupuk atas dasar tanggungjawab
- Membina minat dan kefahaman yang sehari
- Memberi tumpuan dalam komunikasi
- Menjadi pendengar yang setia
- Menghargai mereka

Cabaran dalam rumah tangga
-Tidak bersedia menerima tanggungjawab yang banyak
- Hobi dan kegemaran pasangan sukar untuk diterima
- Pasangan tidak bijak untuk berinteraksi
- Mengutamakan perkara yang tidak sepatutnya
- Zuriat
- Ibu bapa
- Anak-anak


Wallahu’alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...