Penawar Bagi Hati (Siri 2) [24.3.15]

[ RINGKASAN PENAWAR BAGI HATI (SIRI 2) ]

Tarikh : 24 Mach 2015 (Selasa)
Pengisi : Ustaz Rafzan
Kitab : Penawar Bagi Hati
Masa : 4.00 – 6.00 petang
Tempat : Qaah Ibnu Sina (QIS)

Keberkatan adalah salah satu matlamat dalam kita menuntut ilmu.
Maksud keberkatan : Dengan ilmu tersebut, semakin bertambah amalan keimanan, ketaatan kepada Allah S.W.T.

“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.” (Sahih HR Muslim)

“Tidak berhimpun satu perhimpunan pada satu majlis di dalam masjid, lalu mereka membaca Al-Quran dan bertadarus sesama mereka, melainkan turun ke atas mereka ketenangan yang diselebungi rahmat Allah.” (Sahih HR Muslim)

Umur kita dinilai Allah S.W.T berdasarkan amalan yang baik.

Ada yang bertanyakan pada Nabi, siapakah manusia yang terbaik?
Rasulullah S.A.W menjawab “Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya” (Sahih HR Tirmidzi)

Sambungan pengajian kitab Penawar Bagi Hati

2. Telinga

- Umpama makanan, perkataan yang didengari, ada yang memberi manfaat dan ada yang memberi penyakit. Ada juga yang berfungsi sebagai penawar & juga berfungsi sebagai racun.
- Ketahuilah sesungguhnya telinga itu dijadikan oleh Allah SWT dengan faedah di dunia dan akhirat. Faedah di dunia, menghayati apa yang didengari dan menuju ke arah memahami perkataan tersebut. Faedah untuk akhirat, dengar isi kandung Al-Quran, Hadis Nabi saw, semua ilmu bermanfaat.
- Pendengaran itu lebih mulia daripada penglihatan kerana penglihatan banyak faedahnya di dunia, manakala pendengaran pula banyak faedahnya di akhirat..
- Harus kita syukuri nikmat pendengaran dengan memeliharanya daripada mendengar sesuatu yang diharamkan seperti umpatan, hasutan, dan perkataan-perkataan yang tidak elok, seperti seruan bid’ah & pertelagahan.
- Mendengar perkataan yang sia-sia dan keji boleh menyebabkan was-was dalam hati. Contoh was-was (tidak yakin dengan ilmu yang dipelajari).

3. Lidah 

- Ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT menjadikan lidah untuk kita supaya kita dapat menggunakannya untuk membaca al-Quran, hadis Nabi SAW, zikir & ilmu pengetahuan yang bermanfaat.
- Menuturkan sesuatu yang dilarang, seperti menipu sehingga menyakiti orang lain, maka ia adalah dosa besar. Contoh yang lain mengumpat, memungkiri janji, bertelagah, menuturkan sesuatu yang tidak berfaedah.
“Nabi SAW bersabda : Seorang lelaki itu, sekiranya dia berzina kemudian dia bertaubat, maka Allah akan mengampunkan taubatnya. Sesungguhnya dosa mengumpat itu tidak diampunkan Allah, sehinggalah si pengumpat tersebut dimaafkan oleh orang yang diumpatnya)”
(Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi, Imam Thabrani, Abu Syeikh dan Ibnu Abi Dunya daripada Jabir dan Abu Sa’id RA)

“Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, iaitu apabila seseoran itu berkata, dia akan menipu. Apabila dia berjani, dia akan mungkirinya. Apabila dia diberi amanah, dia akan mengkhianatinya”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, drpd Abu Hurairah RA)

“Di antara tanda sempurnanya Islam seseorang itu ialah, dia akan meninggalkan apa yang tidak memberi manfaat kepadanya di dunia mahupun di akhirat.
(HR Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah RA)

Malik bin Dinar pernah berkata : “Apabila kita melihat hati kita semakin mengeras, tubuh badan semakin lemah dan semakin sukar mendapat rezeki, maka hendaklah kita tahu bahawa kita telah mengatakan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada kita.”

Akhir kalam :

3 perkara asas Islam : Islam, iman , ihsan
“Ihsan itu anda beribadat kepada Allah, seolah-olah anda melihat-Nya. Jika anda tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihat anda.”

Wallahu’alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...