Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar (Siri 6) [21.4.15]

[RINGKASAN SIRAH NABAWIYYAH DURUS WA IBAR (SIRI 6) ]

Tarikh : 21 April 2015 (Selasa)
Pengisi : Ustaz Zulhafeez
Kitab: Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar
Masa: 4.00- 6.00 petang
Tempat: Qaah Ibnu Sina (QIS)


Peperangan Nabi Muhammad SAW
- 26 Ghuzwah, 38 Sariyyah 
* Ghuzwah - Peperangan yang disertai Nabi Muhammad saw
* Sariyyah - Peperangan kecil tanpa Nabi Muhammad saw
- Melalui pembacaan sirah peperangan Nabi Muhammad SAW tiada satu perang pun yang dimulakan oleh orang Islam.

1) Ghuzwah Badar al-Kubra 
- Berlaku dalam bulan Ramadhan, 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah
- Peperangan yang melibatkan akidah umat Islam, sebanyak mana keyakinan umat Islam   kepada Allah swt.
- Permulaan perang Badar, daripada Nabi Saw mempelawa para sahabat Baginda utk menyekat kafilah dagang Quraisy yg pulang dari Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukan untuk tujuan peperangan. Namun disalah erti oleh Abu Sufian yang mengetuai kafilah Quraisy dengan menganggap Nabi Muhammad saw mempunyai niat lain seperti ingin mengancam kafilah tsbt. Lalu, Abu Sufian mengutuskan utusan kpd Quraisy utk melindungi kafilahnya. Seramai 1000 orang tentera Quraisy keluar utk melindungi kafilahnya.
 
- Kekuatan tentera kafir quraisy, cukup kelengakapan perang. mereka turut membawa penyanyi-penyanyi perempuan memukul gendang & menyanyi utk mengutuk org islam.
- Bilangan orang Islam seramai 313, kebanyakan mereka daripada golongan Ansar
- Sebelum Nabi Muhammad saw memasuki pertempuran, Baginda ingin mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansar. Meskipun Rasulullah saw mempunyai autoriti sebagai ketua, Rasulullah saw meraikan pandangan ahli, bukan sahaja muhajirin malah ansar, satu contoh pimpinan yang patut dicontohi.
 
- Peperangan berakhir dengan kemenangan umat Islam, kira-kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar.
 
- Umar mencadangkan supaya 70 orang musyrik ini dibunuh.
- Abu Bakar mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka.
- Rasulullah saw menerima pandangan Abu Bakar.

2) Ghuzwah Uhud
- Peperangan yang menceritakan tentang kepentingan patuh kpd pimpinan/ketua
- Berlaku dalam bulan Syawal, 15 Syawal, tahun ke - 3 hijrah
- Sebab berlaku pihak Quraisy ingin menuntut kemenangan drpd kekalahan dalam perang Badar
- Dalam angkatan tentera Quraisy, seramai 700 tentera berbaju perisai dan 200 orang pahlawan berkuda. Bersama mereka juga, 17 orang wanita termasuk Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufian.
 
- Quraisy bergerak sehingga sampai ke tengah-tengah wadi menghala ke Uhud (sebuah bukit tinggi yang terletak dua batu di utara Madinah) bertentangan dengan Madinah.
 
- Mengikut pendapat Rasulullah saw & beberapa org sahabat, org Islam tidak perlu keluar menghadapi mereka. Bahkan org Islam hendaklah bertahan dlm Kota Madinah. Sekiranya org musyrik menyerang mereka, org Islam akan menghalang mereka.
 
- Sebahagian pemuda-pemuda Islam serta sesetengah muhajirin dan ansar khususnya mereka yg tidak terlibat dalam Ghazwah Badar bersemangat utk keluar Madinah dan melawan org musyrik.
- Lantaran itu, Rasulullah saw telah beralah kpd pendapat mereka. Baginda masuk ke dalam rumah, memakai baju perisai, seraya meletakkan dinding perisai di belakang tubuhnya dan memegang tombak di tangan.
 
- Kemudian baginda keluar menemui orang Islam, mereka yg mencadangkan kepada Baginda untuk keluar berperang di luar Madinah menyesal kerana menjadi sbb memaksa Baginda melakukan tindakan yg bertentangan dgn pendapat peribadi Rasulullah saw.
- Rasulullah saw menjawab "Tidak wajar bagi seorang nabi, apabila dia memakai baju perisainya untuk dia menanggalkanya semula, sehinggalah Allah memberikan hukuman ataranya dan musuhnya"
- Kemudian Baginda bersama 1000 org islam termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda telah berangkat keluar Madinah
-Di pertengahan jalan, Abdullah bin Ubai bersama 300 org munafik menarik diri drpd turut serta dlm membantu org islam berperang.
-Oleh itu, bil org islam yg tinggal 700 org. Rasulullah saw mengatur strategi. Baginda telah membariskan tentera Islam, melantik seorang ketua bagi setiap pasukan, memilih 50 org pemanah yg diketuai oleh abdullah bin Jubair al- Ansori, utk melindungi bhgn blkg org Islam drpd serangan balas tentera musyrik dari arah blkg.
 
- Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka. Orang islam telah membunuh sebahagian mereka. Pihak musuh kemudian melarikan diri.
- Orang Islam sibuk memungut harta rampasan perang. Para pemanah memerhati perkara tsbt. Mereka terfikir utk meninggalkan posisi masing-masing utk memperoleh habuan rampasan perang. Lantas ketua mereka Abdullah bin Jubair memperingatkan mereka tentang pesanan Rasulullah saw.
 
- Hanya Abdullah dn 10 org lain enggan meninggalkan posisi masing-masing.
 
- Khalid al-Walid (sebagai ketua sayap kanan angkatan org musyrik, melihat para pemanah meninggalkan posisi mereka di blkg tentera islam, lantas berpatah balik dan menyerang hendap dari arah blkg.
- Bilangan org islam yg terbunuh kira-kira 70 org, sementara org musyrik seramai 23 org

3) Ghazwah Bani Nadhir 
- Bani Nadhir merupakan Yahudi yang tinggal berjiran dengan kota Madinah, juga merupakan sekutu Khazraj.
 
- Mereka telah memerterai perjanjian dgn org islam sebagaimana yg terdapat dlm perjanjian keamanan dan kerjasama namun jiwa Yahudi mendorong mereka untuk melanggar perjanjian mereka.
 
- Ketika Rasulullah saw & beberapa org sahabat Baginda berada di perkampungan Bani Nadhir, tiba-tiba Bani Nadhir melakukan komplot jahat untuk membunuh Baginda dgn cara melontarkan batu dari atas rumah ke arah baginda.
- Rasulullah saw mengutus Muhammad bin Maslamah kpd Bani Nadhir memberitahu : "Kamu hendaklah keluar drpd negaraku. Jangan kamu tinggal bersama-samaku di sini. Kamu telah cuba belot" serta beri tempoh 10 hari kpd mereka utk keluar dari kmpg tsbt.
- Bani Nadhir bersiap-siap utk keluar dari kmpg merka, namun Abdullah bin Ubai, ketua golongan munafik mengutuskan utusannya kpd mereka, melarang mereka keluar dan berjanji utk menghantar 2000 org daripada kaumnya utk mempertahankan mereka.
 
- Bani Naadhir mengubah fikiran, menhantar utusan kpd rasulullah saw menyatakan tidak akan keluar drpd kmpgnya.
- Oleh itu, Baginda saw bersama sahabat keluar utk memerangi mereka.
 
- Bantuan yg dijanjikan oleh ketua munafik kpd mereka x sampai.
- Baginda saw mengepung mereka, namun mereka tetap sabar bertahan. Baginda terpaksa menebang pokok-pokok kurma mereka (taktik psikologi). Pada ketika itu, Bani Nadhir berkata akan keluar drpd kmpg tersebut.
- Mereka hanya dibenarkan keluar tanpa senjata, bersama harta mereka yg boleh dibawa oleh seekor unta. Baginda menjamin darah mereka tidak akan ditumpah walau setitik.

4) Ghazwah al-Ahzab (Ghazwah Khandak)
- Berlaku dalam bulan Syawal, tahun ke - 5 hijrah
- Sebab berlaku, beberapa orang ketua daripada Bani Nadhir setelah selesai diusir, mengajak dan menapi-apikan Quraisy Makkah untuk memerangi Rasulullah saw.
- Apabila Baginda saw mendengar kedatangan angkatan mereka, Baginda bermesyuarat dengan para sahabat,
 
- Salman telah mencadangkan kepada Baginda supaya digali parit (Khandak) di sekeliling Madinah. Lalu Rasulullah saw memerintahkan agar digali parit.
- Baginda sendiri turut terlibat menggali parit-parit itu.
- Apabila Quraisy dan sekutu mereka sampai, mereka merasa terpegun dengan parit-parit yang mereka saksikan.
- Bilangan tentera bersekutu Quraisy sejumlah 10000 orang sementara bilangan orang Islam hanya 3000 orang.
- Peperangan bermula apabila beberapa pahlawan berkuda musyrik berjaya melepasi parit tersebut di salah satu bahagiannya yang sempit. Orang Islam pun bertempur dengan mereka.



Wallahu’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...