Sirah Nabawiyyah Durus Wa Ibar (Siri 2) [23.3.15]

[ RINGKASAN SIRAH NABAWIYYAH DURUS WA IBAR (SIRI 2) ]

Tarikh: 23 Mac 2015 (Isnin)
Pengisi: Ustaz Zulhafeez
Kitab: Durus Wa Ibar
Masa: 4.00-6.00 ptg
Tempat: Qaah Ibnu Sina (QIS)


Kitab Durus Wa Ibar adalah berkisarkan tentang Sirah Nabawiyyah. Rasulullah sebagai contoh teladan baik yang harus kita ketahui perjalanan hidupnya sejak beliau lahir sehinggalah wafat. Baginda adalah perantara dan penafsir Al-Quran secara perkataan dan perbuatan. Bersyukurlah kerana baginda merupakan anugerah terindah kepada kita seluruh umat Islam.

Mutiara-mutiara kuliah :

1. Perjalanan hidup Rasulullah adalah paling sempurna antara lapisan manusia lain yang telah dijaga oleh Sang Pencipta. Baginda adalah makhluk Allah paling sempurna dari semua aspek.

2. Nabi Muhammad adalah berketurunan Bani Hashim iaitu kabilah yang paling dimuliakan dan mempunyai kedudukan paling tinggi dalam masyarakat zaman itu.

3. Namun begitu, baginda menghadapi pelbagai ujian dan rintangan sepanjang daripada zaman di dalam kandungan ibu hinggalah dewasa. Baginda merupakan yatim piatu, seorang pengembala kambing walaupun usia masih mentah.

4. Alam pembesaran baginda di perkampungan badwi yang terletak di pedalaman menjadikan baginda seorang yang kental, mempunyai jati diri yang utuh, dan berfikiran jauh berbeza dari kanak-kanak lain.

5. Akan tetapi keistimewaan baginda telah dizahirkan sejak kecil lagi contohnya wajah baginda boleh menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa sahaja yang menatapnya, baginda juga adalah satu-satunya antara kaum kerabat yang dibenarkan untuk duduk di atas tempat tidur milik datuknya.

6. Sirah wahyu pertama disampaikan Allah kpd Rasulullah di Gua Hira' adalah di tempat lazim kunjungan Rasulullah yg damai.

7. Kita wajib percaya bahawa pada akhirnya Islam tetap akan menang jua.

8. Ingin dipesan kembali, kita haruslah berpegang kpd Al-Quran dan hadis.

9. Pemikiran agama tidak boleh digunakan sebagai sandaran logik akal. Contohnya, tayammun dan batal wuduk.

10. Berdakwah adalah tugas setiap orang Islam. Kita semua wajiblah menjalankan tugas sebagai da'ie.
"Nabi dilahirkan bukan sebagai da'ie semata-mata, tetapi untuk menjadikan umatnya sebagai hamba Allah yang bertaqwa." .

Wallahu’alam
Top of Form


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...