MIN Kelas Fikah Perubatan: Pembedahan dan Pemindahan Organ Menurut Perspektif Islam (14/3/16)

[Ringkasan MIN Kelas Fikah Perubatan: Pembedahan dan Pemindahan Organ Menurut Perspektif Islam]
Tarikh: 14 Mac 2016
Penyampai:
1. Muhammad Jeffrey Bin Rozze (Perubatan Tahun 6 Tanta)
2. Muhammad Iskandurrazaman Bin Mohd Zulkafli (Graduan Maahad Qiraat Shoubra)

Ringkasan:

Pembedahan/ Amaliyat (arab)/ Garohah (arab Mesir)
Hukum Pembedahan: Fardhu kifayah

Pembedahan yang diharuskan:

1. Kritikal-saat hampir untuk mati
2. Kecacatan
3. Untuk menghilangkan penyakit
4. Untuk bersalin
5. Untuk berkhatan
6. Pembedahan mayat
7. Pembedahan untuk memastikan status jantina

Pembedahan yang diharamkan:

1. Pembedahan kosmetik seperti:
-memancungkan hidung
-meruncingkan dagu
-membesarkan buah dada
-menghilangkan lemak-lemak di perut
-menghilangkan kedut di muka
-menghilangkan kecut di tangan
-menipiskan bulu kening


Syarat keizinan untuk sesuatu pembedahan:

1. Baligh, berakal, matang
2. Dengan kerelaan pesakit
3. Pesakit memahami keadaan sebelum dan selepas pembedahan
4. Menggunakan rawatan yang halal

Empat jenis pembedahan organ yang ada:

1. Autograf: pemindahan organ kepada diri sendiri
2. Isograf: pemindahan organ daripada manusia kepada manusia lain (kembar)
3. Allograf: pemindahan organ daripada manusia kepada manusia lain (bukan kembar)
4. Xenograf: pemindahan organ antara manusia dan haiwan

Klik link untuk pautan rakaman video MIN 14/3/2016.
https://www.youtube.com/watch?v=t2yFPCvUOM4
https://www.youtube.com/watch?v=VkiAyw53qOc

Wallahu'alam.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...