MIN Edisi Khas : Tazkiyatun Nafs [18/2/16]

[Ringkasan MIN EDISI KHAS: Tazkiyatun Nafs]

Pengisi: TG Nik Razi Nik Mat
Tarikh: 18 Februari 2016
Hari : Ahad
Masa : 3.15 – 5.00 ptg
Tempat : Qaah Ibnu Sina


1) Sejarah penciptaan manusia.
Ø  Malaikat dan iblis adalah kehidupan yang dijadikan terlebih dahulu sebelum manusia dan merupakan makhluk yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan paling patuh akan suruhan Allah SWT.
Ø  Namun, ketika Allah menciptakan manusia, mereka bersuara dan mempertanyakan keputusan tersebut. Malaikat mengerti bahawa manusia akan membuat kerosakan di bumi.
Ø  Allah membalas pertanyaan dari malaikat dengan mengatakan "Aku tahu apa yang kamu tidak tahu..".
Ø  Sesungguhnya Allah memiliki maksud tersendiri untuk menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi.
Ø  Setelah Allah SWT menciptakan Adam, dia memerintahkan seluruh malaikat dan iblis bersujud kepada Adam sebagai tanda hormat kepadanya.
Ø  Seluruh malaikat bersujud kepada Adam kecuali iblis kerana merasakan dirinya lagi hebat kerana diciptakan daripada api berbanding Adam yang dicipta daripada tanah.
Ø  Keengganan iblis untuk bersujud kepada Adam menjadikan dirinya diusir dari syurga dan dilaknat sampai penghujung.

2) Penciptaan alam yang sempurna.
Ø  Allah ciptakan langit, bumi, matahari dan bulan, kejadian siang dan malam tanpa berhenti dan bertembung antara satu sama lain.

3) Perkara yang membezakan muslim dengan kafir ialah cara hidup.
Ø  Baik buruk seseorang itu bergantung kepada teladan (Rasulullah s.a.w).
Ø  Kehidupan selepas mati kita sama ada syurga atau neraka berdasarkan cara hidup kita.

4) Jaga hubungan antara manusia. 
Ø  Tiada hubungan silaturrahim yang lebih baik selain solat jemaah. 
Ø  Digalakkan memberi salam sesama muslim sebagai doa dan dapat menghilangkan sifat sombong.

5) Keberkatan masa pada usia muda
Ø  Lazimi Qailullah (tidur sebentar) sebelum Zuhur.
Ø  Istiqamah Witir di malam hari.
Ø  Basahkan lidah sentiasa dengan zikrullah.
Ø  Membaca quran setiap hari.
Ø  Lazimi bersedeqah.
Ø  Tarbiah diri untuk isi masa seharian dengan amalan-amalan bermanfaat.
Ø  Bergaul dengan orang 'alim dan berpengalaman.



Wallahu’alam.

1 comment:

Anonymous said...

Salam, MIN yang ni pagi kan?
kuliah Dhuha?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...