Artikel Kitab Haraki



· Allah memberi perumpamaan tentang Nabi yang diutuskan ke muka bumi ini seperti hujan yang menimpa bumi.Hujan lebat yang memberi manfaat diumpamakan sebagai Nabi dan bumi pula ialah manusia seluruhnya.



· Perbezaan-perbezaan tahap pemikiran manusia (iaitu melalui ilmu yang mereka miliki) juga diberi perumpamaan seperti tanah.



· Terdapat 3 jenis tanah iaitu :

1. Tanah yang baik dan elok yang boleh menyerap air dan akan menyuburkan tanah,menumbuhkan pokok-pokok dan rumput yang banyak.

- Diibaratkan seperti para Nabi atau alim ulama yang bukan sahaja mengamalkan ilmu-ilmu untuk dirinya sahaja,malah dapat member manfaat kepada seluruh manusia.


2. Tanah yang kering kontang,tetapi dapat menakung air yang turun ke atasnya,tetapi air tak dapat diserap oleh tanah.

- Air bertakung itu dapat digunakan untuk bercucuk tanam,minuman dan siraman.

- Diibaratkan seperti orang yang dapat memberi ilmu atau manfaat pada orang lain,banyak ilmu tapi tidak diamalkan untuk diri sendiri.Diri sendiri kekontangan amal.


3. Tanah yang tidak boleh menakung air dan tidak juga memberi manfaat pada hidupan lain.

- Diibaratkan seperti manusia yang tidak mahu menerima ilmu Allah dan tidak pula beramal malah tidak member manfaat langsung pada orang sekelilingnya juga.

- Diibaratkan juga seperti “aqim” iaitu mandul.



· Tahap-tahap pemikiran seperti ini perlu diteliti dan difahami untuk memudahkan kerja dakwah dijalankan.



· Hubungan Kejayaan dakwah dan isti’ab (menyeluruh dalam da’wah) adalah hubungan dasar kerana dakwah tidak akan berjaya tanpa isti’ab.



· Dakwah yang tiada isti’ab akan mandul(tidak berhasil) sebaliknya dakwah yang penuh dengan duat yang berpegang pada nilai istiab,maka keberkesanannya tinggi dan dapat menarik ramai manusia kea rah Islam



· Jenis istiab yang kejayaan seorang pendakwah terletak pada kepntingan kedua-duanya:

1. Kharaji- luaran(external)

- Isti’ab di luar harakah atau tanzim

- Kesalahan dalam dakwah:hanya mengajak orang untuk masuk ke dalam
gerakannya tetapi tidak mengajak kembali kepada Islam.


2. Dakhali- Dalaman(internal)

- Kerja-kerja di dalam gerakan Islam untuk menguatkan gerakan.

- Digerakkan oleh ahli dan pendokong – pendokong gerakan Islam.


Pengajian 28/12 dari kitab isti’ab oleh Fathi Yakan

~halawatul iman~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...