SYARAT-SYARAT BATIN BAGI PUASA

1. Menahan atau menunduk pandangan daripada melihat kepada perkara yang berdosa dan yang melalaikan hati dari mengingati Allah.

2. Menjaga lidah daripada merapu, berbohong, mengumpat, mengadu domba, mengeji, berkasar, bergaduh dan berbalah.

3. Menahan pandengaran dari perkara-perkara yang makruh kerana setiap apa yang haram di cakap haram di dengar.

Ini kerana Allah menyamakan orang yang mendengar cakap bohong dengan makan makanan yang haram.

Rujuk surah Al-Maidah : 42


4. Menjaga semua anggota dari dosa-dosa seumpama tangan, kaki dari perkara ditegah, menahan perut dari syubhah waktu iftor(berbuka), kerana tidak ada makna puasa dari makan makanan halal, tetapi berbuka makan makanan haram.

Seperti kata Imam Ghazali ~

“ ibarat membina istana tetapi meruntuhkan Bandar”

Sabda Rasullullah, hadis dgn sanad jaid riwayat Imam Ahmad

“ Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga”

· Mereka yang berbuka dengan makan makanan yang haram.

· Orang yang menahan dari makanan halal tetapi berbuka dengan daging manusia

( mengumpat ).

· Orang yang tidak menjaga anggota dari dosa.



5. Hendaklah tidak memperbanyakkan makanan halal sewaktu berbuka sehingga penuh perut kerana tidak ada bekas yang paling dimurkai Allah melainkan perut yang dipenuhi makanan halal.

Bagaimana mendapat faedah dari berpuasa yaitu menewaskan musuh Allah ( syaitan ) dan mengurangkan syahwat jika orang yang berpuasa ingin mendapatkan kembali makan tengahari ( siang ) semasa berbuka. Bahkan lebih lagi kerana terdapat pelbagai makanan sehingga menjadi adat dan kebiasaan makanan tersebut dikumpulkan pada bulan Ramadhan.

Dimakan makanan tersebut pada bulan Ramadhan yang mana tidak ada pada bulan-bulan yang lain. Seperti yang dimaklumkan, tujuan puasa adalah mengosongkan perut, menewaskan nafsu dan mengarahkan nafsu kepada taqwa. Jika dikumpul makanan pada waktu siang sehingga malam hingga naik syahwat dan kuat untuk melakukan perkara yang tidak elok. Kemudian diberi makan dari makanan yang lazat sehinga kenyang, semakin banyak semakin bertambah kekuatan untuk melakukan kejahatan.


6. Menjadi hatinya khuatir selepas berbuka dan berada diantara takut dan mengharap, tidak tahu samaada puasa diterima atau tidak. Jika diterima maka tergolong dalam golongan muqarrabin dan jika sebaliknya tergolong dalam golongan yang dimurkai. Tetapi sifat tersebut ( takut dan mengharap ) perlu ada pada setiap ibadah.


dari pengajian kitab mauizatul mukminin
nordalila

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...