Program Doktor Faqih




PROGRAM DOKTOR FAQIH

OBJEKTIF : MELAHIRKAN GOLONGAN PROFESIONAL YANG FAQIH

Sukatan Pembelajaran:

1. Ulangkaji
- dalam kumpulan yang ditetapkan dan di bawah kendalian ketua masing-masing
- masa selama 1 jam seminggu
- tajuk ulangkaji akan diberi oleh Ustaz Salman berdasarkan kepentingannya kepada kita

2. Hafazan
- secara individu
- masa selama 2 jam setengah seminggu ( 30 minit untuk 5 hari )
- bahan untuk menghafal akan diberi oleh Ustaz Salman berdasarkan kepentingannya kepada kita ( cth : potongan ayat alquran, hadis dan lain-lain )
- sesiapa yang dapat menghabiskan hafalan yang diberi lebih awal, hendaklah menggunakan masa 30 minit untuk menghafal ilmu-ilmu lain ( cth : perubatan dan agama )

3. Buku Muhasabah Amalan
- akan ada amalan yang diminta untuk melakukannya dan dicatat dalam buku tersebut

4. Pantauan
- perjumpaan semua kumpulan, penilaian serta muhasabah bersama Ustaz Salman akan diadakan sekali seminggu.
- peperiksaan penilaian akan diadakan pada waktu tertentu ( bukan seminggu sekali, masa ditentukan oleh Ustaz Salman )
- masa - ikhwah : Jumaat , 12.30 tengahari
- akhawat : Selasa , 7 pagi

5.Jumlah hafazan, sukatan ulangkaji dan waktu peperiksaan akan diputuskan oleh Ustaz Salman dengan mengambil kira pandangan peserta-peserta. Ia hanya mengikut masa pelajar agar tidak mengganggu masa study untuk perubatan. BIAR SEDIKIT TAPI KONSISTEN.


p/s:
- Penyertaan dibuka kepada semua Pelajar Perubatan Mansurah ( samada yang biasa datang Madrasah Imam Nawawi ataupun tidak ).

- Bagi sesiapa yang ingin menyertai Program Doktor Faqih, sila berikan nama anda sebelum 15 Januari 2009 kepada :
- Wan Mohd Safwan Bin Wan Salleh ( 011 3576255 )
- Mazliana Binti Mazlan ( 014 5792979 )

- Muhafazah Tanta juga ada melakukan perkara yang lebih kurang sama di bawah penyeliaan Ustaz Salman. Boleh rujuk Zulkifli ( penasihat PCT ), Aisyah atau Unit Pembangunan Insan PCT

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...