Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 18 Nov 2013 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar 
       
Kitab: Qawaid Fiqhiyyah
Penulis: Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh: 18.11.2013
Hari: Isnin
Masa: 3.15 - 4.30 petang
Tempat: Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran : Madrasah Imam Nawawi - Unit Pembangunan Insan PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


[Ringkasan kelas Tafaqquh Mingguan MIN 18/11/2013]

Kaedah Pertama : Tiap-tiap Perkara Mengikut Tujuannya
a) Perkara-perkara Yang Memerlukan Kepada Niat
- Tujuan yang paling penting bagi niat ialah untuk membezakan antara ibadat dan adat-adat seperti berwuduk dan mandi kerana adakalanya kedua-duanya untuk membersihkan dan menyejukkan tubuh badan dan adakalanya bagi tujuan ibadat.

b) Pengertian Niat
- Dari segi bahasa : bercita-cita di atas sesuatu
- Dari segi Istilah Ulama Feqah : qasad sesuatu disertai dengan niat.
- Wujud beberapa permasalahan dari keterangan tersebut antaranya :-
1. tidak disyaratkan niat bagi ibadat yang tidak mungkin menjadi adat seperti beriman kepada Allah, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya. Tetapi jika seseorang itu bernazar untuk berzikir maka dia wajib berniat nazar untuk membezakan di antara yang wajib dengan yang lain.
2. Disyaratkan niat terhadap perkara yang ada syubhah atau kesamaran di antara ibadat dengan yang lain tetapi jika perkara-perkara itu tidak menimbulkan syubhah atau kesamaran maka ianya tidak berhajat kepada niat.
Contohnya, sembahyang zuhur dan asar serupa dari segi perbuatan dan tidak dapat dibezakan di antara kedua-duanya kecuali dengan penentuan.
3. Perkara-perkara yang melibatkan niat serta wajib dinyatakan kefardhuannya seperti wajib niat fardhu pada waktu, mandi, sembahyang dan sebagainya.

c) Masalah meniatkan fardhu pada Zakat
- Hendaklah diniatkan fardhu pada zakat kerana perkataan sedekah itu mengandungi makna fardhu dan sunat.

d) Tersalah Pada Penentuan
- Seseorang yang menentukan di dalam niatnya bahawa Imam yang dia ikuti itu Muhammad tiba-tiba tersalah maka solatnya tidak sah.

e) Penentuan Niat dan Masanya
- Tidak ada ibadat melainkan dengan niat akan tetapi adakah disyaratkan. Ulama berpendapat jika masalah ini berlaku pada perkara yang dikatakan wajib yang luas waktunya seperti solat fadhu maka wajib padanya ditentukan niat tanpa khilaf ulama.

f) Waktu Niat
- Ialah di permulaan melakukan ibadat kecuali puasa harus didahulukan niatnya dari permulaan puasa kerana susah hendak menunggu menjelang fajar.
- Puasa sunat diharuskan berniat selepas daripada masuk waktu permulaan puasa.

g) Masalah niat Zakat
- Dalam mazhab Syafie harus didahulukan niatnya sebelum daripada dikeluarkan zakat kerana diqiaskan dengan puasa.

h) Masalah niat korban
- Diharuskan niat korban sebelum daripada disembelih binatang tersebut.

i) Permulaan Niat
- Ialah pada awal melakukan ibadat.

j) Masalah Kinayah Thalaq
- Niat kinayah thalaq samada seseorang itu niat di permulaan perkataan atau di akhirnya dikirakan jatuh thalaq.

k) Ibadat Yang banyak mengandungi perbuatan
- Ibadat yang banyak mengandungi perbuatan memadai niatnya di awal perbuatan yang pertama sahaja dan tidak berhajat kepada mengulangi niat pada kelakuan kedua seperti wudhu’.

l) Tempat niat
- Adalah di dalam hati

m) Perkara-perkara yang tidak memadai dengan Niat
- Seseorang yang meniatkan nazar atau berniat cerai tanpa melafazkan
dengan perkataan maka nazar tersebut tidak sah dan tidak jatuh thalaqnya.

n) Berazam melakukan Maksiat
- Seseorang yang berazam melakukan maksiat tetapi tidak melakukan maka ia tidak berdosa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...