Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 7 Jan 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah



Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Mahasiswa Universiti Al- Azhar        
Kitab            : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis        : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh          : 7. 1. 2014
Hari              : Selasa
Masa            : 3.15 - 4.30 petang
Tempat       : Qa'ah Ibnu Sina (Tira'h)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                         Unit Pembangunan Insan 
                         PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 7/1/2014]

 Kaedah ke-3 : Kesukaran Mendatangkan Kesenangan (m/s:35)

Ø  Melalui kaedah ini, banyak hukum-hukum Islam yang didasarkan kepadanya dan juga terbit segala hukum kemudahan dan keringanan.
Ø  Dalil:
Maksudnya: Allah mengkehendaki kesenangan ke atas kamu dan tidak mengkehendaki kesukaran ke atasmu. (al- Baqarah:185)  
Maksudnya:Dan tidak dijadikan kesukaran ke atas kamu di dalam agamamu.  (al-Hajj:78)
Ø  Dalil-dalil bagi kaedah ini amatlah banyak samada dari Al-Quran ataupun Hadis Nabi S.A.W.    
Ini membuktikan:
-           Perundangan Islam berunsurkan kepada kemudahan dan kesenangan.
-          Syariat Islam tidak dikuatkuasakan dengan kepayahan dan kesukaran.

Al-Mushaqqah dari Segi Bahasa
-          Ertinya : Kesukaran
-          Ada dua jenis :
1-      Yang boleh dibuat tanpa ada darurat (contoh: mencari nafkah)
2-      Yang boleh mendatangkan darurat.

Mushaqqah atau Kesukaran yang Membawa kepada Keringanan
-          Tugas yang berat sehingga membawa kepada kemudharatan kepada diri atau harta benda.
 Sebab-Sebab Bagi Mengambil atau Mengamalkan Hukum Rukhsah
1-      Musafir
         Harus qasar sembahyang, meninggalkan puasa, menyapu khuf daripada kadar sehari semalam dan meninggalkan fardu Jumaat (mazhab syafie: musafir mestilah mula sebelum subuh, barulah boleh gugur fardu Jumaat)
 2-      Penyakit
  Bertayammum jika dikhuatiri penyakit semakin melarat, duduk atau baring semasa menunaikan sembahyang,diharuskan berubat menggunakan najis, harus doktor melihat aurat pesakit semasa rawatan.
 3-      Paksaan
·         Orang yang diugut dengan sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa dan anggota badan seperti dipaksa melafazkan perkataan kufur,maka harus ia berlafaz dengannya.
·         Syarat paksaan :
a)      Orang yang memaksa ada kuasa
b)      Orang yang dipaksa itu lemah.
c)       Hatinya tidak redha.
d)      Yang memaksa ada senjata.
e)      Kemudharatan itu untuk diri sendiri sahaja, tidak untuk orang lain.
 4-      Terlupa
5-      Jahil           
6-      Umum Balwa
·         Tidak dapat elak/kepayahan. Contoh: seseorang yang berpenyakit dedas iaitu pesakitnya selalu terkeluar air kencingnya, oleh itu dimaafkan ia sembahyang di dalam keadaan najis (dengan syarat selepas berwuduk terus solat). Contoh lain: tahi burung yang merata di dalam masjid.
7-      Kekurangan
·         Tidak dibebankan ke atas kanak-kanak dan orang gila. Kaum perempuan : tidak diwajibkan keatasnya seperti sembahyang Jumaat, jihad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...