Audio: Riyadus Solihin (13 Dis 2014)

Pengajian Riyadhus Solihin

Penyampai: Ustaz Daud 
Kitab        : Riyadhus Solehin  
Tarikh      : 13.12.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini   Klik di sini


Taubat:

1. hadis no 22 – menceritakan tentang seorang wanita yang hamil kerana melakukan zina.
-beliau menemui baginda Nabi s.a.w untuk dikenakan hukuman, akan tetapi Rasulullah memerintahkan walinya untuk berbuat baik kepada wanita tersebut dan datang semula apabila dia telah melahirkan kandungannya.
- apabila bayi dilahirkan, wanita tersebut direjam. Setelah itu, Rasulullah s.a.w mendirikan solat jenazah untuknya.
- Baginda Nabi s.a.w ditanya akan perlakuan baginda s.a.w yang solat jenazah penzina, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Ia telah bertaubat sebenar-benar taubat.. “

2. hadis no 23 – menceritakan tentang Allah menerima taubat kepada orang bertaubat.

3. hadis no 24 – menceritakan tentang dua orang pembunuh. Seorang berperang fi sabilillah dan dibunuh, dan Allah menerima taubat orang yang membunuh kerana telah masuk Islam dan kemudian dibunuh sebagai seorang syahid. Kedua-duanya diberi ganjaran syurga.
Sabar
- peringkat sabar yang paling tinggi adalah menahan diri daripada mengadu domba.
- lebih daripada 70 tempat didalam alQur’an Allah sebut tentang sabar.
- darjat sabar – 1. Sabar dalam mengerjakan taat, 2. Sabar dalam meninggalkan maksiat, 3. Sabar atas bala yang menimpa.
- contoh sabar ; Nabi Ayub a.s yang sabar atas ujian yang menimpa
• Iblis merosakkan harta-hartanya sehingga menjadi fakir miskin.
• Anak-anak nya mati
• Jatuh sakit selama 18 atau 15 tahun
• Allah tidak kurangkan sakit sehingga akhirnya kaum kerabatnya meninggalkan Nabi Ayub a.s satu per satu.
• Akhirnya yang tinggal cuma baginda a.s dan isterinya, hingga pada satu tahap, isterinya juga meninggalkan Nabi Ayub a.s
• Nabi Ayub bersumpah untuk memukul isterinya sebanyak 100 kali apabila baginda sembuh.
• 100 pukulan diganti dengan 100 ikatan ranting kayu yang diikat terlepas daripada sumpah tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...