Audio: Safinatun Naja (2 Dis 2014)

Pengajian Safinatun Naja

Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak
Kitab        : Safinatun Naja
Tarikh      : 2.12.2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini


1. Waktu-waktu Solat. (Permulaan waktu solat)
• Zohor ; gelincir matahari sehingga matahari tegak diatas kepala. (bayang-bayang pada tiang tidak kelihatan)
• Asar ; bayang-bayang tiang kelihatan melebihi ketinggian tiang. (bertambah panjang bayang-bayang)
• Maghrib ; masuk matahari dan kelihatan mega (cahaya) merah di langit
• Isya’ ; masuk mega merah dan terbit fajar sodiq
• Subuh ; terbit fajar sodiq sehingga terbit matahari
Mega di langit ada 3
- mega merah pada waktu Maghrib
- mega kuning dan putih pada waktu isya’ (disunatkan melewatkan waktu isya’ hingga hilang mega kuning dan putih)
Fajar
- Sodiq warna kuning di langit nampak dari kaki langit sehingga ke atas
- Kazib cahaya matahari nampak di 1 tempat sahaja
******

2. Waktu diharamkan solat
• Ketika terbit matahari sehingga naik bayang-bayang dengan kadar segalah
• Ketika rembang matahari pada hari selain Jumaat, bukan gelincir
• Ketika menguning matahari hingga masuk matahari (waktu senja)
• Selepas solat subuh hingga masuk matahari
• Selepas solat asar sehingga masuk matahari
Solat yang dibolehkan pada setiap masa – solat tahiyatul masjid dan solat jenazah
*****

3. Waktu berhenti antara 2 bacaan dalan solat
• Antara takbiratl ihram dan doa iftitah
• Antara doa iftitah dan ta’awuz
• Antara akhir al-Fatihah dan “Aaminn”
• Antara “Aamiinn” dan surah
• Antara surah dan rukuk
Waktu berhenti adalah dengan kadar zikir “Subhanallah” 1x
*****

4. Rukun yang mesti di tomakninah padanya
• Rukuk
• Iktidal
• Sujud
• Duduk antara 2 sujud
Tomakninah – diam sesudah bergerak setiap anggota itu tetap pad tempatnya sekurang-kurangnya
dengan 1 bacaan “Subhanallah”
*****

5. Sebab-sebab sujud sahwi
• Meninggalkan sesetengah daripada sunat-sunat ab’ad atau meninggalkan setengah daripada sunat ab’ad
• Membuat sesuatu yang membatalkan solat dengan sengaja, dan tidak batal kerana lupa.
• Melakukan rukun qauli bukan pada tempatnya
• Terbuat rukun fi’li yang membawa kepada pertambahan
Terdapat 2 sunat ketika solat; ab’ad dan hai’ah. Sunat ab’ad sekiranya ditinggalkan, harus baginya untuk sujud sahwi. Manakala sunat hai’ah sekiranya ditinggalkan, tidak disunatkan untuk melakukan sujud sahwi.
****

Q&A
Q : Apa hukum makmum mendahului perlakuan imam?
A : Sah solat sekiranya makmum mendahului imam tidak melebihi 2 rukun
Q : Apakah keadaan yang membolehkan seseorang putus imam?
A : Apabila makmum tahu dan tegur kesilapan imam tetapi selepas ditegur imam masih silap.
Q : Apakah keadaan yang membolehkan solat berjemaah dilakukan?
A : Solat berjemaah boleh dilakukan sekiranya ;
• Makmum boleh melihat perlakuan imam dengan matanya atau
• Makmum boleh mendengar bacaan / takbir imam pada setiap rukun solat
Q : Bolehkah sekiranya rumah seseorang terletak diatas masjid, dan dia ingin berjemaah bersama imam tetapi tidak mahu ke masjid?
A : Boleh, sekiranya dia nampak perbuatan imam atau mendengar takbir imam dengan syarat kedudukan nya ketika solat itu tidak melebihi kedudukan imam didalam masjid.

Wallahu a'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...