Audio: Safinatun Naja (9 Dis 2014)

Pengajian Safinatun Naja


Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak
Kitab        : Safinatun Naja
Tarikh      : 9.12.2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini  Klik di sini

Sunat Ab’adh:

• Tasyahud awal
• Duduk tasyahud awal
• Selawat ke atas Nabi s.a.w
• Selawat keatas keluarga Nabi s.a.w
• Qunut
• Berdiri semasa qunut
• Selawat dan salam kepada Nabi s.a.w serta keluarga dan para sahabat dalam qunut

Perkara membatalkan solat:

• Hadas kecil atau besar
• Terkena najis dan tidak dibuangkan najis itu serta merta tanpa menangungnya
• Terbuka aurat dan tidak ditutup serta merta
• Bertutur dengan dua huruf atau satu huruf yang dapat difahami dalam keadaan sengaja
• Makan dengan banyak dalam keadaan lupa
• Pergerakan 3 kali berturut turut walaupun terlupa
• Lompatan yang keji (terangkat semua anggota badan)
• Pukulan yang keras
• Menambah rukun fi’li dengan sengaja
• Mendahului imam dengan 2 rukun fi’li
• Ketinggalan 2 rukun fi’li dengan sengaja
• Niat untuk berhenti solat atau menggantungkan untuk memutuskan solat dengan sesuatu. (cth: “sekiranya air didapur masak, nak pergi tutup api. Hukum : sebelum bunyi air menggelegak sudah terbatal solat.)
• Pergi datang fikiran pada memutuskan solat
Solat yang mesti diniatkan untuk menjadi imam
• Solat Jumaat
• Solat 5 waktu yang diulangi
• Solat yang dinazarkan akan berjemaah
• Solat jamak takdim ketika hujan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...