Fikah Perubatan : Ibadah Pesakit [4.10.15]

RINGKASAN FIKAH PERUBATAN: IBADAH PESAKIT

PENGISI : DR MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL HADI
KITAB: FIKAH PERUBATAN : IBADAH PESAKIT
TARIKH: 4 OKTOBER 2015
HARI : AHAD
MASA : 3.45 – 5-45 PETANG
TEMPAT : QAAH BNU SINA



Kepentingan Ibadah Solat

Solat merupakan tunjang dan lambang yang menjadi penenang jiwa, penghibur hati dan penghubung antara hamba dengan Allah s.w.t . Sakit bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang tidak menunaikan solat melainkan jika sakit itu menyebabkan seseorang itu berada pada tahap di luar dari paras kesedaran.

Kewajipan bersolat tidak akan gugur daripada seseorang mukallaf dalam apa jua keadaan.


Mukallaf :
1. Orang yang baligh
2. berakal
3. Telah sampai kepadanya seruan Islam.


Ciri-Ciri Individu Mukallaf Yang Wajib Menunaikan Solat
1. Muslim
2. Mencecah usia baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas


Syarat-Syarat Sah Solat
1)      Dilakukan dalam keadaan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
2)      Dilakukan dalam keadaan suci daripada hadas besar dan kecil.
3)      Dilakukan dalam keadaan menutup aurat iaitu diantara pusat dan lutut bagi lelaki dan seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan serta belakangnya bagi wanita .  bahagian dagu juga dikira aurat bagi wanita.
4)      Dilakukan dalam keadaan menghadap qiblat.
5)      Dilakukan setelah masuk waktu


Panduan Bersuci Daripada Najis

MENYUCIKAN NAJIS PADA KEMALUAN:
1)      Sebaiknya pesakit menggunakan air untuk menghilangkan najis jika mampu berbuat demikian

2)      Jika tidak mampu menggunakan air atau tidak mahu menggunakannya e.g batu atau tisu kesat yang kering, boleh menggunakan bahan-bahan lain yang suci , kering dan kesat dn bukan suatu yang ada kehormatannya seperti makanan atau mushaf Al-Quran.

MENYUCIKAN NAJIS PADA ANGGOTA YANG LAIN
1)      Bahagian yang terkena najis hendaklah disucikan dengan air dan tidak memadai jika hanya dilap sahaja.

2)      Jika tidak boleh menggunakan air, najis yang ada pelu dibersihkan dan dikurangkan kuantitinya sekadar kemampuan. Setelah itu sucikan diri daripada hadas dan tunaikan solat fardhu sahaja sebagai menghormati waktu. Perlu diqadhakan setelah pulih mengikut mazhab syafie.

3)      Pesakit yang tidak mampu menghilangkan najis pada tubuh badan boleh memilih untuk solat seperti biasa dengan kewujudan najis mengikut pandangan mazhab Maliki. Solat yang dilakukan ini sah serta tidak perlu diulang.


Panduan Bersuci Daripada Hadas Kecil
Cara bersuci daripada hadas kecil ialah dengan berwudhu atau bertayamum bagi mengharuskan solat.

Wuduk ialah menggunakan air yang suci lagi menyucikan pada empat anggota iaitu muka, tangan , kepala dan kaki dengan cara yang tertentu menurut syarak.

Panduan Berwuduk
1)      Membasuk muka
2)      Membasuh tangan
3)      Menyapu kepala
4)      Membasuh kaki

Setiap anggota wuhu yang mesti dibasuh adalah tidak memadai jika hanya disapu dengan air dan pastikan air mengalir di atas anggota yang dibasuh sebelum diratai di semua bahagian anggota tersebut.

Panduan Bertayammum
Tayammum ialah menyapu muka dan dua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih atau bahan lain yang boleh digunakan mengikut syarat-syarat yang tertentu

Cara Bertayammum Menggunakan Debu Tanah
1)      Menepuk dua tapak tangan pada debu tanah kali pertama untuk menyapu muka
2)      Menyapu muka
3)      Membunag debu yang telah digunakan
4)      Menepuk dua tapak tangan ke debu tanah pada kali kedua untuk menyapu kedua tangan
5)      Memindahkan debu tanah
6)      Menyapu bahagian tangan kanan sebelah belakang tapak tangan kanan dengan mengggunakn empat perut jari tangan kiri (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7)      Menyapu bahagian tangan kanan sebelah hadapan dari siku hingga ke hujung ibu jari dengan menggunakan debu tanah pada tapak tangan kiri dan ibu jari tangan kiri menyapu belakang ibu jari tangan kanan.
8)      Menyapu bahagian tangan kiri sebelah belakang tapak tangan kanan dengan mengggunakn empat perut jari tangan kanan (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
9)      Menyapu bahagian tangan kiri sebelah hadapan dari siku hingga ke hujung ibu jari dengan menggunakan debu tanah pada tapak tangan kiri dan ibu jari tangan kiri menyapu belakang ibu jari tangan kiri.


Wallahu'alam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...