Tafsir Surah Yaasin 2.0 (Ayat 13 - 23) [1.11.15]

RINGKASAN- TAFSIR SURAH YAASIN 2.0 (AYAT 13-32)

PENYAMPAI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 1 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA


          Allah S.W.T datangkan sebuah kisah yang menarik bermula ayat ke 13 iaitu kisah Sohibul Yaasin. Kisah ini berlaku ketika zaman Nabi Isa. Pada suatu hari, Nabi Isa menghantar 2 orang rasul ke satu tempat yang dinamakan Anthotiyah. Anthotiyah merupakan salah satu tempat yang ada di Syria. Dalam perjalanan ke sana, 2 orang rasul ini berjumpa dengan seorang pengembala kambing yang bernama Habibul An-Najar. Habibul An-Najar inilah yang digelar sebagai Sohibul Yaasin ( tuan kepada yaasin).
          Semasa berjumpa dengan Habibul An-Najar, 2 orang rasul menyatakan bahawa mereka adalah rasul yang dihantar oleh Allah S.W.T, jadi berimanlah dengan Allah S.W.T. Lalu Habibul An-Najar menjawab, jika benar kamu berdua adalah rasul, apakah bukti kerasulan yang kamu ada. 2 orang rasul tersebut pun menjawab, “ Kami boleh menyembuhkan penyakit” . Maka Habibul An-Najar pun membawa 2 orang rasul ini ke rumahnya. Dia mempunyai seorang anak yang sakit mata. Apabilah rasul tersebut merawat dan menyembuhkan mata anaknya, Habibul An-Najar pun memeluk islam.
          Selepas itu, 2 orang rasul tersebut masuk ke negeri Anthotiyah untuk menyebarkan dakwah. Terdapat pelbagai halangan semasa 2 rasul tersebut ingin berdakwah menyebarkan Islam. Pada suatu hari, 2 orang rasul tersebut ditangkap oleh Raja negeri tersebut. Lalu Nabi Isa menghantar seorang lagi rasul ke negeri Anthotiyah. Tetapi rasul yang ketiga ini dihantar dalam keadaan menyembunyikan kerasulannya. Rasul yang ketiga ini pun turut merawat dan menyembuhkan penyakit masyarakat di negeri itu. Rasul tersebut menjadi terkenal sehinggakan beliau dijadikan sebagai orang kenamaan iaitu orang kanan Raja Anthotiyah.
          Lama-kelamaan, rasul yang menyembunyikan kerasulannya ini berkata kepada raja, “ Wahai raja, aku mendapat tahu bahawa sebelum ini kamu menahan 2 orang yang mengaku mereka sebagai nabi. Apa sebab kamu menahan mereka?” Raja berkata, “ Aku menahan mereka tanpa sebab” . Kemudian Rasul tersebut berkata lagi, “Wahai raja , apa kata kamu tanya apa masalah mereka”. Lalu, 2 orang rasul yang ditahan itu pun dihadapkan berjumpa Raja.
          Dua orang rasul tersebut memberitahu Raja tersebut mengenai mukjizat yang mereka miliki. Raja tersebut teringat akan satu peristiwa dimana ada seorang budak telah meninggal dunia lalu raja itu menyuruh rasul - rasul ini menghidupkan kembali budak itu dan tanya kepada budak itu. Mereka melakukannya seperti yang Raja itu inginkan. Dengan kuasa Allah S.W.T, mayat budak itu dihidupkan.
          Raja tersebut pun bertanya kepada budak itu, “ Wahai budak , apa yang engkau dapat selepas kau mati?”. Budak itu berkata,” Wahai raja, aku mendapat azab yang pedih daripada Allah S.W.T disebabkan aku kufur kepadaNya, tetapi aku diselamat oleh Allah S.W.T apabila datangnya seorang utusan kepadaku”. Utusan yang menyelamatkan budak itu adalah rasul yang ketiga tersebut. Raja berasa sangat marah lalu membunuh nabi ini. Berita pembunuhan ini tersebar, lalu Habibul An-Najar datang memberi dakwah dan hujah-hujahnya sehingga beliau pun terbunuh.

PENGAJARAN YANG BOLEH KITA AMBIL DARIPADA KISAH INI IALAH :
1)    Allah S.W.T meninggalkan kepada kita Al-quran untuk mempelajari cara berdakwah yang benar. 
2)    Rasul yang dituskan adalah dari kalangan manusia juga supaya kita tidak manafikan rasul tersebut. Kebiasaannya, Rasul-rasul tersebut diberi mukjizat kepada mereka mengikut kaum, atau keadaan masyarakat di kawasan tertentu.
3)    Pemerintah yang zalim atau rakyat kalah semasa berhujah dengan pendakwah, mereka akan memberi ancaman kepada para pendakwah. 
4)    Kesialan/ kecelakaan sebenarnya apabila mereka mengikuti kekufuran
5)    Golongan yang menang akan ada dalam setiap zaman, walaupun golongan yang kecil. 
6)    Mereka yang ada kebenaran, perlu zahirkan kebenaran itu. 
7)    Orang yang mati syahid, berharap mereka dapat kembali kedunia untuk memberitahu betapa nikmatnya berada dalam syahid.


Wallahu'alam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...