Tafsir Surah Yaasin 4.0 (Ayat 54-83) [22.11.15]

RINGKASAN- TAFSIR SURAH YAASIN (AYAT 54-83)

PENGISI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 22 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA


Nabi Muhammad S.A.W bersabda, : “Sebaik-baik kamu adalah siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya.”

Pengajaran

Ø  Nilai umur kita dikira berdasarakan baiknya amalan kita.
Ø  Tidak satu kaum apabila mereka berhimpun mengingati  Allah S.W.T , melainkan Allah  berikan mereka pahala. Para malaikat akan melindungi mereka yang berada dalam majlis ilmu dan mereka akan diselebungi dengan rahmat serta diberikan ketenangan.
Ø  Pada hari kebangkitan, semua orang sama disisi Allah. Allah menilai manusia berdasarkan amalan mereka ketika di dunia.
Ø  Antara nikmat menjadi ahli syurga ialah dapat menikmati ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T, dapat merasai pelbagai jenis makanan dan minuman, mendengar muzik, dapat bermain bersama bidadari dan macam macam lagi sehingga mereka tiada masa untuk berfikir mengenai ahli neraka.
Ø  Di dalam syurga juga boleh meminta segala apa yang diingini nafsu dan dipandang indah oleh mata. Antara nikmat yang paling besar dalam syurga ialah apabila kita menerima ucapan salam daripada Allah S.W.T .
Ø  Kita hendaklah mengikuti jalan yang lurus iaitu jalan yang mengikuti nabi, jalan Islam yang sebenar.
Ø  Ketahuilah suatu masa nanti akan ada pemerintah-pemerintah yang akan menghukum kamu tidak mengikut apa yang kamu mahu. Jika kamu lawan mereka, kamu akan dibunuh.
Ø  Ayat al-Quran diturunkan pengubat hati orang-orang yang beriman serta azab untuk orang-orang kafir yang ingkar.
Ø  Allah S.W.T. telah menciptakan binatang-binatang ternakan seperti unta, lembu, ayam, kambing sebagai salah satu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Ø  Sedangkan binatang pun boleh tunduk pada arahan manusia, kenapa manusia tidak mahu tunduk pada sesuatu yang lebih agung dari mereka iaitu Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,” Ketahuilah wahai manusia bahawa roda Islam ini sentiasa berpusing.”

Jadi, jika Islam berada di atas kita hendaklah sama-sama naik ke atas dan ketika Islam berada di bawah, kita tetap berada dengan Islam.




Wallahu’alam.

TRUST 3.0 : Ahdafuna Akhtar Qadayal Muslimin [15.11.15]

[RINGKASAN MATLAMAT KITA YANG PALING PENTING BAGI SITUASI UMAT ISLAM]

PENGISI : USTAZ ZAHANI BIN ABDUL GHANI
TARIKH: 15 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA


 Istilah matlamat
1) Ahdaf: misi jangka masa yang pendek
2) Ghayyah: misi jangka masa yang panjang

Permasalahan utama dan matlamat terpenting dalam kehidupan Muslim
ü  Kejayaan mendapat redha Allah
ü  Kejayaan mendapatkan syurga Allah
ü  Terselamat daripada neraka dan murka Allah

 Permasalahan utama dan matlamat terpenting dalam peranan umat islam
ü  Perlu berperanan dalam menyebarkan Islam
ü  Berperanan dalam memimpin masyarakat manusia

Allah S.A.W berfirman :
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (QS. 3:110).

 Matlamat yang paling agung dan mulia
ü  Menghambakan diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya
ü  Menyampaikan dakwah dan risalahnya 
ü  Melaksanan manhaj yang telah disusun oleh Allah melalui perantara pesuruhnya
ü  Islam datang ke muka bumi ini untuk membebaskan manusia daripada menyembah hamba kepada menyembah Allah.

Timbangan dalam keutamaan matlamat
Berdasarkan timbangan dan kaedah yang tepat yang tidak didalangi hawa nafsu

1. Harus
2. Sunat –sunat muakkad dan sunat bukan muakkad
3. Fardu
Ø  Fardu kifayah- apabila seseorang telah menjalankan maka jatuh dosa yang lain
Ø  Fardhu ain – wajib pada setiap muslim
4. Haram
5. Makruh
6. Shubhah

Kefardhuan yang hilang
1. Khilafah Islamiyah
Dari ibnu khaldun: Khilafah ialah mengangkat secara menyeluruh, menghukum secara syarie pada masalah dunia dan akhirat , kerana hal keadaan dunia dan akhirat adalah kembali kepada Allah atau hokum syarie –memelihara agama dan mentadbir dunia degan agama.
2. Jihad 

3 sebab utama akan kefardhuan jihad
ü  Berjihad sehingga orang kafir tidak berkuasa ke atas orang islam dan tidak timbulnya fitnah di atas muka bumi ini dan menjadikan agama seluruhnya untuk Allah.
ü   Kefardhuan dalam membantu golongan muslimin yang lemah
ü  Mengembalikan tanah suci umat islam dan menentang musuh-musuhnya

Jalan merealisasikan matlamat tersebut
1. Membina individu muslim dengan menekan 10 muwasafat tarbiah
2. Membina keluarga muslim
3. Pembinaan masyarakat muslim


Wallahu’alam.



Tafsir Surah Yaasin 3.0 (Ayat 33-53) [8.9.15]

[ RINGKASAN TAFSIR SURAH YAASIN 3.0 (AYAT 33-53) ]
TAFSIR SURAH YASIN
PENGISI : USTAZ MUHMAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2015

SURAH YASIN AYAT 33-53

" Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bumi yang mati (tandus) . Kami hidupkan bumi itu dan kami keluarkan darinya biji-bijian, maka dari (biji-bijian) itu mereka makan". (Surah Yaasin : 33)

Pengajaran
Ø  Oleh itu, kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan hendaklah menjadi pengajaran kepada kita semua.
Ø  Kebesaran Allah untuk dipamerkan kepada manusia melalui turunnya hujan, bumi subur kembali dengan tanaman-tanaman contohnya kurma dan anggur.
Ø  Kenapa kurma dan anggur amat ditekankan di dalam Surah Yasin?
Kerana kurma dan anggur makanan yang berkualiti dan bermutu, tahan lama, berada di dalam negara Arab, dan kurma boleh digunakan untuk mengeluarkan zakat contohnya secupak tamar.
Ø  Kita hendaklah sentiasa bersyukur untuk berterima kasih kepada Allah swt.
Ø  Kita tidak boleh mendabik dada dengan nikmat Allah kerana itu adalah pinjaman yang sementara sahaja.
Ø  Kejayaan sesuatu kaum bukan bergantung kepada material tetapi sangat bergantung kepada pegangan agama, contohnya Mekah kini menjadi salah satu tempat terpenting di dunia disebabkan pegangan agama Islam yang kuat oleh umatnya.
Ø  Semua di dunia ini diciptakan berpasangan termasuk tumbuhan, haiwan, bahkan atom dan cas-cas positif dan negatif juga yg terdapat di alam ini.
Ø  Pertukaran malam dan siang menunjukkan matahari sendiri berputar pada paksinya dengan mematuhi kuasa Pencipta, dan turut sujud kepada Allah.
Ø  Bulan juga beredar mengikut ketetapan Allah, dan penting untuk menkaji bila tibanya bulan Ramadhan.
Ø  Kita haruslah bersedekah seperti yang ditekankan dalam al-Quran.
Ø  Kita haruslah sentiasa bersedia untuk mati, kerana hari kiamat itu adalah rahsia iaitu diceritakan datang secara tiba-tiba dengan pekikan malaikat ketika makhluk bumi berurusan dunia contohnya jual beli. Celakalah untuk orang kafir yang tidak sempat bertaubat terkena azab Allah.
Ø  Ingatlah, kiamat itu hanya dengan satu sangkakala sahaja daripada Allah swt.



Wallahu’alam.

TRUST 2.0 : Sohwah Islamiyah [18.10.15]

RINGKASAN TRUST 2.0: SOHWAH ISLMIYAH

TARIKH: 18 OKTOBER 2015
MASA: 3.30-5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA
PENYAMPAI: USTAZ NOR MOHD FIRDAUZ BIN MUSTAFA


          Kebangkitan Islam ialah perkara terhebat dimiliki oleh umat Islam pada hari ini.  Bukanlah harta atau pangkat  perkara  terhebat dimiliki oleh kita akan tetapi ianya pemuda berjiwa revolusi khususnya pemuda yang mahukan Islam.
          Terdapat 2 sebab hilangnya kesedaran dalam diri seseorang itu. Pertama ialah, sebab dalaman. Sebab dalaman adalah seperti kemelesetan atau kemunduran yang melanda umat daripada kegagalan akibat kemunduran zaman dan salah faham mengenai Islam dan pelaksanaanya. Sebagai contoh, kita mempunyai 90 orang tentera dan musuh kita mempunyai hanya 50 orang tentera dan kita pun akan menganggap mudah sahaja untuk menjatuhkan musuh tersebut. Hal ini salah kerana kita sepatutnya lebih berhati hati kerana dalam 90 orang tentera yang kita miliki itu, belum tentu lagi mereka mempunyai kesetiaan terhadap kumpulannya. Bak kata pepatah, “musuh dalam selimut”. Sebab-sebab dalaman seperti inilah yang menyebabkan hilangnya kesedaran dalam diri.
          Kedua ialah sebab luaran. Sebab luaran adalah seperti gerakan penjajah yang menguasai Negara islam. Ianya adalah sebuah bencana yang tidak dapat ditentang. Bahayanya bukan sahaja penjajah menguasai bumi umat Islam akan tetapi mereka cuba menjajah akal (pemikiran), jiwa rakyat, perasaan, kehidupan dan akhlak.
          Antara peringkat-peringkat kebangkitan yang perlu diwujudkan ialah peringkat pemikiran. Contohnya, terpengaruh dengan pemikiran lain secara mutlak dan pemikiran justifikasi. Justifikasi ialah suatu alasan yang kuat untuk menjadikan sesuatu perkara wajar dilakukan. Misalnya, amalan riba hukumnya haram dalam islam tetapi mereka mahu melaksanakan dan beralasan bahawa amalan riba yang diharamkan Islam ialah amalan riba pada zaman jahiliyah dan bukannya amalan riba pada zaman ini.
          Peringkat seterusnya ialah kebangkitan emosi. Ianya bukanlah bermakna bangkit daripada tidur akan tetapi bersandarkan kepada asal makna kebangkitan pada bangsa Arab iaitu “kebangkitan dari hati dan perasaan”. Pemikiran manusia bukan hanya untuk terdiri daripada akal sahaja akan tetapi meliputi hati dan perasaan. Selain emosi, terdapat juga kebangkitan amal dan akhlak, kebangkitan wanita muslimah, kebangkitan antarabangsa dan kebangkitan pemuda.
          Kita tidak gusar dan bimbang dengan kekuatan asing dan dalaman yang menentang kebangkitan Islam akan tetapi kita bimbang akan kemunculan gerakan atau gelombang yang mungkin boleh merencatkannya. Antara gelombang tersebut ialah gelombang pelampau dan sesat, gelombang perpecahan, dan gelombang akan tenggelam kerana siasah (politik).
          Umat Islam mestilah memahami Islam dengan makna yang meluas dan tidak menyempitkan pengertian Islam hanya dalam masalah berkaitan perkara khilafiah (perbezaan pendapat) atau masalah cabang (furu’) seperti masalah menyimpan janggut,memakai pakaian yang pendek dan perbahasan menegenai aurat wanita mencakupi tangan dan muka. Islam bukan hanya tertumpu pada sesetengah bidang sahaja akan tetapi mencakupi seluruh aspek kehidupan. Golongan Mutasyaddidun( ekstrimis/ pelampau) merupakan golongan yang bahaya kerana mereka menyebabkan pengertian Islam yang syumul disempitkan.


Wallahu’alam.

Tafsir Surah Yaasin 2.0 (Ayat 13 - 23) [1.11.15]

RINGKASAN- TAFSIR SURAH YAASIN 2.0 (AYAT 13-32)

PENYAMPAI: USTAZ MUHAMMAD ALIFFUDIN BIN RAMLEE
TARIKH: 1 NOVEMBER 2015
HARI: AHAD
MASA: 3.30 - 5.30 PETANG
TEMPAT: QAAH IBNU SINA


          Allah S.W.T datangkan sebuah kisah yang menarik bermula ayat ke 13 iaitu kisah Sohibul Yaasin. Kisah ini berlaku ketika zaman Nabi Isa. Pada suatu hari, Nabi Isa menghantar 2 orang rasul ke satu tempat yang dinamakan Anthotiyah. Anthotiyah merupakan salah satu tempat yang ada di Syria. Dalam perjalanan ke sana, 2 orang rasul ini berjumpa dengan seorang pengembala kambing yang bernama Habibul An-Najar. Habibul An-Najar inilah yang digelar sebagai Sohibul Yaasin ( tuan kepada yaasin).
          Semasa berjumpa dengan Habibul An-Najar, 2 orang rasul menyatakan bahawa mereka adalah rasul yang dihantar oleh Allah S.W.T, jadi berimanlah dengan Allah S.W.T. Lalu Habibul An-Najar menjawab, jika benar kamu berdua adalah rasul, apakah bukti kerasulan yang kamu ada. 2 orang rasul tersebut pun menjawab, “ Kami boleh menyembuhkan penyakit” . Maka Habibul An-Najar pun membawa 2 orang rasul ini ke rumahnya. Dia mempunyai seorang anak yang sakit mata. Apabilah rasul tersebut merawat dan menyembuhkan mata anaknya, Habibul An-Najar pun memeluk islam.
          Selepas itu, 2 orang rasul tersebut masuk ke negeri Anthotiyah untuk menyebarkan dakwah. Terdapat pelbagai halangan semasa 2 rasul tersebut ingin berdakwah menyebarkan Islam. Pada suatu hari, 2 orang rasul tersebut ditangkap oleh Raja negeri tersebut. Lalu Nabi Isa menghantar seorang lagi rasul ke negeri Anthotiyah. Tetapi rasul yang ketiga ini dihantar dalam keadaan menyembunyikan kerasulannya. Rasul yang ketiga ini pun turut merawat dan menyembuhkan penyakit masyarakat di negeri itu. Rasul tersebut menjadi terkenal sehinggakan beliau dijadikan sebagai orang kenamaan iaitu orang kanan Raja Anthotiyah.
          Lama-kelamaan, rasul yang menyembunyikan kerasulannya ini berkata kepada raja, “ Wahai raja, aku mendapat tahu bahawa sebelum ini kamu menahan 2 orang yang mengaku mereka sebagai nabi. Apa sebab kamu menahan mereka?” Raja berkata, “ Aku menahan mereka tanpa sebab” . Kemudian Rasul tersebut berkata lagi, “Wahai raja , apa kata kamu tanya apa masalah mereka”. Lalu, 2 orang rasul yang ditahan itu pun dihadapkan berjumpa Raja.
          Dua orang rasul tersebut memberitahu Raja tersebut mengenai mukjizat yang mereka miliki. Raja tersebut teringat akan satu peristiwa dimana ada seorang budak telah meninggal dunia lalu raja itu menyuruh rasul - rasul ini menghidupkan kembali budak itu dan tanya kepada budak itu. Mereka melakukannya seperti yang Raja itu inginkan. Dengan kuasa Allah S.W.T, mayat budak itu dihidupkan.
          Raja tersebut pun bertanya kepada budak itu, “ Wahai budak , apa yang engkau dapat selepas kau mati?”. Budak itu berkata,” Wahai raja, aku mendapat azab yang pedih daripada Allah S.W.T disebabkan aku kufur kepadaNya, tetapi aku diselamat oleh Allah S.W.T apabila datangnya seorang utusan kepadaku”. Utusan yang menyelamatkan budak itu adalah rasul yang ketiga tersebut. Raja berasa sangat marah lalu membunuh nabi ini. Berita pembunuhan ini tersebar, lalu Habibul An-Najar datang memberi dakwah dan hujah-hujahnya sehingga beliau pun terbunuh.

PENGAJARAN YANG BOLEH KITA AMBIL DARIPADA KISAH INI IALAH :
1)    Allah S.W.T meninggalkan kepada kita Al-quran untuk mempelajari cara berdakwah yang benar. 
2)    Rasul yang dituskan adalah dari kalangan manusia juga supaya kita tidak manafikan rasul tersebut. Kebiasaannya, Rasul-rasul tersebut diberi mukjizat kepada mereka mengikut kaum, atau keadaan masyarakat di kawasan tertentu.
3)    Pemerintah yang zalim atau rakyat kalah semasa berhujah dengan pendakwah, mereka akan memberi ancaman kepada para pendakwah. 
4)    Kesialan/ kecelakaan sebenarnya apabila mereka mengikuti kekufuran
5)    Golongan yang menang akan ada dalam setiap zaman, walaupun golongan yang kecil. 
6)    Mereka yang ada kebenaran, perlu zahirkan kebenaran itu. 
7)    Orang yang mati syahid, berharap mereka dapat kembali kedunia untuk memberitahu betapa nikmatnya berada dalam syahid.


Wallahu'alam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...