Cara-cara Memberi Dan Menjawab Salam


A. PENGENALAN


Lafaz memberi salam:


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


· Disebut dengan dhomir jama’ (kata nama majmuk) iaitu ‘alaikum’ walaupun kepada seorang individu kerana ada bersamanya malaikat atau jin

· Lafaz ‘kum’ dalam ‘alaikum’ tidak boleh dipanjangkan. Sekiranya dipanjangkan maka tidak sah salam tersebut dan orang yang mendengarnya tidak wajib menjawab salam


Lafaz menjawab salam:


Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh



B. LAFAZ SALAM DAN GANJARANNYA


Memberi salam: [1]


· Assalamualaikum – 10 pahala

· Assalamualaikum warahmatullah – 20 pahala

· Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh – 30 pahala

· Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh – 40 pahala [2]


Menjawab salam:


· Cara terbaik dalam menjawab salam ialah dengan melebihkan lafaz salam daripada lafaz orang yang memberi salam [3][4]

· Contohnya, apabila seseorang mengucapkan ‘Assalamualaikum’ adalah lebih baik baginya untuk menjawab dengan lafaz ‘Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh’



C. BEBERAPA LAFAZ SALAM YANG SAH DAN TIDAK SAH


Memberi salam:


· Assalamualaikum – dibolehkan

· Assalamualaika – dibolehkan

· Salamun alaik – dibolehkan


Menjawab salam:


· Waalaikummussalam – dibolehkan

· Waalaikassalam – dibolehkan

· Alaikummussalam – dibolehkan

· Alaikum – tidak sah

· Waalaikum – sesetengah pendapat ulama’ membolehkan manakala ulama’ yang lain mengatakan tidak sah

· Assalamualaikum (menjawab salam dengan lafaz yang sama dengan orang yang memberi salam) – dibolehkan


nadhir

Hasil pengajian Kitab Al Azkar

Isnin, 4 Januari 2010 / 18 Muharram 1431

Muka surat 248-249

[1] Hadis riwayat Abi Daud & At Tarmizi, hadis hasan

[2] Tambahan kepada hadis riwayat Abi Daud

[3] Hadis riwayat Ibn Sunni, hadis dhoif

[4] Surah An Nisa’ ayat 86

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...