Perjumpaan Doktor Faqih (II) - Ikhwah

Kitab Halal Haram

1. Hadis Nabi SAW :
"هو الطهور ماءه الحل ميتته"
Maksud : “Air laut itu suci & menyucikan, bangkainya halal untuk dimakan”

2. Tidak dibenarkan untuk makan binatang yang hidup 2 alam

3. Hadis Nabi Saw :

"اذا دبغ الإهاب فقد طهر"

Maksud : “Apabila kulit disertu, ia akan menjadi suci”
  • Jumhur ulama berpendapat semua jenis kulit kecuali kulit anjing & babi.
  • Syeikh Yusuf Qaradawi berpendapat semua jenis kulit termasuk anjing & babi boleh diguna apabila disertu.
4. Kadar yang dibenarkan untuk makan makanan yang haram apabila dalam keadaan darurat :
  • Imam Malik : boleh makan sampai kenyang dan boleh disimpan sebagai bekalan

  • Jumhur ulama’ : sekadar untuk meneruskan nyawa
5. Diberi rukhsah untuk mengambil ubat-ubatan yang haram dimakan, tetapi mesti mengikut syarat-syarat berikut:
  • Jika ubat tersebut tidak diambil, akan mendatangkan bahaya kepada orang tersebut

  • Memang tidak dijumpai ubat-ubatan yang halal yang setaraf atau lebih baik dari ubat tersebut.

  • Doktor yang memberi preskripsi mestilah boleh dipercayai dari segi kepakarannya dan dari segi agamanya.

6. Jika terdapat individu yang lapar sehingga boleh membawa maut, sedangkan dalam masyarakatnya terdapat orang lain yang mempunyai makanan lebih, maka individu tadi tidak dibenarkan untuk memakan makanan yang haram. Dia boleh bergaduh untuk mendapatkan makanan daripada orang lain. Sekiranya dia terbunuh, si pembunuh akan dikenakan qisas. Sekiranya dia membunuh, maka orang yang dibunuh olehnya akan mendapat laknat.

Kitab Nailuroja’

Fasal 4
  • Niat :
Definisi : Bertujuan melakukan sesuatu seiring dengan perbuatan tersebut


Tempatnya : Hati

Hukum melafazkannya : Sunat

Waktunya : Ketika membasuh bahagian pertama daripada muka
  • Tertib dalam wuduk : Sesuatu anggota tidak didahulukan daripada anggota lain
          Dalilnya berdasarkan hadis Nabi SAW : 

"ابدأوا بما بدأ الله به"
Maksud : Mulakanlah dengan apa yang Allah mulakan

Fasal 5
  • Air ada 2 jenis, sedikit dan banyak

  • Air sedikit : - kurang dari 2 kolah
                         - sekiranya masuk najis, akan menjadi bernajis walaupun tidak berubah bau, warna dan rasa

  • Air banyak: - 2 kolah atau lebih (2 kolah = 200 liter)
                         - Sekiranya masuk najis, tidak akan bernajis melainkan jika berubah bau atau warna atau rasa.
  • Hadis Nabi SAW :
"اذا كان الماء قلتين لم يحمل الخبث"
Maksud : “Sekiranya jumlah air mencapai 2 kolah, air itu tidak akan bernajis”
  • Hadis Nabi SAW : 
"اذا وقع الذباب في شراب أحدكم فليغمسه ثم لينزعه فإن في أحد جناحيه داء وفي اللأخر شفاء"
Maksud : “ Jika masuk lalat ke dalam minuman salah seorang dari kamu, selamkan lalat itu, kemudian buangkannya, sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit, dan sebelah lagi terdapat penawar”

  - Ulama’ mengkiaskan semua binatang yang tiada darah mengalir, jika masuk dalam air   yang tidak cukup 2 kolah, dimaafkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...