PERJUMPAAN DOKTOR FAQIH PERTAMA (IKWAH)

Kitab Halal Haram

Terdapat 3 isi penting :

1.       Ada 2 jenis nyawa :

a.       Nyawa segar حياة مستقرة)), tanda-tandanya darah memancut dan kaki bergerak-gerak ketika selepas disembelih. Sah sembelihan dan boleh makan dagingnya.

b.      Nyawa-nyawa ikan (حياة مذبوحة), tidak mempunya dua tanda di atas. Tidak sah sembelihannya dan tidak boleh makan dagingnya.

2.       Haram memakan benda-benda jijik (الخبائث)

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 157  :

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ
“Dia menghalalkan kepada mereka segala yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala yang keji.”

Contoh benda jijik : hingus, air liur yang sudah keluar dari mulut

3.       Kaedah “darurat berkadar dengan kadarnya” (الضرورة تقدر بقدرها). Ada 3 peringkat maslahat :

a.       ضروريات Daruriyyat : tanpa benda ini, manusia akan mati

b.      حاجيات Hajiyat : tanpa benda ini manusia boleh meneruskan hidup, akan tetapi berlaku kecacatan

c.       تحسينات Tahsinat : tanpa benda ini manusia boleh hidup dan tidak cacat, tetapi kurang cantik


Kitab Nailuroja’

Fasal 1 :

Tanda-tanda baligh ada 3 :
         
1.  Cukup 15 tahun bagi lelaki & perempuan

2. Ihtilam (mimpi basah) bagi lelaki & perempuan yang sudah berumur 9 tahun ke atas

3. Haid bagi perempuan yang sudah berumur 9 tahun ke atas


Fasal 2 :

Syarat-syarat sah beristinjak dengan menggunakan batu ada lapan :

1.       3 biji batu @ 3 permukaan

2.       Menyucikan zakar @ faraj dan dubur

3.       Najis tidak kering

4.       Orang tersebut tidak bergerak ke tempat lain

5.       Najis tidak bercampur dengan benda lain

6.       Najis tidak melepasi batas zakar & punggung.

7.       Najis tidak kena air

8.       Batu yang digunakan mestilah suci

-ciri-ciri batu atau benda yang digunakan untuk istinjak mestilah :
       
        1. Pepejal


        2. Suci


        3. Dapat menghilangkan najis


        4. Bukan benda yang dihormati, contoh benda dihormati : makanan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...