Kitab Riyadus Salihin & Azkar

Kitab 1 : Riyadus salihin, m/s 267

1234. Dari Abu Ibrahim Abdullah bin Abu Aufa radhiallahu 'anhuma, katanya: "Kami bermusafir bersama Rasulullah s.a.w. dan beliau s.a.w. berpuasa. Ketika matahari terbenam, lalu beliau bersabda kepada sebagian kaum
yang mengikuti perjalanan itu: "Hai Fulan, turunlah dan campurkanlah roti itu dengan air untuk kita." Orang itu berkata: " Jika petang sekejap lagi ,tentunya lebih baik.". Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: "Turunlah dan campurkanlah roti dengan air untuk kita." Orang itu berkata lagi: "Sesungguhnya hari kan masih siang lagi." Beliau s.a.w. bersabda lagi: "Turunlah, dan campurkanlah roti dengan air untuk kita."

Maka ,orang yang disuruh tadi pun
turun dan mengerjakan suruhan Rasulullah. Rasulullah s.a.w. minum kemudian bersabda: "Apabila engkau semua telah melihat waktu malam datang dari sebelah sini (sambil tunjuk sebelah timur) maka itulah waktunya untuk berbuka.”


1235. Dari Salman bin 'Amr ad-Dhahabi ash-Shahabi r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jikalau kamu berbuka, maka hendaklah berbuka dengan kurma, tetapi jika tiada kurma, maka berbukalah dengan air, kerana sesungguhnya air itu suci lagi menyucikan."


1236. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah berbuka sebelum menunaikan solat Maghrib dengan beberapa biji kurma basah (rutob), tetapi jika tiada kurma basah, beliau akan berbuka dengan kurma kering, dan jika tiada juga kurma maka beliau akan minum beberapa teguk air."



Bab 223 - Perintah Kepada Orang Yang Berpuasa Supaya Menjaga Lisan Dan Anggotanya Dari Perselisihan Dan Saling Bermaki-makian Dan Sebagainya


1237. Dari
Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya adalah berpuasa."



Kesimpulan:~
1. bersegeralah untuk berbuka puasa.
2. sunnah berbuka dengan buah tamar.
3. lebih afdhal berbuka dahulu sedikit (sekadar sebiji tamar dan beberapa teguk air), lalu menyegerakan solat maghrib berjemaah –amalan yang besar pahalanya.
4. orang yang berpuasa lebih baik banyak diam dari berkata-kata. (untuk jaga pahala puasa)


* * * * *

Kitab 2: Azkar m/s 225

Bab Memberi Salam Dan Menyebarkan Salam

612. riwayat
sahih bukhari dan muslim, dari Abdullah bin amru bi Aas radhiallahu anhuma katanya: “ seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, apakah amalan islam yang baik?” jawab rasulullah, “ beri orang makan dan beri salam kepada orang yang dikenali atau tidak.”


613. Dari Abi Hurairah radhiallahu anhu, Rasulullah bersabda,: “ Allah mencipta nabi Adam seperti mana yang dia kehendaki, panjangnya 6 kaki. Setelah dicipta Adam,Lalu Allah menyuruh Nabi Adam beri salam kepada sekelompok malaikat yang sedang duduk. Dan dengarlah apa yang akan dibalas kepada kamu. Sesungguhnya salam itu adalah kemulian untukmu dan kemulian untuk anak-anak mu. Maka nabi Adam pun memberi salam, Assalamualaikum. Para malaikat pun menjawab "waalaikum salam warahmatullah. mereka menambah warahmatullah.

*1. Jangan memanjangkan salam kerana membawa makna yg lain. Contoh:assalamualaikooooom. Maksudnya, salam sejahtera atas timbunan.

*2. Panggil nama dengan nama penuh supaya nama yang disebut sentiasa menjadi doa kepadanya.


614. Kata Bara’ bin Aazib radhiallahuanhuma, “ Rasulullah menyuruh kami 7 perkara: menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, membantu orang lemah, membantu orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan melunaskan qasam ( sumpah yang dibuat oleh orang lain keatas kamu).

*Kafarah sumpah” bagi makan/pakaian kepada 10 orang miskin. Kalau tidak mampu baru lah berpuasa selama 3 hari.


615. Dari Abi Hurairah radhiallah, beliau mendengar Rasulullah bersabda, “ Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu tidak beriman, kamu tidak beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Adakah kamu hendak tahu perkara yang boleh membuat berkasih sayang sesama kamu? Sebarkanlah salam sesama kamu.”


616. Dari Abdullah bin Salam radhiallau anhu berkata, Rasulullah bersabda; “ Wahai manusia sebrkan salam, berikan makanan, hubungkan silaturrahim, dan sembahyang bila mana orang lain sedang tidur- nescaya kamu akan masuk ke syurga dengan kesejahteraan.

1. Talian silaturrahim- hubungan saudara mara yang ada pertalian darah, dan boleh terima warisan.

2. Hubungan diantara bukan saudara adalah pertalian ukhwah ( persaudaraan).

3. Siapa yang ingin dibanyakkan rezekinya, dipanjangkan umurnya, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim – alhadith..

4. Allah menurunkan rahmatNya di 1/3 malam yang akhir.

5. Qiyamullail adalah gaya hidup orang soleh. Jka mahu jadi orang soleh, maka dirikanlah solat malam.


~Kauthar~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...