Hukum Menggunakan Bekas

1. Menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak
- haram dalam semua bentuk penggunaan seperti berwudhuk dan minum kecuali dalam keadaan dharurat (tidak ada bekas lain)
- daripada Huzaifah Bin Al-Yaman r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:“ jangan kamu memakai pakaian sutera dan dibaj (sejenis pakaian yang sangat berharga daripada sutera).  Dan jangan kamu minum menggunakan bekas-bekas emas dan perak. Jangan kamu makan menggunakan pinggan-pinggan / talam-talam yang diperbuat daripadanya. Sesungguhnya semuanya itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia ini dan untuk kita pada hari akhirat “.
- pengharaman ini dikiaskan kepada semua bentuk penggunaan yang yang lain (meliputi lelaki dan perempuan)
- hukum mengambilnya sebagai perhiasan sama seperti hukum menggunakannya.

2. Menggunakan bekas yang ditampal dengan emas atau perak
- emas : haram secara mutlak (sama ada sikit atau banyak)
- perak :
Tampalan
Hukum
sedikit dan bukan untuk tujuan perhiasan
harus
banyak dengan tujuan perhiasan
haram
banyak kerana keperluan
makruh
sedikit untuk tujuan perhiasan
makruh


3. Menggunakan bekas yang dibuat daripada bahan bernilai
- hukumnya harus
- contoh bahan bernilai : al-mas, permata lu’lu’, marjan dan sebagainya
- tiada nas yang melarang penggunaannya

4. Menggunakan bekas orang kafir
- hukumnya harus
- daripada Abi Tha’labah, Nabi s.a.w bersabda : “ maka basuhlah dan makanlah dengannya”
- sunat membasuh bekas tersebut kerana mungkin ia telah tercemar disebabkan orang kafir menggunakannya untuk minum arak, makan babi dan sebagainya
- hukum menggunakan pakaian mereka dan yang seumpamanya adalah sama seperti hukum menggunakan bekas

~ PDF III akhawat - Kitab Fiqh Manhaji~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...