PDF iii & PDF IV

Perjumpaan doktor Faqih ketiga

1.Dalil pengharaman binatang buas dan berkuku

نهى عن اكل ذى ناب من السباع وكل ذى مخلب من الطير

“Rasulullah S.A.W melarang dari memakan binatang buas yang mempunyai taring dan burung yang mempunyai kuku panjang.”

H.R Bukhari & Muslim

2.Dalil perlu menyebut nama Allah ketika sembelihan

ما أنهر الدم وذكر اسم الله عليه فكلوا

“Binatang yang memancutkan darah apabila disembelih, dan disebut nama Allah, maka makanlah”

3. 4 syarat penyembelihan

a.Dengan menggunakan alat tajam yang boleh memancutkan darah dan memutuskan urat di leher. Binatang tersebut mesti mati disebabkan ketajaman alat tersebut, bukan kerana beratnya alat tersebut.

b.Disembelih di halkum

c.Tidak disebut nama selain dari Allah

d.Mesti disebut nama Allah

4.Cara menyembelih binatang yang menjadi liar : boleh ditembak atau dipanah, tidak disyaratkan untuk disembelih.


Kitab Nailuroja’

Fasal 6

Perkara yang mewajibkan mandi ada 6 :

1.Memasukkan kepala zakar (hasyafah) ke dalam faraj ; jika masuk testis sahaja, tidak wajib mandi

2.Keluar air mani

3.Haid

4.Nifas

5.Wiladah

6.Mati


Fasal 7

Fardu-fardu mandi :

1.niat

2.meratakan air ke seluruh badan


Fasal 8

Syarat-syarat wuduk

1.Islam

2.Mumayyiz

3.Suci dari haid

4.Suci dari nifas

5.Tidak ada perkara yang menegah dari air sampai ke kulit

6.Tidak terdapat di anggota benda-benda yang dapat mengubah air

7.Tahu akan kefarduan wuduk

8.Tidak beriktikad mana-mana perkara fardu wuduk adalah sunat

9.Air yang suci dan menyucikan

10.Masuk waktu dan berturut2 diantara wuduk dan solat – ini untuk orang yang sentiasa berhadas.

Hafal Surah An-Nisa' ayat 43

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاء أَحَدٌ مِّنكُم مِّن الْغَآئِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء فَلَمْ تَجِدُواْ مَاء فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا


Maksud : Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendekati solat, ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampailah kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekadar melewati untuk jalan sahaja, sehinggalah kamu mandi junub. Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapati air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Sungguh Allah maha Pemaaf, Maha Pengampun.




Perjumapaan Doktor Faqih kali ke 4

Rahsia di sebalik penyembelihan adalah untuk tidak menyiksa binatang. Antara perkara yang dituntut adalah pisau yang digunakan mestilah tajam, tidak boleh mengasah pisau di hadapan binatang dan merehatkan binatang sebelum disembelih.

Hikmah membaca Bismillah ketika menyembelih

1.berlawanan dengan perbuatan orang-orang musyrik yang mana mereka menyebut nama berhala-berhala mereka ketika menyembelih.

2.Sesungguhnya binatang sembelihan dan manusia mempunyai satu persamaan, iaitu kedua-keduanya merupakan makhluk Allah. Oleh itu menyebut Bismillah merupakan simbol bahawa sembelihan itu mendapat keizinan daripada Allah, bukannya satu bentuk penindasan terhadap makhluk lain.

Sembelihan ahli kitab (Yahudi & Nasrani)

Boleh dimakan sembelihan mereka.

Siapakah ahli kitab?

1.Di sisi jumhur : sesiapa sahaja yang beragama Yahudi atau Kristian

2.Di sisi Imam Syafie : sesiapa yang beragama Yahudi atau Kristian, dengan syarat tidak diketahui asal keturunan mereka masuk agama Yahudi atau Kristian selepas agama tersebut diseleweng.

Sembelihan untuk gereja dan perayaan-perayaan orang kafir.

1.sekiranya tidak didengari disebut nama selain dari nama Allah, boleh dimakan.

2.Sekiranya didengari disebut nama selain dari nama Allah, ada pendapat mengatakan tidak boleh, ada yang mengatakan boleh.

3.Pendapat Imam Malik tentang sembelihn untuk gereja dan perayaan-perayaan orang kafir : tidak haram tetapi makruh

Sembelihan ahli kitab dengan menggunakan kejutan elektrik.

1.Kebanyakan ulama' mengatakan tidak boleh dimakan, kerana mereka mensyaratkan cara-cara sembelihan ahli kitab mestilah mengikut cara-cara yang ditetapkan untuk orang Islam (iaitu mestilah dengan menggunakan alat yang tajam, dan disembelih di halkum).

2.Segolongan ulama' dari Mazhab Maliki mengatakan boleh, kerana mereka tidak mensyaratkan perkara tersebut bagi sembelihan ahli kitab.

Sembelihan orang Majusi

1.Kebanyakannya ulama' tidak membenarkan untuk dimakan kerana mereka termasuk dalam golongan musyrikin.

2.Terdapat segelintir ulama' yang membolehkan.

Kaedah ما غاب عنا لا نسأل عنه (apa yang tidak kita ketahui, tidak perlu bertanya)

Orang Islam tidak perlu bertanya perkara yang tidak diketahuinya. Contoh : bagaimanakah daging ini disembelih? Adakah mencukupi syarat-syarat? Adakah disebut nama Allah?
Dalam keadaan ini, Jika binatang tersebut disembelih oleh orang Islam (walaupun jahil atau fasiq) ataupun disembelih oleh ahli kitab, maka halal untuk dimakan.


Kitab Nailurroja'

Fasal 9

Perkara yang membatalkan wuduk ada 4 :

1.Keluar sesuatu dari qubul atau dubur, sama ada angin atau benda lain

2.Tidak sedarkan diri (pengsan, tidur & sebagainya kecuali tidur yang punggungnya tetap pada lantai)

3.Bersentuh antara kulit perempuan & lelaki ajnabi tanpa lapik

4.Sentuh qubul atau halaqah dubur (anus) manusia dengan tapak tangan atau permukaan jari-jari.

Fasal 10

Mereka yang tidak berwuduk, diharamkan 4 perkara :

1.solat

2.tawaf

3.Sentuh mushaf

4.Menanggung mushaf

Mereka yang berjunub, diharamkan 6 perkara :

1.berada di dalam masjid

2.Membaca Al-Quran

3. 4 perkara yang diharamkan oleh orang yang tidak berwuduk

Mereka yang berhaid, diharamkan 10 perkara :

1.puasa

2.talak

3.merentasi masjid jika khuatir boleh mengotorkan masjid

4.bersedap-sedapan (istimta') di antara pusat & lutut

5. 6 perkara yang diharamkan oleh orang yang berjunub

p/s : pembetulan: pada pdf 1 : Nyawa segar حياة مستقرة)), tanda-tandanya darah memancut atau (bukannya dan) kaki bergerak-gerak ketika selepas disembelih.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...