Audio : Bidayatul Hidayah ( 17 Nov 2014 )

Pengajian Bidayatul Hidayah


Penyampai: Ustaz Jamiluddin bin Murat
Kitab        : Bidayatul Hidayah  
Tarikh      : 17.11.2014
Hari         : Isnin
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

Adab bangun dari tidur:
- berusaha untuk bangun dari tidur sebelum terbit fajar.
- mendahului segala sesuatu dengan zikrullah, baik di hati mahupun di lidah.
- membaca doa “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan kami dan kepadanya kami akan kembali…”
Adab memakai pakaian:
- niat untuk menjunjung perintah Allah dengan menutup aurat, bukan untuk menunjuk-nunjuk.
-----------------------------------
- Sentiasa amalkan adab-adab dlm kehidupan untuk mendapatkn berkat. Dengan adanya berkat, akan lahir ketenangan.
- Tanpa adab, takkan terbinanya hubungan dengan Allah dan manusia.
- Berdoa sebagai tanda kehambaan dan rendah diri. Minta sungguh-sungguh walaupun Allah dah tau apa yang kita nak.
- Syaddad bin Aus al-Ansari, sahabat Rasulullah berguling-guling sebelum tidur kerana takutkan azab neraka.
------------------------------------
Q: Risaukan keputusan peperiksaan yang bakal keluar. Adakah dikira tidak bertawakal?
A: Risau boleh tapi jangan melebihi ketakutan pada kemurkaan Allah. Bukan sampai memudaratkan diri (tak makan, tak tidur). Letakkan pengharapan pada Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...