Audio : Riyadus Solihin ( 13 Okt 2014 )

Pengajian Riyadus Solihin

Penyampai : Ustaz Daud bin Hassan
Kitab         : Ridayus Solihin
Tarikh        : 13.10.2014
Hari           : Selasa
Masa          : 3.30 - 5.30 petang
Tempat      : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                   Biro Pembangunan Insan 
                   PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 13/10/2014]

BAB 1 – Keikhlasan dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Perkataan dan Keadaan yang Nyata dan Yang Samar

1. Hadis Niat
  • Hadis niat merupakan hadis yang menjadi paksi dan asas kepada Islam.
  • Banyak hukum bersandar pada hadis ini.
  • Hadis yang menceritakan tentang niat ini juga mempunyai ilmu-ilmu, antaranya mengajar manusia untuk ikhlas dalam menuntut ilmu.
  • Kebanyakan ulama memulakan kitab dengan hadis ini.
  • Manusia dibangkitkan sesuai dengan niat mereka dahulu (semasa hidup).
  • Tidak ada hijrah lagi dari kota Mekah setelah dibuka oleh orang Islam (Fathu Makkah).


2. Niat
  • Setiap amal mestilah ikhlas kerana Allah s.w.t semata-mata
  • Menurut Imam Abu Hanifah, segala niat merupakan ½ daripada Islam
  • Setiap amalan yang dilakukan oleh mukmin tidak diberi pahala dengan apa yang dilakukan, kecuali dengan niat.
  • Niat juga merupakan salah satu rukun ibadah
  • Setiap orang yang hendak melakukan amalan soleh, tetapi ada keuzuran, pahala amalan soleh tersebut tetap dikirakan keatasnya kerana dia telah berniat untuk melakukan amalan tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...