Audio : Riyadus Solihin ( 8 Nov 2014 )

Pengajian Riyadus Solihin


Penyampai : Ustaz Daud
Kitab         : Ridayus Solihin
Tarikh        : 08.11.2014
Hari           : Sabtu
Masa          : 3.30 - 5.30 petang
Tempat      : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran      : Madrasah Imam Nawawi 
                   Biro Pembangunan Insan 
                   PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 8/11/2014]

1. Empat darjat solat:-
  • solat berjemaah di masjid, 
  • solat bersendirian di masjid, 
  • solat berjemaah selain di masjid, dan 
  • solat bersendirian selain di masjid.

2. Waktu diantara selesai azan solat dan iqamah adalah antara waktu mustajab untuk berdoa.

3. Solat berjemaah bagi wanita.
  • Sunat untuk solat di masjid.
  • Jika sudah berkeluarga, wanita haruslah taat pada suami, dan wajib solat di rumah.
  • Seseorang wanita, solatnya dirumah akan dapat pahala seperti solat di masjid, sekiranya dia taat pada suami, jaga hak suami dan taat pada Allah.


4. Solat berjemaah bagi lelaki
  • Sekiranya perginya lelaki ke masjid untuk menunaikan solat, tetapi meninggalkan ahli keluarganya atau isterinya tidak solat melainkan dengan kehadiran suaminya tadi, maka wajib bagi lelaki tersebut untuk solat di rumah.


5. Hadis ke -11 menceritakan tentang betapa kasihnya Allah kepada hambanya, dimana sekiranya hamba Allah berniat untuk menunaikan kebaikan, dan melaksanakannya maka akan diberi kebaikan yang sempurna yang berganda-ganda kepada hambaNya. 
Sekiranya hamba Allah tersebut ingin melakukan kejahatan, kejahatan itu hanya dibalas dengan balasan yang setimpal dengan perlakuannya.

6. Sekiranya seseorang hamba Allah itu ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak jadi, maka Allah akan memberi satu kebaikan yang sempurna disisi-Nya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...