Audio: Riyadhus Solihin (22 Nov 2014)

Pengajian Riyadhus Solihin

Penyampai: Ustaz Daud 
Kitab        : Riyadhus Solehin  
Tarikh      : 22.11.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini   Klik di sini


Taubat:

• Hadis ke 19 menceritakan tentang sahabat Nabi s.a.w, Zhir bin Hubaisy yang ingin bertanya tentang membasuh khuf.
• Sahabat Nabi s.a.w, Shafwan bin’ Assal menjawab, Rasulullah pernah bersabda bahawa sekiranya bermusafir, jangan melepaskan (membuka) khuf selama 3 hari dan 3 malam, sekalipun ingin membuang air dan tidur, kecuali terkena janabah.
• Zhir bin Hubaisy bertanya lagi tentang cinta. Maka Shafwan bin ‘Assal menjawab lagi, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa “seseorang itu dapat menyertai orang yang dicintai olehnya pada hari kiamat.”
• Hadis ke 20 – menceritakan tentang seorang lelaki yang pernah membunuh 99 orang manusia dan dia ingin bertaubat.
• Lelaki tersebut menemui sorang pendeta dan bertanya adakah taubatnya masih diterima. Pendeta itu menjawab tidak. Maka pendeta tersebut dibunuh, menjadikan jumlah orang yang dibunuh mencecah 100 orang.
• Lelaki itu pula menemui orang alim dan bertanyakan soalan yang sama. Orang alim menyuruhnya untuk pergi ke suatu tempat dan melarang untuk pulang ke tanah air sendiri kerana tempat itu tempat kerosakan dan maksiat.
• Dalam perjalanan, lelaki itu meninggal dunia.
• Malaikat berselisih untuk memasukkan lelaki tersebut, samada di syurga atau neraka.
• Dalam riwayat lain, Allah mewahyukan tanah tempat asalnya untuk menjauh dan tanah yang hendak dituju supaya mendekat dan berfirman kepada malaikat untuk mengukur diantara keduanya.
• Dosa lelaki tersebut diampunkan.
• Hadis ke 21 - menceritakan tentang Ka’ab bin Malik yang tidak menyertai Rasulullah s.a.w dalam peperangan Tabuk.
• Ka’ab bin Malik selalu meyertai peperangan bersama Rasulullah s.a.w kecuali peperangan Tabuk dan peperangan Badar.
• Rasulullah s.a.w berangkat untuk pergi peperangan Tabuk itu dalam keadaan panas, perjalanan yang jauh, sukar menemui air dan bilangan musuh yang amat ramai.
• Ka’ab bin Malik telah menyediakan dua buah kenderaan, sebagai persiapannya untuk menyertai perang Tabuk.
• Ramai kaum muslimin yang menyertai baginda s.a.w tetapi nama meraka tidak direkodkan, maka sesiapa yang berniat untuk tidak menyertai peperangan tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.
• Rasulullah s.a.w berangkat dalam peperangan Tabuk ketika musim buah-buahan sedang masak ranum, pokok-pokok tumbuh meredup.
• Ka’ab bin Malik melengah-lengahkan persiapannya untuk pergi berberang kerana padanya, beliau boleh ke sana pada bila-bila masa sahaja sehinggalah rombongan berperang telah berangkat pergi.
• Ka’ab bin Malik bersedih kerana, orang yang tidak ikut berperang hanyalah merka yang munafik atau ada keuzuran.
• Apabila sampai di Tabuk, Rasulullah s.a.w bertanyakan tentang Ka’ab bin Malik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...