Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 10 Nov 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta        
Kitab       : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis     : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh     : 10. 11. 2014
Hari         : Isnin
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini 



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 10/11/2014]

Boleh berrmusafir pada malam Jumaat(i.e Khamis malam Jumaat) untuk tidak berhenti menunaikan solat Jumaat esoknya.Dalam kata mudah boleh tinggal kan solat Jumaat bila mula keluar musafir sebelum waktu subuh.Makanya jika bertolak misalnya pada pukul 9 pagi,anda-anda diwajibkan untuk berrhenti solat Jumaat dikawasan tersebut.


Haram membasuh anggota wudhuk 3 kali walau dengan niat untuk mengikut sunnah.Ini kerana perkara tersebut boleh menjadi wasilah buat kita meninggalkan solat.Sedang kita tahu berbanding sunnah dan wajibnya solat,besar lagi amalan wajib yakni yang pabila ditinggal berdosa keatas kita.


Untuk menutup pintu kerosakan,ummat Islam sama sekali tidak digalakkan untuk mendekati perkara yang menghampiri kepada perkara haram.
Contoh famous firman Allah bermaksud "janganlah kamu mendekati zina". Apatah lagi zina itu sendiri.
Contoh lainnya,Haram untuk sekalian hakim mebezakan status pesalah .Mungkin dengan membezakan tempat duduk pesalah berdasarkan status masing-masing.
Contoh lainnya lagi, Haram menunjuk mesra depan khalayak ramai pada pengantin yang sudah berkahwin namun masih belum mengadakan sebarang hebahan berkenaan ikatan mereka seperti majlis walimah. Hal ini dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dan buruk sangka bagi mata-mata yang memerhati.


Perbezaan hukum pada perkara yang hampir sama.
Dijelaskan sedikit perbezaan antara wudhuk dan mandi wajib.Yang dimana kebanyakan kita sudah pun sedia maklum.
Contohnya,sunat tajdid wudhuk untuk tetapi tidak sunat tajdid mandi wajib.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...