Audio : Safinatu An-Naja ( 11 Nov 2014 )

Pengajian Feqah Safinatu An-Naja


Penyampai: Ustaz Rafzan bin Razak 
Kitab        : Safinatu An-Naja  
Tarikh      : 11.11.2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini 



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 11/11/2014]

Untuk mukaddimah rakaat,yakni bacaan bismillah ada khilaf sama ada dibaca terang dan kuat atau sebaliknya.
Namun untuk bacaan Al-Fatihah,ulama' bersepakat tiada khilaf.
Walaubagaimanapun,selari dengan konsep Islam sebagai agama yang mudah,untuk kalian yang tidak mampu untuk membaca fatihah,dibolehkan untuk membaca surah lainnya.
Dan jika tidak mampu juga,sebutkanlah zikir yang mana bilangan ayatnya sama dengan surah Al-fatihah.

Posisi tangan semasa mengangkat takbir berbeza bagi lelaki dan perempuan.
  • Bagi lelaki,harus angkat takbir dan meletakkan jari diparas telinga.
  • Untuk perempuan,cukup sekadar tangan diangkat separas bahu.

Syarat takbiratul ihram.
  • Mestilah jelas,
  • tidak dipanjangkan mahupun dipendekkan dan
  • harus menggunakan bahasa arab .Ini untuk mengelakkan sebarang perubahan maksud.

Contohnya,terpanjangkan kalimah Akbaaar yakni Allahu Akbaaar yang membawa makna Allah gendang besar.
Dan wajib juga untuk memperdengarkan hurufnya walau sekadar berbisik yang mampu ditangkap telinga.

Anggota sujud itu ada 7.Dahi,2 tapak tangan,2 lutut dan 2 jari kaki.
Jika terdapat perkara yang menghalang dahi dari bersentuhan dengan tempat sujud,sebagai contoh jerawat besar lagi sakit,bolehlah kiranya diambil posisi mengeleng dan ditekapkan pelipis ke atas tempat sujud dengan yakin bahawa itu tidak mengubah badan dari mengadap kiblat.
Syaratnya ialah pastikan ada sedikit ruang-ruang dahi anda yang bersentuhan dengan tempat sujud.
Dan syarat sujud ia tidak boleh sujud atas sesuatu yang begerak atas gerakan.
Contohnya: rida',serban dan kain telekung. Andai kata tersujud atas objek-objek tersebut,harus bangkit semula untuk sujud sekali lagi.
Sentuhan secara terus ini hanya tertakluk pada dahi sahaja .Tidak pada tangan, maka boleh jika solat ingin memakai sarung tangan.


Soal jawab
S:Apa batal wudhuk jika bersentuhan dengan perempuan kafir?
J: Tidak batal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...