Audio : Qawaid Fiqhiyyah ( 14 Okt 2014 )

Pengajian Qawaid Fiqhiyyah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Mohammad Fakhrullah bin Abd Halim - Graduan Universiti Al- Azhar, Tanta        
Kitab       : Qawaid Fiqhiyyah
Penulis     : Hj. Mohd Qary Al - Tantawy Mesry Al - Kelantani
Tarikh     : 14. 10. 2014
Hari         : Selasa
Masa        : 3.30 - 5.30 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina (Qis)
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini



[Ringkasan Kelas Tafaqquh Mingguan 14/10/2014]

Kaedah Fiqhiyyah

Kaedah pertama: “Sesuatu yang wajib tidak boleh ditinggalkan melainkan kerana wajib”
Contoh:
  • Melaksanakan hudud terhadap pesalah.
  • Jika solat berseorangan dan terlupa tahiyat awal, kemudian teringat semasa berdiri sempurna, teruskan sahaja solat seperti biasa.


Kaedah kedua: “Perkara yang wajib lebih besar daripada dua perkara dengan khususnya tidak wajib perkara lebih ringan dengan umumnya”
Contoh: 
  • Tidak wajib dijatuhkan hukuman takzir kepada penzina kerana bercumbuan. Ini kerana yang berzina, sebelum itu telah berkhalwat. Maka, hukuman yang diberi adalah hukuman hudud dan bukan hukuman takzir kerana hukuman hudud itu lebih berat daripada takzir.


Kaedah ketiga: “Perkara yang sabit dengan syarak diutamakan daripada perkara yang sabit dengan syarat”
Contoh: 
  • Suami berkata kepada isteri “kalau nak rujuk kembali boleh, dengan syarat bayar seribu ringgit”, maka terbatal syarat.


Kaedah keempat: “Perkara yang haram digunakan, haram mengambilnya”
Contoh: 
  • Menyimpan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas.
  • Memelihara anjing tanpa tujuan buruan dll.


Kaedah kelima: “Perkara yang haram mengambilnya, haram memberinya”
Contoh: 
  • Menerima rasuah.
  • Memberikan makanan haram kepada orang kafir.


Kaedah keenam: “Barangsiapa yang bertindak terhadap sesuatu perkara sebelum daripada masanya dibalas dengan sebaliknya”
Contoh:
  • Membunuh ayah dengan tujuan ingin mendapatkan harta pusaka awal. Maka, anak yang telah membunuh tersebut tidak layak mendapat harta pusaka ayahnya (dibalas sebaliknya).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...