Audio : Bidayatul Hidayah ( 03 Mei 2014 )

Pengajian Bidayatul Hidayah


Penyampai: Al Fadhil Ustaz Jamiluddin        
Kitab        : Bidayatul Hidayah
Penulis     : Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a
Tarikh      : 03. 05. 2014
Hari         : Sabtu
Masa        : 4.15 - 5.45 petang
Tempat    : Solah al Falah (SAF)Audio : Bidayatul Hidayah ( 03 Mei 2014 )
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

HIDAYAH:
Hidayah (petunjuk dari Allah) , Ma’unah (pertolongan bantuan dari Allah)
-hidayah seperti orang yang bagi peta kepada kita untuk sampai ke destinasi
-ma’unah seperti penunjuk jalan yang bersama-sama dengan kita untuk sampai ke destinasi
- Allah tidak memberi petunjuk kepada orag yang zalim,buat yang Allah larang, Allah memberi petunjuk kepada orang yang taat.
Hidayah seperti proses tumbesaran pohon: memerlukan benih iaitu bidayah dan menghasilkan buah iaitu nihayah (kesudahan)
Hati sudah cenderung kepada perkara yang baik- itu adalah tahap nihayatul hidayah
Istiqamah:
-wajib
-tidak mensyirikkan Allah
-sesuatu yang amat berat
(Hadis : “shayyabatni hudan wa akhowahu”-Yang membuatkan aku beruban adalah surah Hud dan adik beradiknya)
IKHLAS(sirrun bainALLAH wa a’bdihi)-rahsia Allah dengan hambanya:
Jika kamu menuntut ilmu kerana nak bermegah-megah, pandagan orang(imam ghazali memperingatkan pertamanya betulkan niat ,kalau niat tidak baik kita sebenarnya sedang merobohkn agama.)
Allah tidak melihat rupa paras manusia tapi hati. Semuanya kerana Allah.
Imam ghazali beruzlah(mengasingkan diri) selama 10 tahun sebab dia kata selama ni dia mengajar sebabkan pangkat..muncul balik mengajar sampailah beliau dipanggil.
Cerita seorang hamba Allah yang bercahaya kuburnya kerana setiap malam beliau menatap quran walaupun tidak pandai membacanya(ayat quran kembang kerana titisan air matanya)
Mahram :
Urusan dengan bukan mahram: boleh bercakap pada perkara yang kalau tak cakap ia rugi.
Kalau orang buat maksiat terang-terangan tapi kita tak tegur,kita berdosa.
Hadis dhaif :
-boleh ambil sebagai peringatan.
-tak pasti sampai kepada nabi dan tak pasti tak sampai kepada nabi.
Beramallah dengan ilmu & cakap serupa bikin:
Kita larang buat jahat dan suruh buat baik tapi kita tak buat... dipotong lidahnya(apa yang rasul nampak semasa isra mikraj)
Celaka bag si jahil yang buat jahat.
Lebih celaka 1000x bagi orang berilmu tapi buat jahat.
Syarat taubat:
1.menyesal
2.tinggal maksiat
3.berazam tidak mengulangi lagi
(manusia : minta maaf)
Ilmu yang pertama tuhan angkat : khusyuk
Cara-cara khusyuk dalam solat:
1.Azan seakan bunyi sangka kala2. Berwuduk dengan sebaik-baiknya
3. Hadirkn hati. Hati dengar apa yang kita baca(hudurul qalb)
4. Faham makna (fahm)
5. Mengagungkn allah (ta’zim)
(sambungan ada 3 lagi)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...