Diskusi Perang Badar ( 14 Julai 2014 )

Diskusi Perang Badar

Penyampai:Ustaz Muhammad Aliffuddin bin Ramlee     
Tarikh     : 14. 07. 2014
Hari         : Isnin
Masa        : 4.15 - 6.00 petang
Tempat    : Qaah Ibn Sina
Anjuran    : Madrasah Imam Nawawi 
                 Biro Pembangunan Insan 
                 PERUBATAN Cawangan Mansurah

Link untuk audio pengajian ini boleh didapati di sini Klik di sini

PERANG BADAR AL KUBRA.
BADAR IALAH SEBUAH PEMISAH .
1. Badar telah menjadi pemisahan diantara keesaan mutlak melalui hati nurani , perasaan , moral , suluk dan begitu juga melalui aspek mengerjakan ibadat serta idealogi ketuhanan daripada idealogi syirik.
2. Badar juga telah menjadi pemisah diantara perhambaan kepada manusia dan hawa nafsu , penghambaan kepada harta benda ,penghambaan kepada undang-undang , penghambaan kepada kondisi taqlid dan tradisi buruk dan seterusnya kembali kepada tuhan yang Maha Esa bahkan tiada sekutu bagi-Nya. Tiada lagi kepatuhan dan tunduk selain patuh dan tunduk kepada hukum dan syariat-Nya.
3. Badar merupakan pemisah di antara dua zaman , iaitu zaman toleransi , sabar , pembentukkan jamaah serta penantian dan zaman kekuatan , pergerakkan , ofensif di dalam serangan dan begitu juga defensif.
4. Badar juga menjadi sebuah pemisah kepada gambaran dua kemungkinan , kemenangan dan kekalahan.Walaupun semua gambaran kemenangan pada asalnya zahirnya terdapat pada kaum Musyrikin Quraisy dan kekalahan terpampang secara dasarnya terletak kepada kaum Muslimin. Sehinggakan golongan Munafik berkata : “ Orang-orang Mukmin telah ditipu oleh agama mereka sendiri”.
Sebenarnya memang Allah menghendaki kaum Musyrikin lebih ramai dari kaum Muslimin. Ini bertujuan untuk membezakan di antara yang kalah dan yang menang tanpa melihat kepada kekuatan sendiri. Allah juga menyedarkan kaum Muslimin bahawa kekuatan sebenarnya terletak pada akidah yang kukuh bukan pada jumlah tentera dan canggihnya senjata.

PERTOLONGAN YANG TIDAK DAPAT DIKALAHKAN.
Kaum Muslimin ketika itu menaruh harapan yang tinggi bagi kemenangan Rom ke atas Parsi kerana dengan sebab itu akan bertambah kekuatan Muslimin. Ini kerana Rom terdiri dari golongan Ahli Kitab yang lebih cenderung kepada Muslimin berbanding Parsi yang mengamalkan penyembahan berhala serta berpihak kepada kaum Musyrikin.
Kaum Muslimin begitu gembira dengan kemenangan Badar , begitu juga dengan berita kemenangan Rom ke atas Parsi . Berita kemenangan Rom ini merupakan catatan penguat semangat bagi kemenangan kaum Muslimin di pertempuran Badar.
Beberapa hari sebelum tercetus perang Badar , kaum Muslimin masih belum menyedari maksud firman Allah didalam Surah Al Rum : Maksudnya : “Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya,..”
(Surah Al Rum : 5-6)
Sehinggakan Rasulullah sendiri tidak menyedari akan maksud kemenangan itu. Oleh itu ,baginda memohon pertolongan dari Allah semasa Perang Badar sehingga terjatuhnya selendangnya. Baginda s.a.w terlalu bimbang sekiranya pertempuran ini merupakan titik penghujung bagi kewujudan kelompok yang beriman kepada Allah di atas muka bumi ini.
Doa yang didoakan oleh baginda Rasulullah s.a.w : Ya Allah jika kelompok ini dibinasakan maka tidak ada lagi yang akan menyembahmu dia atas muka bumi ini.

KEKALAHAN MUSYRIKIN
Pertaruhan bagi Perang Badar adalah amat besar sebagaimana yang tersebut di dalam sumpah Abu Jahal pada tenteranya : “ Demi Allah , kita akan pulang sebelum sampai di Badar. Kita akan berkampung di situ selama tiga malam, Kita akan menyembelih ternakkan kita. Kita akan makan besar sambil minum arak. Kita akan menyuruh wanita-wanita kita bernyanyi . Biarkan orang-orang Arab itu (kaum Muslimin) mengetahui dan mendengar perjalanan dan persiapan kita sehingga mereka takut dan tidak berani untuk mengancam kita .”
Al-Maqrizi menyatakan didalam kitabnya , bahawa musuh ketat Rasulullah seramai 27 orang. Dan yang gugur didalam Peperangan Badar seramai 20 orang. Dengan kekuasaaan Allah , Pahlawan Quraisy yang dibanggakan seperti Abu Jahal dan Umaiyah bin Khalaf telah dikalahkan oleh golongan yang lemah seperti Bilal bin Rabah dan Abdullah bin Mas'ud.
Ahli sejarah Islam menceritakan bahawa Iblis laknatullah turut serta dalam mengatur rancangan bagi mengalahkan baginda Rasulullah s.a.w sepanjang Peperangan Badar. . Iblis memainkan peranan penting dalam mendorong Quraisy memerangi Rasulullah s.a.w. Iblis datang dengan menyerupai Saraqah bin Malik menghasut dan berjanji sumpah setiakawan bersama Abu Jahal dan Al Harith bin Hisyam.
Semasa didalam Peperangan Badar , Saraqah (Iblis) melihat para malaikat datang menghentam kaum Musyrikin Quraisy lalu dia terus lari menyembunyikan diri.
Firman Allah s.a.w :
Maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”.
(Surah Al Anfal : 48)
Iblis telah bersekongkol dengan sekutunya untuk mengalahkan kaum Muslimin , tiba-tiba datang Jibril a.s dengan pertolongan Allah s.w.t . Itulah pertama kalinya malaikat diizinkan untuk berperang dalam satu kumpulan seramai 1000 malaikat yang diketuai oleh Jibril a.s..
Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : “(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al Anfal 9 - 10)
Rifa’ah bin Rafi as Zaraqi berkata : Jibril a.s datang kepada baginda nabi s.a.w dan berkata : “ Apakah darjat mereka yang ikut berperang di Badar?”. Baginda s.a.w menjawab : “Umat Islam yang paling baik”. Jibril berkata : “Begitulah juga dengan para malaikat yang turut serta didalam Perang Badar”.
Begitulah , Perang Badar yang merupakan teladan dalam sejarah langit dan bumi dan titik pemisah bagi manusia , malaikat dan jin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...